Thursday 7 September 2017

Yongjakarta 25 - 28 Ogos 2017

Assalam..seperti biasa saya sediakan itinerary, bezanya sekarang dah berkerja, byk komitmen lain..permulaannya agar huru hara, sebabnya sehari sebelum bertolak masa tgh packing2 brg bru perasan pasport dah kurang dr 6 bln..Flight kul  9.40pg dr KLIA, cal utc kul 10 mlm dh tutup, dan utc terdekat di johor bahru, mmg xsempat..itu belum termasuk drama dari pelakon-pelakon tambahan. Dipendekkn cerita kul 4.30 pg kami baru sampai rumah di shah alam..sebelum gerak ke kl, saya sempat post minta pendapat dlm group traveler, rata-rata ramai yang bg pendapat utk renew, ada share pengalaman kena tahan di airport. Masalah skrg sy mmg x mampu nk renew kalau flightnya kul 9.40 pg. Susah hati, Allah sahaja yg tahu, akhirnya sy ckp dgn suami pergilh dulu slps renew pasport, nati saya menyusul dgn flight yg seterusnya, syg sbb sy dh byk habiskn byk masa itinerary, hotel, supir sume sy dh booking..saya dah redha, ada hikmahnya pg esk sy akan htr diaorg ke airport dan sy akn terus gi ke putrajaya renew pasport..kita xde pilihan..imigresen putra jaya 7.30 dh buka, mungkin sempat kalau kita gerak awl, lps subuh kami dah gerak ke putrajaya, masa tgh siap2 dpt msg dr airasia flight delay sejam, alhamdulillah sempat rasanya nk renew.
tingkat 3 menara Ikhlas
nilah tempat renew passport, 7.30 dah buka..

Saya dapat no 5, bila sampai giliran saya, saya sembang dgn pegawai imigresen minta tolong cepatkn proses renew pasport sy, flight sy kul 10, dan mengaku mmg salah saya cuai..Alhamdulillah pengawainya org 1 kampung, Tak sampai 30 min dh siap.kul 8 lbh kami gerak ke airport, kul 9 sampai..mcm lipas kudung, saya jupa pulak pengawai Airasia saya dh tak boleh nk beratur lg, nati tlps flight, dia bawakn ke kaunter express, xsampai 5 min saya dh settle check in...sujud syukur, nilah kali pertama saya rasa beruntung naik Airasia yang selalu delay..hahaha..
finally, we made it

Day 1
Alhamdulillah..Kami selamat sampai di Adisucipto airport pada pukul 1.30 ptg waktu tempatan. Jongja ni lewat sejam dari Malaysia.  Bila sampai airport  supir  dah siap menungggu, dia nak bawa terus ke candi Prambanan , asalnya saya nak minta di hantar ke hotel dulu, penat, tp katanya sini gelapnya awal, 5.30 petang dah gelap..oklah kalau gitu proceed terus, minta singgah solat saja..
Masjid
Design Masjid ala-ala disneyland
Walaupun kita seagama islam, tapi budayanya  berbeza, masjidnya agak kecil dan takde pembahagian antara lelaki dan perempuan. Jogja majoriti penduduk Islam, xperlu risau kebanyakkan wisatanya ada surau.
Kami tiba di candi Pramanan pada pukul 2.30 petang. Tiket masuk di sini agak mahal seorang dewasa  RM107, kanak-kanak RM 90. Manakala untuk org local tiket masuknya hanya RM10. Kalau rasa muka ala-ala jawa boleh je terus masuk ke arah pintu warga tempatan.. Candi Prambanan ini merupakan  candi Hindu terbesar di Indonesia dan terbesar di Asia Tenggara dan merupakan tapak sejarah yang dilindungi di bawah UNESCO. Di sini jugak ada disediakan tour guide kalau nak tahu lebih detail pasal candi ni, tapi ada bayarannya. Tak perlu kot tour guide, google jelah kalau nak tau detail…
Berbeza dengan budaya Jepun,tour guide adalah percuma oleh sukarelawan, pengalaman saya semasa melawat Hiroshima, menarik ada cerita lain dari buku sejarah sebenarnya kalau kita dengar dari tour guide.





kecik je rasa

Selesai di Pramanan destinasi seterusnya ke candi Ratu Boko, nak tengok sunset, tapi menurut Adit ( supir) tiket masuk ke Ratu Boko jugak mahal, harganya sama dengan tiket masuk Pramanan. Ini semua gara-gara movie AADC2..kalau mahal cancellah, tapi saya nak tengok sunset, tolong bawa kami tempat yang cantik dan murah…hahaha, so kami ke Lereng Ijo.memang cantik sunsetnya tak sia-sia…Ni masuk percuma semperna bulan kemerdekaan Indonesia.Adit ni pulak pandai amik gambar, katanya kat U dulu dia amik  cos multimedia, so adalah belajar cara nak amik gambar cun-cun ni..so layan gambar di bawah…



candi Ijo

bahagia ada orang tolong amik gambar

romantiknya...
 yang romantik je kita post, yang huru hara kita simpan..hahaha..


Dah abis tgk sunset, badan dah penat, kami request nak makan Ayam Penyet..nak ayam penyet yang paling sedap dan best di Jongja ni…
ayam penyet



rasanya sama macam Ayam penyet di restoren Wongsolo Malaysia…Adit terkejut akk tau Wongsolo ke? Ini cawangannyalah…hahaha…lawakk.. makanan Wongsolo memang terbaik, belum jupa lagi di mana2 tempat di Malaysia yang rasanya sesedap ni, tekak saya ler, itu sebab kalau  balik Shah Alam, sebolehnya nak singgah makan di Wongsolo..
Selesai hari pertama,hampir 10 malam jugak kami sampai hotel..
Aloha hotel

View depan bilik

Breakfast
Disebabkan kami nak keluar awal pagi, hotel ni menyediakan bekal untuk kami, sebabnya pakejnya termasuk breakfast..
Hotel ni hotel murah tapi kebersihan dan layanan terbaik.
Owner hotel ni org German, begitu peramah setiap pagi dia akan bersembang dgn customer2nya, jadi tak heranlah hotelnya mendapat rating yang baik dlm trivago..Sewa hotel semalam tak sampai RM100

Days 2

3.40 pagi dah bangun, target 4 pg nak gerak ke Merapi..awal pagi sebab nak kejar sunrise. kami tiba di homestay Pak Dony pada pukul 5 pg. Di homestay Pak Dony ni tumpang  solat subuh. Dari rumah pak Dony kami akan menaiki jeep untuk ke kaki gunung Merapi. Pak Dony ni member Adit. Supir Jeep kali ni namanya Pak Ija.. Dia rajin bercerita sejarah gunung Merapi ni. Harga jeep RM130
sunrise

sejukk

amacam boleh jadi model tak

Gunung Merapi ni gunung di bagian Jawa Tengah yang masih aktif dan terbaru telah meletus pada tahun 2006, mengorban ratusan orang.
ni jeep kami utk ke sini
Nak ke kaki gunung Merapi kena naik jeep, sebab jalannya huru hara. Bawalah jaket sebab jeep ni open angin pagi sangat dinginnn..Menurut Pak Ijo jeep ni adalah dari zaman penjajahan Jepun dan British lagi.
posing
Kat Jongja ni banya spot2 cantik gini,tapi semuanya berbayar yer, ada orang akan tolong snapkan gambar kita  guna kamera dan hp kita..murah je RM3



Sunrise di sini pukul 7 pagi..Ramai pelancong dalam dan luar negara. Kami sarapan pagi di sini di kedai di kaki gunung Merapi. 


ni kopi tradisionalnya, ada pisang dan halia dalam air untuk memberi tenaga katanya





belakang kami tempat perlindungan bawah tanah untuk penduduk apabila berlaku letusan asap tebal gunung Merapi
Pukul 7 pagi kami gerak ke batu Alien. Batu alien ni, batu yang merupai betuk muka manusia.tetapi nama alien bukan disebabkan bentuknya sebaliknya di sebabkan batu ini dialihkan hasil daripada letusan dari gunung Merapi sebelum ini.

mcm lion pulak


Singgah di museum rumah ku, museum ini merupakan rumah penduduk yang terlibat dalam letusan pada tahun 2006..jom layan gambar. Masuk percuma, tapi kalau ada rezeki lebih boleh sedekah untuk tampung proses penyelengaraannya..



Dan yang terakhir sebelum balik pak Ijo bawa kami main air, ni x de gambar sebab terlebih excited, tak teringat nak amik gambar..lalu merentas sungai dengan jeep. Part ni Hafiy tak nak balik..
Pukul 9 pagi kami sampai di homestay Pak Dony, Adit dah menunggu..destinasi seterusnya candi Borobudur..ni candi budha yer..Candi ini merupakan candi Budha yang terbesar di dunia dan ditetapkan sebagai salah satu warisan budaya dunia oleh UNESCO…
harga tiket rm110 untuk dewasa


wahh naik gajah
dalam setiap loceng tu ada penunggunya..haha



lawatan anak-anak sekolah
12.00 tengah hari makan tengah hari nasi padang, lauknya MasyaAllah banyaknya, tapi kita hanya bayar apa yang kita makan sahaja..


Perjalanan seterusnya ke Kalibiru. Tidur dalam keta sebabnya jarak perjalanan 1jam 30 minit dan penat berjalan dalam Borobudur tadi..3.30 kami sampai di Kalibiru, Kalibiru ni pukul 4.30 dah tutup yer. Masa sampai tu hanya ada dua spot je yang masih dibuka..tp xde masalah sebab sumenya view yang sama..
Setiap spot ada jurufotonya..bayarannya.sekeping gambar RM3.






5.30 petang gerak balik, dalam 1jam 30 minit…Sebelum balik kami singgah di rumah batik..Jongja ni terkenal dengan batik, banyak je jual tepi-tepi jalan batik ni, tapi batik di rumah batik ni lain, kualitinya gak sama,bila kualiti tidak sama harganya jugak tentunya tidak sama..haha..

Dah kebuluran, saya teringin nak makan bakso, saya nak makan bakso tepi jalan macam dalam kebanyakkan ceta Indonesia je, tapi kami singgah makan di kedai, risau sebab tak biasa nati sakit perut..jauh lagi perjalanan kita nak, tak naklh sakit perut..Hari ni kul 9.30 malam sampai hotel
Adit tanya esk 4 pagi jugak ke kak, kesian Hafiy dah capek, 8 pagi aje esok.

Days 3
Janji kul 8 pg, tp Adit sampai kul  10 pg, walhal rumah dia tidak jauh mana, ni sebab ada jemmm..dari kul 7 pg dia dh keluar katanya..dah lama menunggu di lobby, dah mula bosan, ada sorang minah saleh tengah breakfast, saya tegur dia dari mana, katanya dari Holland, saya cakap saya penah pergi Holland,  saya ke keukenhof, saya cakap Holland cantik sangat.tau apa jawapannya Keukenhof  tu 10km je dari rumahnya tapi dia tak penah pergi…adoii kami drive dari Lyon France 10 jam semata-mata nak ke keukenhof yang dibuka hanya sebulan dalam setahun..dan aku  siap merajuk 3 hari 3 malam kot semata-mata nak boikot orang yang jual mahal tak nak gi…haha..

ladang tulip berhampiran Keukenhof

belanja gambar 1

Berbaloi walaupun ada org tu kita whatapp, bercerita pjg lebar dan org tu tak peduli pun cerita pasal nak ke sini..dan aku begitu hegeh nak ke sini ketika itu..haha..itu kesah 4 tahun lepas.. Orang putih ni kalau perasan diaorg mmg suka explore, pakai tshirt dan kadang selipar je berjalan keliling dunia..

