Monday 8 August 2016

Bukit Tinggi Pahang

Ini adalah trip pertama jalan-jalan sejak balik dari Jepun..Barang-barang kargo dari Jepun baru sampai kemarin dulu..Belum abis mengemas, tapi rasa nak berjalan..nak pilih tempat yang dekat dan unik..puas google akhirnya percutian one day trip kami ke Bukit Tinggi. Pada mulanya plan nak bermalam di sana, tapi memandangkan jarak perjalanan dari rumah hanya 1 jam 20 minit, adalah lebih baik day trip aje. Kami bertolak pada pukul 9 pagi dari rumah.Berhenti sarapan pagi di R&R Genting dan dalam pukul 11 pagi dah sampai Bukit Tinggi. 

Tiket masuk untuk dewasa rm13 dan kanak-kanak rm8.
map
Bagi saya tempat ni agak menarik, terkenang kembali pengalaman hampir setahun berada di France dulu bila berada di Colmar Tropicale.
entrance ke Colmar Troicale

menarik dikelilingi hutan hijau


black swan

show..balancing

upah popcorn

jom minum kopi
Destinasi ke dua kami ke Japan Village. Mengimbas kenangan ketika hampir 2 tahun berada di Jepun pulak..




ala-ala di Arashiyama


ikan koi
 Kat sini ada dijual makanan ikan, kami pun belilah, nak bagi ikan makan.tapi ikan Koi ni tak nak makan pun dah kenyang agaknya. Ini menunjukkan tempat ni ramai orang.

menghijau
Botanical Garden
Di Japan village ni pun boleh sewa kimono (rm20) dan ada tea house. Agak bertabah nak ke Japan village ni sebabnya tidak boleh di access dengan kereta. Naik kereta separuh jalan dan mendaki ke atas.  Pukul 3.30 kami dah bergerak balik. Sebelum terlupa ada lagi satu tempat menarik di sini animal park..ada arnab, rusa yang dilepaskan bebas dan anak-anak boleh memberi makan kepada haiwan-haiwan ini.
Itu saja untuk kali ini, sebenarnya hari ni saya begitu malas untuk menulis tetapi terasa rugi kalau tak menulis seperti mana saya mensia-siakan pengalaman saya melawat negara-negara Europe dalam masa 11bulan dulu...untuk maklumat lanjut bolehlah ke