Monday 25 January 2016

Tokyo Skytree

Minggu nie mokcik deman..xdelah sibuk nak berjalan..haha..Hari sabtu seharian dok umah cuma pada sebelah paginya keluar ke sekolah Hafiy ada parents meeting. Alhamdulillah hari Ahad dah ok skit, so blehlah keluar, cuma cuaca akhir-akhir ni sejuk, xlehlah wat aktiviti outdoor..makanya kami ke Skytree, bangunan yang paling tinggi kat Jepun ni. Dah byk kali ke sini tp tak pernah naik sampai atas.
Dekat aje dari rumah dalam 30 minit. Naik train dari Shinkoiwa station turun di Kinshicho station tukar hanzomon line turun di Oshiage station.
Keluar dari Oshiage station ikut jer arah signboard Skytree
Keluar dari Oshiage ikut jer arah signboard ke arah skytree, Kaunter tiket Skytree terletak di tingkat 4 yer tp bila kita sampai di tingkat 4 tu tetiba signboard dah mcm ilang, yang nampak kedai jer, kaunter tiket takde... ini disbbkan  kita sebenarnya bukan berada di dalam bangunan Skytree tp shopping mall Solamachi.Solamachi ni adalah shopping mall yang bersebelahan dengan Skytree, so dari tingkat 4 tu kita perlu keluar dari shopping mall tu baru nampak kaunter tiket Skytree. 
sila beratur
Harga tiket


Sebenarnya sebelum datang, saya dah google tengok harga tiket, biasanya kalau beli tiket di website lebih murah berbanding beli di kaunter, tp Skytree ni pelik, beli di kaunter lagi murah dari beli di website.Pelik..Nak tiket murah punya pasal kami decide beli tiket di kaunter aje. Bila sampai baru tau...sebenarnya tak boleh beli tiket terus, kena amik kupon dulu, dalam kupon tu baru ada tulis masa untuk beratur beli tiket. Kami sampai pukul 11.30 pg tiket kami hanya boleh dibeli pada pukul 1.00-1.30 ptg..huhuhu..Sementara menunggu ronda-ronda dalam Solamachi mall dlu..besar dan mcm-mcm ada. Nak mkn pun kenyang lg so lepak-lepak minum kopi aje. 
cth kupon

 Kalau tak nak beratur dan malas menunggu boleh aje amik fast skytree ticket, ni untuk pelancong aje, tunjuk pasport aje. Bayarnya pun mahallh skit, kami ni takde keja so tunggu ajelh.
Pukul 1 tepat kami ke kaunter beli tiket, sekejap aje proses nak beli tiketnya. Lepas beli tiket terus beratur untuk naik elevator ke atas.
kaunter tiket

akhirnya..

beratur naik lif pun ramai
Peliklh dtglah hari apa pun sentiasa ramai orang..huhu..

Alhamdulillah cuaca ok, sepatutnya semuanya nampak harini.
Kami hanya naik sampai ke Tembo deck (350m) sahaja, boleh naik lagi atas ke Tembo Galleria (450m).Tiket ke Tembo Galleria boleh dibeli di kaunter tiket di Tembo deck. Jom kita tgk mcm mana pemandangan kat atas tembo deck ni.
Fuji San

Nampak tak umah kita tuu

Padat

kaunter tiket untuk ke Tembo Galleria
Tembo deck ni ada cafe, blehlah minum kopi sambil memandang bandar terpadat di dunia ni..hihi. Kalau tgk dari atas ni mmg tak nampak kawasan yang kosong pun, semuanya penuh dengan bangunan. Tak sangka dah setahun lebih saya di sini. Kalau nak dok sebumbung sebagai satu keluarga mcm nilah salah seorang kena berkorban. Di bumi asing mental fizikal kena kuat..
Skytree cafe
Jom tgk apa lagi yang menarik.
belek-belek pamphlet situ.katanya pemandangan pada waktu malam paling cantik dari sini.

Setelah puas bergambar kami mula turun ke tingkat 340m menggunakan escalator, ini kerana hanya pada tingkat 340m ada elevator untuk turun ke bawah.

glass floor
Di tingkat 340m ni ada lantai kaca, kita bleh nampak sampai ke bawah..sape gayat jgn tengok bwh yer..
Untuk yang berminat ke sini blehlh ke http://www.tokyo-skytree.jp/en/











Friday 22 January 2016

Kawagoe

Dah pening nak ke mana ujung-ujung minggu ni, saya tak suka ke shopping mall tanpa arah, nak window shopping pun kena ada tujuan..hihi..yang pasti tak nak dok umah..maka ke Kawagoe lah kita, dekat aje dengan Tokyo. Dari Ikebukuro station  ke Kawagoe station (direct tobu -tojo line) dalam 30 minit.
Exit je dari Kawagoe station ada tourist imformation office sebelah kiri. Minta map dan tanya kat mana nak tunggu bas nak ke  Karazukiri zone( all storehouse zone). Dia suggest kami jalan kaki je sbb tak jauh, katanya dalam 30 minit. Kami sampai sana pun dalam pukul 2.30 petang so saya tak nak buang masa, saya plan nak naik bas saja.
East exit
 Untuk ke bus stop keluar ikut arah east exit.

