Friday 1 January 2016

Tokyo ( Disneyland & Disneysea)

Segala info mengenai disneyland dan disneysea boleh didapati dari laman web ini http://www.tokyodisneyresort.jp/en/tdl/.
Entrance Tokyo Disneyland 
Disneysea hanya satu di dalam dunia, hanya di Japan. Konsep disneysea semua ridenya menggunakan air.
Entrance Disneysea

Disneysea


Oklah di sini saya sharekan sedikit tips untuk ke disneyland dan disney sea.

  1. Untuk kali pertama dtg ke taman tema ni adalah lebih baik ke disneyland Tokyo dahulu berbanding Disneysea. Disneysea lg kurang ridenya dan terletak agak jauh di antara satu sama lain.
  2. Sebolehnya elak datang pada waktu hujung minggu @ public holiday, ramai sangat org bleh jd sampai 2 jam lbh utk beratur bermainan,walhal ridenya tak sampai 5 min pn. Sepanjang dok di sini saya sekali pun belum pernah ke taman tema ni pd hujung minggu itupn beratur ada sampai 90min.
  3. Bawa skit makanan ringan, mcm biskut, onigiri @ apa2 yg mudah dan kenyang untuk mkn sambil beratur sbb anak2 ni bila lapar, dengan beratur pula lama diaorg cepat naik hangin..hihi
  4. Rancang segala aktiviti dalam taman tema ni apa yang teringin nak naik, mana nk pergi dlu, sbb dalam masa sehari nak naik semua mmg tak sempat. Saya suka tengok dalam utube tu ride yg mana best selelum pergi.
  5. Jangan lupa guna fast pass. fast pass ni membolehkan kita ride tanpa perlu beratur panjang, tp ada termanya. Fast pass hanya utk sekali ride sahaja, lps ride baru bleh amik fast pass yg lain.
    tiket masuk jangan buang selagi tak keluar, berguna untuk amik fass pass
  6. Check jadual entertainment untuk hari berkenaan.Ada byk entertainment kat Tokyo ni, klu larat tunggu sampai malam tengok electrical parade.cantikkk..

  7. Boleh bawa bekal tp pandai pandailah seludup masuk yer. Ayam Turkey legs kat Disneyland and Disneysea Tokyo ni halal yer bleh makan.
  8. Mental emosi kena kental...klu tak kuat bleh migrain sbbnya disneyland Japan ni  ramai orang..hihi
    Happy time (siang)

    Electrical parade (malam)

    Castle Cinderella Tokyo Disneyland
    Ini sahaja untuk kali ni, harap serba sedikit dapat membantu yang berhajat ke sini. ;-)

No comments: