Tuesday 26 April 2016

Tateyama kurobe alpine route & Shirakawago

Tinggal lebih kurang 6 minggu je lagi, huhuhu..ni antara trip-trip terakhir sebelum balik Malaysia. Trip kali ni buat pertama kalinya trip ikut travel agent, sbbnya mahal dan susah untuk access sendiri..Trip untuk 2 hari 1 malam oleh http://www.yokoso-japan.jp/en/feature05.html. Ikut travel agency ni yang mudahnya kita tak payah nak pikir apa-apa sediakan duit aje, tapi yang tak bestnya masa terhad, tak boleh relax2 nati bas tinggal kita..rombongan cik kiah ni ada dua biji bas,satu bas untuk japanese sahaja. satu bas lagi memang sume foreigner, komunikasi dalam english senanglah..Jepun ni punctual, lewat 3 minit pun dia bising macam dah 30 minit menunggu..hahahaha..
Pendek ceta meeting point kami di Ueno station. Pukul 7.10 bas dah bergerak ke Shinjuku. Pukul 9 pagi kami mula bergerak ke Hida Takayama. Masa perjalanan selama 5 jam dan setiap 2 jam sekali bas akan berhenti rehat.
meeting point
Meeting point ni sebenarnya tempat parking kereta. Berdekatan park exit. Hanya pada hari kejadian je ada semua ni yer, ada banyak bas dan pelbagai destinasi. Bagi tau je reservation no, ada orang akan guide kita sampai ke bas.
ni kena letak kat tempat yang senang dilihat
Nombor tu adalah no bas, dibelakangnya ada no telefon tour guide.andai kata tersesat.

bas kami

takde orang pun
 Kami ingat kami orang pertama yang sampai, rupanya memang kami je yang naik di sini, dengan 1 lagi family, orang lain semua naik di Shinjuku. Kesemuanya hampir 30 orang. Bas tak penuh, sebab hotel dah penuh. selesa untuk kami bertiga, sebab dapat 4 seat.
hentian R&R
 Bayangkan ni adalah nasi lemak..hahaha
toilet
Tandas dia canggih, yang biru tu maknanya kosonglah.
view dari salah satu hentian rehat

Nyukawa
Nyukawa ni hentian rehat yang terakhir, ada jual pelbagai jenis makanan tradisional diaorg. Taktau nak beli apa, kami turun untuk solat jer. Lupa nak ceta pasal makanan. Makanan disediakan tp bayar asing. Kami tak order pun,saya memang dah sediakan roti dan nasi briyani untuk tengah hari. Tak banyak masa so sume makan atas bas sahaja.
Pemandang dari atas bas



Pada pukul 1.40 kami sampai di Hida Takayama. Hida Takayama ni mcm little Kyoto. Saya takdelah excited sangat sbb Kyoto, Kawagoe sume dah pernah pergi..design rumahnya lebih kurang sahaja.http://www.hida.jp/english/






Satu jam di sini, setiap kali sebelum sampai disatu-satu tempat kami akan diberikan map dan akan terangkan serba sedikit tentang tempat yang akan dilawati. Perjalanan selama 1 jam 30 minit diteruskan ke destinasi yang kedua Shiragawago
Sampai di kawasan Shiragawago ni pada pukul 3.50 petang, sini pun masa yang diberi hanya 1 jam, kawasan ni luas, memang tak cukup kalau hanya sejam, saya minta extra masa 10 minit sebab rasa sejam ni sekejap sangat, lagi pun xde apa-apa aktiviti lagi selepas ni akan terus gerak ke hotel..kedekut dia cakap tak boleh, dia ckp kalau rasa tak cukup nati boleh dtg lain waktu winter cantik...adoilah.








