Friday 14 July 2017

Kuarters Bandar Penawar Johor


 Assalam..di mana harus dimulakan..
 Cerita kali ini bukan cerita jalan-jalan yang biasa saya tulis, kisah kali ini adalah kisah hijrah saya..HIJRAH kali ni juga lain dari sebelum ni..
pendekkan cerita, saya kecilkan skop ceritanya..skop ceritanya berkaitan dengan rumah. Hujung  tahun lepas saya telah berpindah mengikut suami berkerja di kawasan Pengerang Johor ( kawasan yang telah dibeli oleh pihak petronas untuk pembinaan loji pemprosesan minyak) ..Kawasan yang dulunya hanyalah bekas kawasan lombong bausit, kampung nelayan, penduduk yang kurang daripada 1000 orang,  kini sekelip mata menjadi kawasan yang padat penduduknya dan tinggi taraf hidupnya. Malangnya kemajuan teknologi dan lambakan pekerja tidak seiring… penduduk di Pengerang diuji dengan harta dunia yang tertiba menjadi rezeki terpijak..kerana mahu senang, duit bertukar menjadi tuhan..Orang yang kaya akan menjadi semakin kaya, yang miskin akan terus terpinggir, mengemis di tempat lahir sendiri…adik beradik bergaduh semata-mata berebut tanah dan rumah..kalaulah ada abang yang boleh menghalau darah dagingnya sendiri dari rumah  semata-mata untuk disewakan kepada pekerja Rapid, ada guru yang memiliki rumah sendiri sanggup keluar dari rumah sendiri dan tinggal di kuarters guru semata-mata untuk menyewakan rumahnya kepada pekerja rapid dengan nilai rumah sewa mencecah rm3000..apa agaknya yang jadi pada saya, yang terang-terangan adalah orang luar
Marah memang marah, saya kira sahabat guru yang menyewa rumah dan tinggal di kuarters telah mengambil hak guru-guru lain yang terang terangan tiada rumah..Pada awal kedatangan saya, Suami telah menyewa sebuah rumah dengan bayaran bulan rm2500, yang saya kira amat tidak patut..Suami tidak terikat dengan apa-apa perjanjian sewa rumah,dan saya hanya membawa diri dan beberapa barang keperluan asas sahaja..Saya memang bertekad untuk  tinggal di kaurters guru, saya memang tidak hingin mengeluarkan rm2500 sebulan hanya untuk sewa rumah..tp malangnya untuk tinggal di kuarters tidak semudah yang disangkakan..rumah kuarter di sini rata-ratanya seperti rumah hantu dan rumah tinggal, dan tiada sesen peruntukkan pun dari pihak kerajaan untuk guru..
Selain daripada mencari kuarters, kami juga berhabis habisan mencari rumah untuk dibeli..puas mencari rata2 harga jualan rumah rm300k hanya utk rumah tengah  teras setingkat dan rumahnya dulu hanya dibeli dengan nilai rm90k sahaja..bukan tidak mampu untuk membuat pinjaman loan untuk harga rumah itu, tidak bagi saya rumah itu tidak layak untuk harga sebanyak itu..
Akhirnya pada bulak Februari lepas, saya telah berbincang dengan suami  dan kami tekad untuk membaiki dan menanggung segala kos untuk memperbaiki rumah kuarter itu..Ini bukanlah rumah kuarters guru, ini adalah rumah kuarters untuk kakitangan staf sekolah..(rumah guru semuanya telah penuh), rumahnya lebih kecil saya kira sebesar kotak mancis..hihi tapi muatlah untuk kami bertiga..
Biar gambar sahaja berbicara…tak guna meratap menangis mengenang nasib, saya nekad untuk ubah rumah ini menjadi istana cinta untuk keluarga kecil kami…Akhirnya selepas 3 bulan menyewa, saya telah pindah ke rumah kuarter ini

Hadapan rumah




Belakang rumah



Ruang makan dan ruang tamu 

Tandas


Bilik air


Ruang dapur


Dengan renovate rumah kuarters buruk ni, saya ingat saya bagus saya kuat tp tidak ada ramai lg yang bertabah, betul kata mak semasa saya beriya menceritakan susahnya saya di sini..kata mak ramai lg yg susah dari kakak, bersyukurlh, dengan bersyukur semuanya akan baik-baik saja.
Di sini saya ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu. Kepada yang bercadang untuk berhijrah jangan risau, InsyaAllah selagi niat kita ikhlas Allah akan permudahkan..
Walaupun rumah ni kecil tetapi semuanya cukup sempurna di mata saya..

Sunday 9 July 2017

Sabah bah..

Assalamualaikum..
Dah berhabuk blog ni, moh kita sapu-sapu habuk..cuti baru-baru ni kami ke KK selama 3hari 2 malam..cuti seminggu tak terasa, jadual padat. Flight kami pada pukul 7.50 pg dari Kuala Lumpur..sampai saja airport KK terus naik bas ke hotel di KK waterfront

makanan kegemaran Hafiy, fefeling balik Jepunlh tu

jom breakfast dulu

perjalanan hampir dua jam..taraa dah sampai..dah alang-alang sampai nampak tourist information centre, kita gi beramah mesra di sini dulu. Target saya ke sini dua tempat ajer, satu nk snorkeling kat pulau-pulau yang cantik di Sabah dan nak ke Dairy Farm Kundasang yang selalu di ceritakan di FB


Bas nak ke pekan KK
 Tambang basnya RM5 seorang untuk ke bandar KK. Jarak perjalanan hanyalah 15 minit dari airport. Ni lah antara airport yang paling dekat dengan bandar rasanya
Sampai dah tengahari, plannya hari ni pusing-pusing bandar KK je. Tempat-tempat menarik di sini berdekatan antara satu sama lain, boleh pusing jalan kaki aje..biar gambar berbicara jelah..hihi

Sampai bandar KK, kami mencuba nasib ke hotel, kot bilik dah ready,bolehlah rehat-rehat dulu.
oiitt ngerinya
pelbagai

pasar Filipina
 barang-barang niaga..banyak mutiara, ikan masin, pelbagai
macam-macam ada




semuanya berdekatan.
Hari kedua kami pulau .Sangat cantik...terdapat banyak pulau di perairan Sabah ni. Nak ke sini tak perlu pakai pakej @ travel agen sebab mahal bangat..pergi saja kat jeti jesselton, amik pakej bot pergi dab blk sahaja.
harga tiket feri

suasana di jeti
Kami tak banyak masa so pergi satu pulau jer, pulau Sapi...yang biasa orang Malaysia pergi dan review pulau Manukan..tapi ramai bangat orang di pulau Manukan.








Hari ke tiga dan hari terakhir.... ke Kundasang








Adoii ini je untuk hari ni, nati saya sambung lg