Nombor bus
Bus No 1 dan 2 adalah bus ke Karazukiri zone. Pada ujung minggu bas ni setiap 15 minit satu. Klu amik one day pass 300 yen. Turun di Naka-cho bus stop.

Kawagoe nie sebenarnya mcm pekan lamalah, banyak temple dan ada castle.Memandangkan kami memang tinggal di Jepun so saya tak berminat nak tengok temple lagi. Target saya untuk trip kali ni nak ronda-ronda area Karazuki zone sahaja.
Bangunan-bangunan lama sini adalah sejak dari tahun 1792. http://www.koedo.or.jp/foreign/english/ 
Jom layan gambar-gambar Kawagoe storehouse ni..Memang suasana kampung habis.



Memang rare.

Toki no kane
Time bell tower ni berfungsi sejak zaman Edo lagi. Bell tower ni sebahagiannya telah dibina semula kerana telah musnah dalam kebakaran pada tahun 1893.


Singgah minum kopi sekejap
 Berehat sebentar. sejuk-sejuk ni sedap minum kopi panas.


ramai orang
Kawasan Kura no machi (oldtown) Ichibangai ni, sesuai sangatlah pakai kimono. Backgound yang unik.
Longkang Jepun.

Ni baru panggil Jepun punya bersih sampai ada ikan koi idup dalam longkang..hahaha. Takdelah ni sebenarnya kawasan tarikan pelancong so tempat ni dijagalah.

Candy
 Kasyhiya Yokocho( Penny Canny lane). Kawasan ni glamor dengan gula-gula yang dibuat sendiri secara tradisional.

roti
 Nampak mcm roti biasakan,sebenarnya ni adalah roti ubi jepun. rasanya lembut macam gula kapas .
gigih bawa sampai ke Tokyo
Diaorg berdua gelakkan saya, roti pun ibu nak beli..saya cuma nak rasa sebab tgk ramai sgt org beli roti ni,tak rugi mmg sedap. lain dari yg lain.
Kawagoe festival museum

Sightseeing bus

Kita beriya posing rupanya snap gambar bas jer..hahahaha....
dah nak gelap

kreatif

Kedai souvenir ni jual barang yang diperbuat daripada arang. kreatif inovatif btul.

sweet potato sweets
Oishiii.sedap, blum pernah jumpa lagi di tempat lain. 3 ketui 500 yen. 
Itu sahaja untuk day trip kali ni,mula niat nak jalan kaki sampai Kawagoe station tp dah sejuk-sejuk ni naik bas ajelh.



Monday 18 January 2016

Hokaido Sapporo snow festival

Memang saya yang beriya-iya nak ke Sapporo Snow Festival ni..Tanya boss, boss ckp tgk dlu, wat itinerary dlu klu boleh pn semlm aje, byk keja, dan jauh.errmmmm dah rupa datuk Vida punya syarat nak taja bola sepak Kelantan..He's the boss, so kita kena byk bersabar..hahaha..Saya sediakan segala itinerary dan tunjuk pd bos, tp nampaknya bos tak begitu berminat..hahaha..errmm xpe sekurang kurangnya saya mencuba klu tak dpt pn saya puas ati..
Pendekkn ceta esknya blk dr kerja, bos ckp abg dh booking hotel n tiket ke Sapporo..Yahooo...
Sebenarnya trip ni awal tahun lps, dah jd tabiat saya suka kumpul segala pamphlet, resit, itinerary dalam fail, nak tulis blog korek blk.

Perjalanan dari  Narita airport ke New Chitose Airport Sappora 1 jam 45 minit. Dari airport ke hotel lebih kurang 1 jam. Hotel kami Rasso Iceberg 5 minit berjalan kaki dari Odari train station. Sebenarnya hotel ni dekatlah sangat dengan main attraction Odari Site.



Memandangkan saya hanya ada 2 hari 1 malam sahaja, dan sebolehnya nak cover ke semua attraction yang ada maka saya pilih flight pergi awal pagi dan flight balik selewat yang mungkin. Hotel pula kena dekat dengan main attraction sebab nak kurangkn masa perjalanan.
Sini saya sharekan beberapa tips untuk ke Sapporo Snow festival
  1. Booking tiket flight dan hotel seawal mungkin sebab masa Snow festival ni lebih 2 million pelancong dari segala pelusuk dunia akan ke sini. Semuanya akan jadi mahal, hotel penuh ataupun kalau ada jauh.
  2. Kalau berniat untuk ke tiga-tiga site saya cadangkan ke Susukino site dahulu, sebab ice sculptures lebih kecil dan akan mudah cair jika ada cahaya matahari
  3. Pakaian dan kasut semuanya kena lengkap mcm nak main skii, sejuk sangat, snownya tebal dan jalan jadi amat licin. 
  4. Saya tak suggest bawa stroller sebabnya JR stationnya tak user friendly byk tangga, dekat site pula orang ramai, jalan licin nak tolak stroller pun payah.
  5. Sebolehnya amik hotel dekat dengan site sebabnya kalau tak tahan sejuk blehlh blk ke hotel rehat2 sekejap, saya memang jenis tak tahan sejuk..
  6. Makan tak perlu risau ada banyak sangat kedai makan dari pelbagai negara termasuklah Malaysia, sediakan ongkosnya sahaja.
  7. Ada surau disediakan untuk umat Islam di Odari site
Kami sampai hotel lebih kurang dalam pukul 1 ptg, check in sepatutnya pukul 3 ptg, tp pihak hotel kata boleh simpan beg dlu. Saya dengan rasa tak malunya bertanya boleh tak tolong checkkn bilik dah ready ke, klu dah ready boleh tak kami nak check in sekarang. Alhamdulillah, bilik dah ready so boleh check in terus, sejuk kot nak terus berjalan, rehat, buka bekal, solat dlu. Dalam pukul 2.30 ptg kami keluar semula, saya plan nak ke Otaru dlu. Target saya  nak ke Otaru Canal sahaja. Dengar ceta tempat ni cantik..
Otaru Station
Welcome to Otaru