Ok sambung ceta Jongja..Adit dah sampai kami terus gerak ke Jurang Tembelan dan hutan pinus…






 Target saya nak ke Pantai Timang, nak naik gondola, jarak ke pantai Timang hampir 2 jam dari hutan pinus
Sebelum ke pantai Timang kami singgah makan lobster..
kedai lobster
Kalau tengok dari luar, memag tak tau ni kedai makan
makanan simple tapi sedap

lobster
Masakan lobster 6 ekor siap set air, tempe, ulam air untuk 3 orang makan RM150, tapi kami tambah sotong dan ikan jadi RM200.


Pantai Timang sangat cantik.. boleh naik gondola atau berjalan naik titi gantung, ni pun kena naik jeep.. 30 minit..kalau nak jimat boleh naik motor, tapi jalannya teruk berliku-liku, tak sesuai nak naik motor utuk pompuan backpacker..


tunggu turn nak naik jeep

kampung 

3o minit jalan camni


wowww




Jeep ke pantai Timang RM120, Gondola sorang RM70..
Jalan ke pantai Timang memang kampung habis, hidup penduduk bercucuk tanam dan menternak, bekalan air selalu terputus, mereka perlu membeli air jika musim kemarau..mereka masih menggunakan tv gedabak masa  zaman kanak-kanak saya, rumah asal ada, dan mereka stuggle utk hidup..ni sume ceta apa yang saya nampak sendiri dan hasil temu ramah dengan supir jeep...ku tinggalkan Timang dengan seribu satu pengalaman yang tiada nilainya..jom balik hotel..
Memandangkan malam ni malam terakhir kami singgah lepak di Sillee cafe..cafe AADC2.. Rangga apa yang kamu lakukan ke saya itu jahat..jahat bangat..
roti cheese coklat





nilah Adit..sesiapa yang berminat untuk ke jogja boleh contact si Adit whatapp saja +62-812-660414. Istagram Purnamaadhitya..Untuk pakej pun boleh contact dia,  DjogjaVacation, pakej dia bagi saya berpatutan..Untuk pakej dia perlukan sekurang-kurangnya 4 orang. Dia ada share pakej dengan saya sape nak boleh email saya.Service tiptop.
Saya booking Adit selama 3 hari, sehari RM150, RM150 termasuk driver, kereta Avanza dan minyak..Saya booking supir sejak dari Malaysia lagi.

Days 4
Hari ni jalan sendiri tanpa supir. Kami jalan-jalan naik beca aje. Jalan dekat-dekat town aje, sebabnya petang ni dah nak balik.hati-hati yer naik beca, tanya dulu harganya dan terus terang kata kita nak naik untuk satu hala je, nati kang banyak songeh dan harganya menyakitkan hati


pasar Beringhanjo

suasana pasar Malioboro

souviner
murah souvenir10 bijik baru RM3

Bakpia
Makanan tradisional Jogja,patut cuba..banyak jual tapi yang paling glamor bakpia 25 ni lah..



water castle




Water castle ni di dalam kawasan taman sari..luas bangattt.. dan sejarah Taman sari ni pun menarik..Masuk sini kena bayaran RM3 sorang

Upah Hafiy


Selamat malam Jongja,ada rezeki ketemu lagi..kesimpulannya Jongja ni cantik dengan keindahan semulajadi, kalau nak buat photoshoot untuk wedding pun cantik.. tak sesuai orang yang suka shopping..
Saya masuk harga, untuk rujukan yang berminat, kesimpulannya Jogja tak murah mana.
Banyak yang bertanya mcm mana saya buat itinerary, mcm mana saya tau tempat itu ini, jawapannya mudah sebab saya minat, saya suka berjalan dan saya tak suka terikat dengan jadual yang diatur oleh pihak agensi..Itinerary saya mungkin tak sesuai untuk sesetengah pihak sebabnya saya travel bersama suami dan anak..Itinerary saya suaikan dengan keluarga kecil saya..
Itu sahaja untuk kali ini, terima kasih sudi membaca...