Tuesday 25 October 2016

Taman Botani Shah Alam

Assalam..nama je dok shah alam, pernah dengar tapi belum pernah sampai..so ahad lepas dah sampai ke Taman Botani Shah Alam ni..rupanya besar tempatnya, ada macam-macam boleh seharian dok di sini. Untuk keterangan lanjut bolehlah http://www.tbnsa.gov.my/. Jom tengok gambar-gambar kami di sana.
pintu masuk

luas
Taman botani ni agak besar, memang sesuai untuk beriadah, adalah amat digalaknya pakai pakaian sukan, senang nak bergerak dan kawasannya agak berbukit.

pintu masuk

atas bas
Sampai je kami terus naik bas nak ke taman iklim sederhana.sekarang ni tengah autumn. tiket masuk rm3 seorang dan perlu dibeli di kaunter masuk tadi.

selfieee dulu

ramaiii
 Ramai orang dan hanya diberi 3minit sahaja berada di dalam..huhu..


 eehh tengok ni pokok betul ke ni..





Keluar dari rumah 4 musim sempat lagi main badminton.


Rehat sebentar, kita makan nasi lemak dulu




Lepas ke rumah iklim 4 musim kami gerak ke taman haiwan pula.




aimm

jomm jalan-jalan

gelii




Ni jelah aktiviti yang sempat untuk kali ini, nanti kita datang lagi yer, target kita untuk mandi swimming pool dan cycling pulak yer..Anak-anak happy, dulu senang je nak outing sekali, sekarang kena bertabah...huhu...mari bertabah

Tuesday 18 October 2016

Cameron Highland, Pahang

Assalamualaikum..mood tak sabar nak cuti sekolah, selagi tak cuti selagi itulah kerja tak pernah abis..Cuti ujung minggu lps kami ke Cameron Highland. Sebenarnya dah banyak kali ke sini, cuma kali ni tergerak hati untuk menulis.Konsep percutian masih sama santai. Tujuan utama saya pulak nak minum teh sambil menghirup udara segar..hihi
 Kami bertolak pada pukul 10 pagi, sempat bersarapan di rumah..lebihan daripada bihun goreng, saya bawa sebagai bekal untuk picnic nati. Destinasi kami yang pertama adalah ke Lata Kinjang. Air terjun Lata Kinjang ni dari highway nak menghala ke utara dah nampak. Terletak di kawasan Chenderiang Perak, exit keluar di tol Tapah.Masa perjalanan kalau dari Shah Alam hampir 2jam.

Pintu gerbang sepadan Perak dan Selangor
Memandangkan saya orang Perak, nampak pintu gerbang ni pun dah seronok, mcm dah dekat nak sampai kampung.

pintu masuk
Lata Kinjang ni merupakan tempat kami dating sebelum kawin dan masih belajar lagi...tapi sejak kawin ni baru pertama ke sini setelah 11 tahun. Dulu saya belajar di Tanjung Malim,dekatlah dengan lata Kinjang ni dan langkah menjadi panjang sebab waktu belajar pun saya dah ada kereta, memandangkan abah dah bagi kepercayaan waktu belajar dah belikan kereta, saya amat takut kalau keluar dating berdua, makanya saya angkut sekali kawan-kawan roomate saya penuh 1 keta..itu sebabnya suami saya amat dikenali oleh kwn-kwn satu U dulu..hihi
tiket masuk
 Murahlah sangat ,untuk kanak-kanak tiketnya RM1dan dewasa RM2.
Besarnya daun

minum dulu
Masa kami sampai sini lebih kurang pada pukul 12 tengahari, tidak ramai orang, memang dapat mandi main air sepuasnya.orang paling bahagia adalah Hafiy dengan ayatnya tak pernah kan kita mandi kat waterfall.nati datang lg yer, bestt..
Risau dengan berita kencing tikus di tempat-tempat begini memang ibu tidak mengalakkan tp bila dipikir blk, ajal maut kuasa Allah, mengapa perlu saya menyekat kegembiraan zaman kanak-kanak Hafiy, walhal masa saya seusia dia saya bebas bermain.

smileee
cantikk
 walaupun airnya tak sejernih air terjun di Jepun tapi masih cantik dan yang penting boleh mandi..
ni lah biji getah 
 zaman kanak-kanak dulu biji getah ni saya kutip buat main congkak, congkak pulak korek lubang atas tanah jer. Ni tunjuk ke Hafiy jenuh pulak nak terangkan apa itu pokok getah..hahaha
jambatan gantung

surau
terdapat kemudahan surau, tandas dan bilik mandi.

mendamaikan

ni orang panggil ayam Jepun

Hampir pukul 3 petang, kami terus bergerak ke Cameron, masa perjalanan  hampir 1jam 30 minit. Hafiy memang tidur sepanjang perjalanan penat agaknya..
kita minum dulu
 Sebelum sampai ke hotel kami singgah minum teh dulu..
menghijau
 Ladang teh ni rasanya sebelum ni masuk percuma tapi sekarang nak masuk bergambar kena bayar RM2.
senyum plzz
 Muka tak puas hati sebab ibu cakap amik gambar dlu sebelum makan..hihi

Umat manusia ramaii tapi nak dok meja tepi ladang gak..
Lepas minum petang sambil menghirup udara segar, kami bergerak ke hotel yang terletak di tanah rata.
Ini lah hotel kami
 Hotel ni betul-betul terletak ditengah-tengah pekan, nak makan sume jalan kaki jer. hotel ni saya cari di trivago. Hotel bajet ciput RM150 semalam.
gaya itu penting

dinner
Pada asalnya malam ni sepatutnya nak berjalan-jalan di pasar malam Brincang, tapi memandangkan cuaca tak mengizinkan kami makan je di kedai makan berdekatan hotel. Cuaca sejukk, suhu dalam 20.malam-malam pun meriah..ramai orang..
Aktiviti ke esokkannya.
sarapan pagi
 sarapan warong depan hotel..
pasar pagi
jalan-jalan sini sambil cari souvenir untuk anak-anak sedara. Hajat di hati lepas check out hotel dalam pukul 11 nak ke lavender farm, tapi terpaksa membatalkan niat sbb jln sesak teramat nak ke sana walhal jaraknya hanya 8km jer.motif utama saya nak relax bukannya nak stress tersangkut dalam jem, makanya saya tukar plan ke ladang strawberry je.makan strawberry sepuasnya

produk strawberry

yummyy


 lapar lah lagi, makan strawberry mana kenyang, amik pulak maggi cup..

freshh


cantik pulak bunga ni..

posing lagi.
puas makan strawberry, kami pun bergerak balik, singgah minum teh sekali lagi sebelum kita turun ke bawah



itu sahajalah untuk trip kali ni, relax dan santai..segalanya berjalan lancar, pada asalnya nak singgah Lata Iskandar sebelum turun bawah tapi Hafiy dah tidur..lain kali jelah kita singgah yer..cumanya target untuk sampai rumah sebelum maghrib tidak kesampaian. jalan highway jem..huhuhu..awatlah ramai sangat manusia ni, walhal bukan cuti sekolah pun.kami singgah di restoren jejantas Sg Buloh untuk solat maghrib, perut pun dah lapar, cik abg teringin nak makan satay kajang.settle segalanya sebelum sampai rumah. Pukul 9 malam sampai di rumah.