Memang rushing, tak sempat  ke observatory, tak sempat nak masuk ke dalam rumahnya, Bersyukur berbanding orang lain yang tak berpeluang ke sini, cuma rasa terkilan sebab masa masih boleh di adjust, dalam itinerary pun dah tulis antara 60 - 90 minit..lagipun waktu sekarang gelapnya lambat.Alhamdulillah walaupun sekejap tp cuaca begitu baik, cerah. Ada member ckp u're so lucky, i dah dua kali ke Shiragawago, kedua-duanya hujan dan mendung. Pukul 5 petang kami bergerak ke hotel. Gerak lewat 15 minit sbb ramai yang lambat sebab semua orang ingkar dengan arahannya termasuklah saya...hahaha..tapi masa minta extra 10 minit tak bagi saya memang ckp saya akan lambat sikit, dia senyum aje..
Perjalanan ke hotel selama 1jam 30 minit, lama masa dalam bas lagi, tapi takde choice sbb tempat ni tak boleh access dengan train. Hotel kami hotel biasa tapi amat bersih Toyama Mountain hotel. Sampai di hotel aktiviti bebas, boleh keluar sendiri kalau nak, hotel ni pun dekat dengan tram station. Penat sangat keluar hanya untuk cari makan malam sahaja. Esok pagi seawal 6.30 pagi akan bergerak ke Toyama station untuk ke Tateyama kurobe Alpine route.
bilik hotel
Disebabkan nama tiga orang maka kami dapat dua bilik. bersebelahan aje.
tram

2 biji bas di depan hotel
Perjalanan mengambil masa 1jam dari hotel ke Tateyama station. Pagi ni disediakan breakfast 2 ketul onigiri, 1 kotak green tea dan seketul tamago. Saya sendiri dah sediakan breakfast sandwich tuna untuk breakfast dan untuk lunch maggie goreng koboi..


Ramai orang dan hari ni memang btul2 kena ikut masa yang ditetapkan sebab kita akan naik 7 jenis kenderaan yang berbeza untuk sampai ke snow wall.Semuanya telah di booking, tapi trip hari ni puas hati sebab walaupun ramai tp tidak begitu rushing. Kami sampai di Tateyama station pada pukul 7.30 pagi. Cable car untuk ke Bijodaira adalah pada pukul 8 pagi, so sempatlah minum kopi bergambar dengan tenang.
map
tengok kepada map memang pening dan bertabah..moga dipermudahkan perjalanan pada hari ini

ramai
Ramai orang kebanyakkan datang dengan group, ada jugak yang datang sendiri tapi masa menunggu untuk datang secara individu mcm lagi lama.
Jom layan gambar...
Tateyama cabelcar

Jangan lupa cop untuk setiap tempat

beratur untuk naik kenderaan kedua..bas
highland bas
Melihat cuaca yang suram berkabus ni, berkabuslah juga hatiku..haha..perjalanan mengambil masa selama hampir sejam untuk sampai ke Tateyama snow corridor.


dalam bas
Alhamdulillah bersyukur sangat dan amat tidak sangka separuh perjalanan cuaca bertukar cerah langit membiru, terasa seolah-olah berjalan di atas awan.



semua gambar diatas di ambil dari dalam bas.
Sebelum terlupa pakaian bawa jaket winter dengan spek aje..kalau tidak silau sebab semuanya putih.Tak perlu pakaian lengkap mcm nak main snow sebab tak berapa sejuk, kecuali kalau  berangin. Kawasan ni hanya dibuka selama 2 bulan dalam setahun.
mohhh selfie dulu sebelum 
selfie lg 








jomlah balik
Snow wall setinggi 13m, sejauh 1km.alhamdulillah sempat cover semua dalam masa 1 jam.

ramai
beratur untuk ke destinasi seterusnya


ni adalah tunnel yang tertinggi di Japan dan sepanjang 3.7km..hanya kegelapan yang ku lihat..Sampai ke Daikambo tukar kepada ropeway pulak.



tateyama ropeway


Naik ropeway ni gayat sikit sebab tinggi..tapi best..sampai di kurobedaira, sempat lagi posing sementara nak tunggu untuk naik cable car ke lake kurobe.
sempat posing lagi


dah sampai..dari sini kena jalan kaki dalam 20 minit..sinilah ada kurobe dam







inilah kawasan damnya. Dari kurobe dam kami naik kanden trolley bus pulak ke Ogizawa..







pening tak tengok pengangkutannya. 7 jenis semua..pening mokcik...sampai di Ogizawa, dia suruh ke tempat parking bus, mokcik tanya bas jenis apa pulak, dia gelak aje, dia cakap bas kita lah, bas nak balik Tokyo dah..hahaha
Gambar di bawah ni view sepanjang perjalanan balik..cantik suasana kampungnya, menenangkan.


Hampir pukul 7 malam kami sampai di Shinjuku station, Alhamdulillah dah selamat sampai...tamat sudah trip yang bertabah  tapi enjoy ni..