Tuesday 29 March 2016

Huis Ten Bosch Nagasaki

Alhamdulillah sampai jugak ke Huis Ten Bosch Nagasaki.1196.6 km dari Tokyo kalau drive tanpa henti hampir 15 jam.jauh nun..klu drive mmg gilerlah..tp bwh sikit pada giler kami naik bas..hahaha, Kami laki bini hobi sama, suka travel, perkara paling win kami pernah buat drive dari Lyon France ke Amsterdam tanpa kwn2, tanpa tahu ckp france hanya kami tiga beranak  926.3km..Pengalaman yang tak ternilai.
Pendekkan ceta, service apartment saya di bandar Nagasaki, lebih kurang 1jam 30 minit nak ke Huis Ten Bosch menaiki  train sea side liner. boleh jugak naik bas dari Nagasaki station, tp bas hanya ada pada masa tertentu sahaja. Untuk train pun hanya sejam 1, maka rancanglah sebaiknya perjalanan supaya kita tak membuang masa menunggu.

Harga tiket masuk
Moh kita tgk apa yang menarik dengan Huis Ten Bosch ni. Landscape Huis Ten Bosch ala-ala Dutch old city....kalau tak caya jom layan gambar-gambar ni, ni gambar saya semasa bercuti di Amsterdam dulu.










Semua gambar di atas di ambil di Amsterdam..Di bawah ni pulak gambar-gambar di Huis Ten Park Nagasaki Japan.










Lebih kurangkan..bijak Jepun ni rakyatnya tak perlu sampai ke Amsterdam untuk merasa suasana ala-ala Dutch town hanya ke Nagasaki, nak merasa ala-ala padang pasir pulak bleh ke Tottori. Mengurangkan pengaliran wang keluar negara..hahaha..tp serius Huis Ten Bosch memang cantik. Selain dari ladang tulip ni Huis Ten Bosch jugak ada theme park, menarik untuk datang dengan anak..untuk maklumat lanjut blehlah ke http://english.huistenbosch.co.jp/.. ooppss lupa bgtau Huis Ten Park ni bunganya ikut musim yer, tulip ni 2 bln je Mac - April.
Cuma pada pendapat saya untuk yang kali pertama datang ke Jepun tidak digalakkan ke sini, tempat ni tidak melambangkan suasana Jepun.Untuk merasa suasana barat lebih baiklh ke negara barat..hihihi...

Saturday 12 March 2016

Aoyama flower market tea house

Dah dekat pukul 1, mata tak boleh lelap gara-gara minum kopi..huhu.. cerita kali ni Aoyama flower market tea house.http://www.afm-teahouse.com/..
Biasa tengok tak kedai bunga ni, selalunya ada dekat dengan train station, dari luar nampak macam kedai bunga biasa, tetapi  salah satu kedai bunga Aoyama di Omotesando station ni mempunyai cafe.
Menarik cafenya dihiasi dengan bunga segar dan sentiasa bertukar setiap minggu. romantik habislah, boleh datang dengan couple, @ kalau solo bleh duduk mengadap bunga dan dinding.hihi..
Dari Shinkoiwa ke Ochanomizu tukar metro Chiyoda line ke Omotesando, exit arah A4. dalam 50 minit.
Jom layan gambar di dalam.
tema tulip

tema rose


hanya tea
Nama pun tea house jangan gatal-gatal order kopi yer, memang takde..hihi
jom minum
Selain daripada minum teh, ada makanan western, dan dessert . Saya telah dua kali ke sini, masa kali pertama datang temanya  tulip..memang harum semerbak, menenangkan, kali kedua temanya ada rose, cantik tapi rosnya tak berbau. Saya memang suka bunga, so saya suka tempat ni, relax..ada yang cakap tempat ni serabut sebab banyak bunga dan daun..hahaha, kalau anda seperti saya sukakan bunga cafe ni memang di suggestkan untuk datang..

