Thursday 15 December 2016

Ho Chi Minh Vietnam

Assalam..bercinta untuk menulis, trip ke Vietnam ni selama 4 hari 3malam. Trip ke Vietnam ni adalah trip paling santai. Trip kali ni saya tak wat itinerary pun, cuma banyak baca dari blog-blog orang, ramai yang share.
kami bertolak ke sana menaiki AA, flight pada pukul 9.10 pagi dan seperti biasa selalunya AA akan delay. Flight delay hampir 30 minit, sampai di Vietnam pada pukul 10.30 pagi. Masa di Vietnam ni lewat 1 jam dari Malaysia. Segalanya berjalan lancar. Sampai saja terus amik teksi airport dan beli simcard sana. Simcard dan teksi dalam rm74. Simcard yang saya amik ni hanya untuk access internet aje.nak lagi jimat boleh naik bas, tapi malas nak bergigih. Kebanyakkan urus niaga boleh menggunakan RM, tidak perlu menukar Dong dalam jumlah yang banyak, Saya hanya menukar RM400 kepada dong Vietnam, cukup untuk tambang teksi dan membeli barang di convenience store sahaja selebihnya menggunakan RM. Uniknya mata wang Vietnam tidak mempunyai syiling, semuanya duit kertas.

kaunter taxi dan simcard.
Ada banyak company, pilihlah yang mana berkenan harga lebih kurang aje. Perjalanan ke hotel tidaklah jauh mana, tapi disebabkan jln sesak memakan masa hampir 45 minit.

hotel
Hotel tempat kami tinggal ni 5 minit jalan kaki dari pasar Ben Thanh dan terletak berhampiran Malaysia street.Yang bestnya biasanya hotel pukul 3 baru boleh check in, hotel ni 9.30 pagi dah boleh check in. Rata hotel disini harganya dalam linkungan +- RM100 semalam. Saya cadangkan menyewa hotel di kawasan Malaysia Street, kerana dekat dengan makanan halal dan tempat bershopping.
dalam bilik

 Abaikan model atas tu, bilik agar besar sesuai untuk kami bertiga. Rehat dan solat dahulu dalam pukul 2, dah lapar, moh keluar cari makan.
Malaysia street
Makanan halal tak susah cumanya harganya agak mahal, sekali makan untuk kami bertiga dalam rm50-70.Nak jimat boleh bawa maggi, biskut roti sendiri. Di kawasan ni ada peniaga jalanan yang menjual kacang dan pelbagailah. Mereka bukanlah orang senang berniaga untuk teruskan hidup kalau ada duit lebih bolehlah beli dari mereka, anggaplah sebagai sedekah, tapi hati-hati kalau beli dengan seorang nati ramai lagi yang akan datang.
restoren Amin
Kedai makan Amin ni, kedai makan yang paling murah dan sedap di sini.

Pho Vietnamese noodle soup
Dah datang ke sini, haruslah mencuba masakan Vietnam. Anak dan ayah tak peduli, kena nasi jugak..hehe. Hafiy order nasi lemak, tapi nasi lemaknya lain skit, warna kuning.

Pasar Ben Thanh
 Selesai makan kami ke sini, tempat tumpuan pelancong Malaysia tempat shopping. Banyaklah kain baju, beg deuter, tudung neelofa, Bokitta, dan pelbagai. Pasar Ben Thanh ini dibuka seawal 8 pagi dan ditutup pada pukul 5 petang setiap hari. Pada sebelah malamnya di hadapan pasar Ben Thanh ni dibuka pula  pasar malam, dari jam 7 malam hingga 11 malam. Kebanyakkan peniaga di pasar malam merupakan peniaga yang sama di pasar Ben Thanh.