Nak ke Otaru Canal lebih kurang 10 minit dari Otaru station

Sepanjang jalan nak ke Otaru Canal

Banyak arca-arca daripada ais disediakan oleh restoren-restoren seafood sepanjang jalan nak ke Otaru canal, bertujuan menarik pelanggan dan memeriahkan suasana festival. 
Jarak hanya 10 minit dari stesen Otaru bleh jadi sejam klu asyik stop amik gambar..hihi..Jom layan gambar Otaru canal ni.
Pekerja gigih memasang lampu untuk illumination

Boleh pusing-pusing 
Eviden..hihi
So sweettt

Dah nak gelap
Apa-apaan ni.. 
Kami tak banyak masa, so pergi tempat yang paling glamor aje..kalau ada byk masa bleh naik bot, dan gi beberapa tempat menarik sekitar tu..Otaru park, music box museum, glass and lamp handmade shop.
Otaru map amik kat stesen Otaru

Dalam pukul 5 kami gerak balik ke hotel, plan dalam pukul 7 nak ke Odari park. Sapporo festival ni semuanya ada 3 site, Odari site, Susukino site dan Tsudome site. Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.japan-guide.com/e/e5311.html. Main site Odari site sepanjang 1.5 km. 
Ice skating rink
Sapporo Tv tower
cuteee

Nilah yang diaorg dok cari Star Wars

Siap nyanyi-nyanyi


Banyak kedai makan
fresh and yummy
Oishiii
Terjumpa officemate 
Cik abg punya kwn-kwn, rupanya ramai ke sini. Penatnya berjalan, sepatutnya Odari park ni tutup pukul 10 mlm, tapi masih ramai orang.. perlahan-lahan jalan menuju ke hotel pelbagai gelagat manusia dapat dilihat. Balik hotel terus pengsan kita sambung esok pagi pulak yer.
Gerai halal Malaysia
 Awal pagi dah siap check out, bagasi tinggal di hotel, pengembaraan hari ni  diteruskan, plan nak ke Tsudome site dan Susukino site. Breakfast pagi ni di gerai Malaysia, nasi lemak roti canai..yummy..

Arca dari Malaysia

sempat  lagi tu,tepi jalan pun jadi

Sapporo clock tower
Menyempatkan diri ke sini sekejap.
Lepas sarapan pagi kami pusing-pusing sekejap  area Odari site, Puas hati sempat cover sume Odari site, lepas tu terus naik bas gerak ke Tsudome, naik shuttle bus 210 yen sehala terus sampai ke Tsudome site.Shuttle bus tu btul-btul sebelah Odari site je, tengok ramai-ramai beratur situlh bus stopnya.

snow slide

gigihhh

Tsu Dome ni tempat paling best bukan sahaja untuk budak-budak, mak bapak bdk pun suka.. Hafiy memang tak nak balik dari sini maka saya decide untuk stay sini aje. tak jadi gi Susukino site, Untuk menyedapkan hati sendiri ukiran ais di Susukino site lebih kurang sama je dengan Odari site tapi lebih kecil...hehehe..

wat apa tue
Dah siap kita susun sini 

wahhh gasing
Ni kalau dah tak tahan sejuk bleh lari masuk dalam dome ni, ada aktiviti untuk indoor, ada byk gerai makanan sama macam di Odari site. Segala permainan dalam dome ni kena bayar yer..


Tsu dome site ni sampai pukul 5 ptg sahaja yer, lebih kurang dalam pukul 2 petang kami menaiki bas kembali ke Odari park, berjalan kaki ke hotel untuk mengambil bagasi terus gerak ke airport menaiki keretapi. Sappora train station besar, ada banyak entrance pastikan kita gerak awal supaya mengambil kira masa kalau sesat. Kami bernasib baik kerana ada seorang wanita Indonesia yang belajar di Sappora telah membantu kami.
Itu sahaja untuk kali ni harap serba sikit dapat membantu. Sebagai penutup layan video ni..


ting ting dalam snow..