Friday 8 March 2019

Japanese cheesecake

Assalamualaikum..Kelas masak yang kami join ni anjuran kolej Komuniti bandar Penawar, memang setiap hujung minggu ada kursus jangka pendek, pilih aje kursus apa yang berkenan. Mcm kursus Cheesecake ni bayarannya hanyalah RM50, Semua disediakan termasuklah sijil, akhir kelas bleh bawa balik sorang sebiji kek..yang bestnya kek kita, kita yang buat sendiri takde share2. last minutes, sambil sembang petang semalam, decide nak pergi, saja cuma nasib whatapp cikgu masaknya, masih ada kosong ker,rezeki kami berdua masih kosong, cuma cikgunya minta bank in duit untuk dia beli bahan.

Kursus yang disediakan di kolej komuniti ni bagi saya amat bagus, terutamanya untuk suri rumah menambahkan pendapatan. Jom kita tengok macam mana resepinya.

 
woowww
Japanese Cotton Cheesecake

 BAHAN A
250 g phipadelphia cheese
100g freshmilk ( dutchlady low fat, kotak kecik pun dah cukup)
50g pure butter ( elok jenama Anchor)
Semua double boil

BAHAN B
6 Biji kuning telur A
60g tepung gandum
20g tepung jagung

BAHAN C ( MERINGUE)
 6 Biji putih telur
120g gula kastor

Sesudu kecil larutan lemon dan parutan kulitnya

tip untuk memilih telur
untuk resipi ni guna telur yang baru, supaya mudah nak asingkan kuning dan putih

Cara-cara
1. Bahan A double boil. Sejukkan
2. Masukkan kuning telur
3. Masuk tepung sedikit demi sedikit. Ketepikan
4. Dalam bekas lain masukkan putih telur dan gula, ( dipukul dengan maksimum speed selama lebih 10 minit) - Meringue
5. Masukkan adunan yang diketepikan  tadi ke dalam bahan C meringue.  Kacau secara kaup balik
6. Masukkan sesudu lemon dan sedikit parutan kulit lemon. 
6. Bakar secara double boil pada suhu 180oc selama 15 minit dan lepas itu kurangkan suhu kepada 130oc selama 1 jam
gigih semua tunggu turn nak timbang creamcheese
Meringue, tipnya kalau terbalikkan meringue ni tak jatuh maksudnya perfectlh adunan tu
beratur nak bakar

taraa nak siap

Selamat mencuba.