pelbagai

Bao bao beg
Budaya di sini kena tawar menawar, harga boleh dapat lebih dari separuh. Bab ni saya stress, saya tak suka dan tak pandai nak menawar, tp kalau tak tawar harga memang pelik-pelik, ada ke patut kopi letak rm70 utk rm250g..Untuk kali pertama datang adalah lebih baik tawaf dulu semua kawasan, kadang ada peniaga yang menawarkan harga jauh lebih murah untuk barang yang sama. Masuk ke sini untuk cuci mata je.tempatnya sesak dan panas. 
sesak
 Pengangkutan utama di sini adalah motosikal, memang banyak dan sesak, motosikal sini ada naik 4 org dewasa, bawa bertimbun barang niaga dan pelbagailah. Walaupun begitu harga motor di sini mahal antara rm8000-rm10000 sebijik untuk kapcai biasa. Untuk bergerak di kawasan sekitar, sebenarnya adalah lebih baik kita berjalan kaki sahaja sebab kawasan tumpuan pelancongnya berdekatan antara satu sama lain.tetapi jika kita datang bersama anak-anak kecil atau orang tua kita boleh menyewa teksi. Untuk mengelakkan ditipu ambillah teksi bermeter seperti Vinasun. 

penat
Penat, berjalan kaki hampir 2km semata-mata nak ke Hard Rock cafe. Suami suka mengumpul tshirt Hardrock. Sebenarnya tak terasa pun berjalan sebab menyinggah sana sini.

onigiri
Upah onigiri. On the way jupa kedai Family mart, kedai Jepun..wahh best betullah Hafiy, rindu Jepun katanya.
Hard rock cafe Ho Chi Minh

pejabat pos


bahagian dalam

unik


Notre Dame Cathedral Basilica of Saigon
depan sekolah 

makan malam
 Banyak sangat minum kopi ais kot, malam ni saya dah mula rasa sakit tekak, rasa tak selesa..huhuhu..



ni yang paling glamor
Soleh ni salah sorang yang menjual kopi ais, dia paling glamor di dalam blog2. ramai yang memuji, dan ada yang datang cakap nak cuba sebab baca dari blog.
Saya memang pengemar kopi,  tapi kopi Vietnam ni pada pendapat saya tak berapa sesuai untuk kopi panas, sebabnya cara penyediaannya menyebabkan kopi ni cepat sejuk. Nak tau macam mana nak sediakan kopi Vietnam boleh tgk dalam utube yer.

pasar malam
 Pasar malam ni dibuka setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 11 malam.
kopi 

buah 3pek rm10
Saya xde beli apa-apa lagi, lesson learned dari trip ke Bandung dulu, shopping sakan akhirnya saya xpakai pun jubah dan kain yang dibeli. ingat hari last baru nak shopping.Buah ciku ni ada member yang penah berkerja di sana cakap buah yang patut dicuba. Rasanya manis dan buahnya lebih besar dari ciku Malaysia. Tamatlah aktiviti untuk hari pertama ni.
Esok kami nak ke Chu chi tunnel. Chu chi tunnel ni tempat wajib di lawati kalau ke sini. Cuma 70 km dari bandar tapi disebabkan jalan jammm hampir 2 jam jugak. Pakej ke Chu Chi ni Rm 70 untuk seorang, siap dengan pakej makanan halal.
http://www.lonelyplanet.com/vietnam/around-ho-chi-minh-city/cu-chi-tunnels/history
van ke chuchi tunnel
Penuh kebanyakkan orang Malaysia, hanya1 family dari Brunei
suasana di atas jalan
 Kena saman agaknya, Saya perhatikan ada yang kena saman ditengah jalan yang sesak polis siap sediakan lori lagi dan terus angkut sekali motosikalnya atas lori..
Sebelum sampai ke Chu Chi kami singgah di pusat kraf ni, pekerjanya semuanya adalah orang kurang upaya.

hasil kraf dari kulit telur 


Kagum dengan kesungguhan mereka mencari rezeki.
dah sampai










ubi kayu & air pandan
belajar menembak

makanan tradisional, lupa nama kulit popia
Nak tahu lebih lanjut bolehlah klik link yang saya bagi, tapi memang kagum tak sanggup rasanya untuk hidup dibawah tanah yang sempit seperti itu. Hampir 10 tahun mereka tinggal di dalam tunnel yang sempit, gelap dan panas.