Friday 11 March 2016

Hamarikyu Garden

ohayoguzaimas..:-)

Lately ni banyak benda nak kena pikir, maklumlah dah nak blk ke Malaysia, pasal kerja, pasal sekolah anak, pasal suami yang akan jauh di mata , pasal nk berjalan mana lagi sebelum blk Malaysia...pelbagailah..eerrm letih, ada sesetengah perkara diluar kemampuan kita, kita serahkan pada Allah sahaja, Allah maha mengetahui, sebaik-baik perancang, moga dipermudahkan segala urusan saya dunia dan akhirat.
Oklah kita terus ke topik kita pagi ni Hamarikyu garden. Dari Shinkoiwa ke Akihabara dan transit yamanote line ke  Shinbashi station. Dari Shinbashi ke Hamarikyu garden ni jalan kaki hampir 10 minit. 
Sudah 2 kali ke sini, menarik, Japanese garden..Saya ke sini hanya untuk melihat ladang rapeseed. Rapeseed ni sebenarnya bknlh spesis bunga tp spesis sayur- sayuran..biasa digunakan untuk membuat minyak masak.
Hamarikyu Garden
minyak canola
Minyak ni lah yang saya guna setiap hari untuk memasak kat sini.

Jom layan gambar kat ladang rapeseed ni.





Selain daripada rapeseed ni, ada jugak pokok plum blossom dan sakura, tapi sakuranya  baru berputik, plum blossom pula banyak yang dah gugur. Plum blossom ni sekali tengok macam sakura, tp bunganya lebih kecil ,tidak berdaun tp berbau wangi. 
plum blossom


tasik dan Westeria
 Itu ajer untuk kali ni, ni adalah salah satu aktiviti yang saya selalu buat bila anak ke sekolah dan husben keja..tengok bunga..haha.. saya memang suka bunga, next post aoyama flower market tea house. minum teh di cafe seakan taman bunga dan kelilingi oleh haruman bunga segar.

Monday 7 March 2016

Gala yuzawa

Hotel kami di Echigo Yuzawa, pada mulanya cik abg dah booking hotel di Naeba ski resort, view dari hotel memang cantik, tp resort ni lebih kurang 40 min menaiki bas dari Echigo yuzawa dan ada masa tertentu untuk shuttle bus,maka saya cancelkan hotel itu, dan booking hotel lain, 5 minit berjalan kaki dari Echigo yuzawa station.
New mondo hotel
Hotel ni antara yang terbaik, hotel takde bintang tp lengkap semuanya, dekat train station, private bathroom, siap boleh booking private onsen, murah, view cantik dan siap mikrowave untuk panaskan makanan.
jalan ke hotel


tebal
 Tak puas hati kalau tgk salji putih tanpa di pijak,patutlah xde org pijak sbb tebal yang amat.

Semua ni view dari hotel.

Dinner, ke mana pergi pun mmg nasi, kalau setakat tidur semlm mmg saya masak nasi siap-siap, lauk simple2 telur, salad, sardin atau beli briyani instant mcm di atas..biasanya kalau trip 3 hari ni ibulah yang paling sibuk, mkn pagi, tengah hari mlm sekali harung. beng penuh makanan aje.
Sampai hotel lebih kurang kul 4 ptg, malamnya heavy snow..penat zzzzzz..esk pagi sempat ke onsen, lps breakfast, dalam pukul 10 pg kami gerak ke Gala Yuzawa.
shinkansen

shinkansen
Puas hati bergambar dengan shinkansen sbb dari Echigo Yuzawa ke Gala Yuzawa xder org, suka suki nak dok kat mana pun.
Gala yuzawa adalah satu-satunya ski resort yang ada sekansennya sendiri, tu sbb ramai org ke sini berbanding resort lain, sbb mudah di access.
 Ni dah kali ke tiga ke Gala Yuzawa.
semua boleh sewa

Di sini segalanya boleh disewa, tp disebabkan kami dah pernah bermain ski di France dulu, segala kelengkapan dah ada tak perlu sewa, itu sbb mokcik bz agih agih brg,risau ada tertinggal.


snowboard and sled 
Mokcik pun tahu main snowboard, belajar main masa di Les 2 Alpes France dulu, tapi di sini sled dan snowboard kawasan bermainnya berlainan, dan jauh di mata, terpaksalah berkorban, main sled ajer, awang kenit ni xde orang teman pulak nati.

manis senyumanmu
mimik muka mmg gitu..huhu..






Alhamdulillah cuaca cerah, orang tak ramai sebab hari Isnin, main sampai puas, pukul 5 ptg kami gerak balik ke Tokyo. Selesai sudah trip 3 hari berturut Tokyo wide pass.