Monday 4 January 2016

Tokyo (Hakone & Gotemba)

Assalamualaikum..
Ni adalah trip pertama saya masa mula-mula sampai Tokyo ujung tahun 2014.
Kami pergi berjalan2 ke Hakone dan bermalam di Gotemba.. Tujuan kami bermalam di Gotemba bukan di Hakone sebab hari kedua nati kami nak ke Gotemba Outlet, so dengan bermalam di Gotemba jaraknya lebih dekat dengan Gotemba Outlet dan lebih senang nak ke situ dari sini.

Kami ke Hakone/Gotemba menaiki keretapi menggunakan Hakone pass. Info mengenai Hakone pass boleh didapati di sini http://www.japan-guide.com/e/e2358_008.html.
Kaunter tiket Hakone pass
Hakone Pass ni boleh beli di stesen keretapi Shinjuku station, stesen keretapi Shinjuku ni adalah stesen keretapi paling besar dan paling sibuk di dunia yer, makanya berhati-hatilah ke sini kalau salah pintu exit panjang cerita nyer nanti..hihi
Kami decide utk bayar lebih skit on top of Hakone Pass tu supaya kami boleh menggunakan Romance Car Limited Express train. Kami pilih utk menaiki train ni sebab kita akan sampai lebih awal compare dengan train biasa. 
Hakone Tozan Train
Romance train ni bergerak dari Shinjuku dan gerak terus ke stesen Hakone Yumoto. Basically kami dah sampai ke Hakone. Berdasarkan plan, tempat pertama yg kami nak visit ialah Owakudani,so kami teruskan perjalanan. Dari Hakone Yumoto, kami naik Hakone Tozan train ke Gora, dan dari Gora station kami naik pulak Tozan cable car ke Sounzan.
Gora station



Hakone Tozan Cable car.
Dari Sounzan kami naik Hakone ropeway. Lebih kurang 10 minit perjalanan sampai ke Owakudani.
SubhanAllah permandangan dari Hakone ropeway memang cantik, kalau ada rezeki bleh nampak mount Fuji. Kami berpeluang melihat mount Fuji  sayup, tersipu malu di sebalik awan.

Hakone ropeway
Owakudani adalah kawasan active volconic zone,kalau nak ke sini pastikan anda dapat info terkini berkaitan Owakudani, kerana pada Julai 2015 kawasan ini ditutup.Kalau sampai ke sini jangan lupa rasa kuro tamago(telur hitam)yer..hihi..rasanya sebenarnya macam telur rebus biasa tp keistimewaannya direbus dalam air panas semulajadi mengandungi iron dan sulfur.
Angin sejuk dan kuat, abis senget tudungku

Berasap asap. 
Kalau berkesempatan blehlah ke sini, InsyaAllah takkan menyesal, subhanAllah mmg cantik. Dari Owakudani ni jugak kita juga sebenarnya boleh nampak mount Fuji, tapi masa saya ke sini awan tebal, jadi takde rezeki. Ada banyak restoran, kedai2 cenderamata jugak kat sini, so selain dari menikmati permandangan, boleh jugak berehat dan membeli belah.

Setelah selesai di Owakudani, kami meneruskan perjalanan dengan menaiki ropeway selama 20 minit ke Togendai-Ko. Dari Togendai-Ko kami ke Lake Ashi, ronda2 tasik plak. Kami naik sightseeing cruise ke Hakone Machi Ko

Sightseeing Cruise Hakone
Dari Hakone Machi Ko, kami sengaja berjalan kaki patah balik ke Togendai Ko. Tujuannya sebab kami nak menikmati keindahan ciptaan Allah - Cedar Avenue. Deretan pokok Cedar yg berusia ratusan tahun.
Mount Fuji rezeki lewat petang
Ancient Cedar Avenue. 
Lebih 400 pokok Cedar yang berusia lebih kurang 400 tahun,di sepanjang jalan, amat menenangkan.

Lake Ashi

Dah ptg, mcm-mcmlh peelnya
Dari Togendai Ko kami menaiki bas blk ke Gora station, dari Gora station kami menaiki bas terus ke Gotemba station. Hari pun dah gelap kami mengambil keputusan untuk naik teksi sahaja ke hotel.Tak jauh pun lebih kurang 10 minit je sampai hotel...zzzzzz, sambung ceta esk pulak
Pemandangan dari hotel
Sedikit tips dok hotel kat Jepun, tak perlu bawa baju byk2 sbb disediakan yukata untuk setiap orang.
 yukata, dah rupa mcm baju melayu 
Di pagi hari
Hari kedua ni tak ke mana2 cuma ke Gotemba Outlet, walaupun Jepun ni x mcm Europe ada boxing day utk shopping hujung tahun, tp year end sale kat Jepun ni x kurang hebatnya, kadang2 sampai 70%. Window shopping pun satu terapi..hihi. Lupa pulak, dari stesen keretapi Gotemba ke Gotemba outlet ada disediakan free shuttle bas disediakan.

Gotemba Outlet berlatar belakangkan Fuji San
Setelah puas pusing Gotemba Outlet, dah smpi masa utk pulang ke Tokyo. Kami pulang ke Tokyo dengan menaiki keretapi jugak, ini sahaja untuk kali ni, next post Hokaido.;-)





3 comments:

NanyFadhly said...
This comment has been removed by the author.
NanyFadhly said...

Waaahh...baru tau pasal yukata ni. Memang semua hotel ade sediakan Yukata ke? including the adults?

ps : Tade keje kan tanye kat sini..walhal boleh whatsapp! hahahah!!! jgn mara...

rasidah MY said...

Aah, setakat hotel yg pnh pergi mmg disediakan yukata.adults pn ada..slalu smp hotel tgk yukata dlu cantik ke x..hihi
Ps:xde keja gak, jwp sini..hihi