tourist guide kami
Pukul 4 dah sampai ke hotel, saya dah selsema dan tekak terasa perit, singgah beli ubat kat farmasi balik rehat di bilik. Saya rehat di bilik je, cik abg keluar settlekan untuk trip esok pulak ke Mekong river. trip ni pun RM 70 sorang, tapi kali ni naik bas. Pakej ni boleh tanya dengan hotel @ kedai-kedai makan halal di sini. harga lebih kurang aje. cuma request untuk makanan halal sekali nati kelaparan.
pilih-pilih
 ada yang memesan tudung neelofa, untuk diri sendiri saya tak beli sebab rasa tak sesuai pakai neelofa.


murah murah
Sini berniaga boleh menggunakan RM, lagi berbaloi rasanya dari menggunakan dong. Diaorg ni sebenarnya tak boleh berniaga di kaki kedai, setiap kali penguat kuasa datang dia akan kelam kabut angkut masuk dalam kedai. Gigih, selama 3 malam di sana memang setiap malam ada penguat kuasa yang lalu.
Goi Cuon
Kali ni saya order popia ni pulak, nati kalau orang tanya apa rasa, dah boleh jawab..hehe
 Hari ke tiga Mekong river trip.ni trip seharian.
Masa perjalanan 2 jam jugak
Mekong delta
 Orang Malaysia memang suka shopping, pada saya harganya sama je mcm di pasar tapi ramai yang membeli baju dan bag di sini.
pisang goreng
 Memandangkan saya xde brg nak beli dan bas masih kosong saya sempat rasa goreng pisang ni. seketul 3000 dong. Abis seketul diaorang masih belum abis shopping beli lagi seketul. Kenyang dan sedap. Insaf tengok cara dia berniaga, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki, ada banyak lagi manusia di luar sana yang hidup lebih susah dari kita.
atas bos merentas Mekong
Dulu ada belajar pasal Mekong ni untuk jawap paper Sejarah SPM.
Sungai Mekong

gula-gula kelapa

masih memasak menggunakan kayu api

produk dari kelapa

unik

saya ok
 Saya xde elergik @ geli dengan apa jenis binatang pun, so takde masalah.
 tengok kita amik gambar dia elok aje, nampak seperti dia dan ular je, ular pulak dari ekor sampai kepala.huhu..
mohh naik kereta kuda


pasar ni memang rare

pelbagai jualan

beee
Kalau kita dengar lebah mesti risau kena sengatkan.ni lebah pekerja dia tak sengat

maduu

awekk
Lepas minum madu, tempat seterusnya  kami dijamu pulak dengan buah buahan tempatan, pakej dengan persembahan nyanyian



Dah kenyang makan buah destinasi seterusnya naik sampan merentasi sungai Mekong


hammock
Ada tak puas hati sebab ibu asyik berposing..hahaha

mewah makanan
 ni restoren masakan Melayu Champa, ada disediakan surau.

halal food

boat

ok sayonara

bendang
 Sekali pandang memang macam sawah di Malaysia aje, tp yang uniknya kebanyakkan sawah ada kubur. Orang mati dikuburkan di atas tanahnya sendiri.
kilang katanya
 On the way balik katanya singgah kilang, macam tadi harga sama macam pasar dan lagi sesak. Huhu..tapi kali ni ada tudung pucci pelbagai.. asalnya saya dah amik 2 helai lepas tu letak blk bila tgk jahitannya biasa-biasa aje, dan beratur gila panjang. malas
station minyak
Sampai di hotel pada pukul 6 petang, malam ni malam terakhir untuk bershopping, saya memang tak bawa banyak cash sbb tak plan nak bershopping hanya beli serba sedikit souvenir  untuk adik beradik. Dalam tak nak shopping pun licin semua duit yang bawa..huhu..
 Hari ke empat hari terakhir, flight malam pukul 8.15 makanya siang hari boleh jalan-jalan lagi.
http://warremnantsmuseum.com/

war museum

kereta kebal

tempat yang ni dia suka.

Tamatlah trip 4 hari 3 malam kami ke Ho Chi Minh. pukul 5.30 dah bergerak ke airport. makanan di airport  adalah mahal sebab dikira dalam dolar.
bye..bye.. Vietnam