Friday 26 February 2016

Izu Kawazu

 Dah lama tak menulis, bz skit akhir-akhir. Baru-baru ni  saya ada amik pakej Tokyo wide pass (20-22 Feb 2016), pass ni membolehkan kita pergi ke mana-mana tempat dalam kawasan kanto ni dengan hanya 10000 yen seorang selama 3 hari berturut-turut. Saya memang sengaja pilih tarikh ni sbb dah target dari tahun lepas nak sekalikan tengok sakura di Kawazu dan bermain snow di Yuzawa.
Sakaru Kawazu ni antara sakura yang paling awal iaitu akhir bulan Feb hingga awal bln Mac.Yang uniknya sakuranya berwarna pink dan tumbuh di sepanjang sungai sepanjang 4 km. Cuma agak bertabah sebabnya masa perjalanan sehala hampir 2 jam 30 minit dari Tokyo. Dari Tokyo station direct terus ke Kawazu station dengan menaiki Odoriko JR train. Odoriko train ni sumenya reserve seat, kami punya tiket pukul 8 pg dari Tokyo dan tiket blk pula saya reserve pada pukul 5.40 ptg. Dah berminggu asyik tengok update sakura dari official websitenya, sbb bunga ni memang bergantung kepada keadaan cuaca, alhamdulillah sakura dah kembang tapi hari mendung dan hujan, takpelah itu  sahaja rezeki kami, masih beruntung kerana masih berpeluang ke sini.
Pemandangan dalam train nak ke Kawazu ni cantik dengan view laut. Kebetulan seat kami memang di bahagian yang mengadap laut.Menenangkan. Selalunya kalau travel sayalah yang paling sibuk, sediakan sarapan pagi dan tengah hari sekali. Biasanya kami akan sarapan pagi di atas train, kadang make up pun atas train. 
Kami sampai di Kawazu station lebih kurang pukul 10.30 pagi, orang dah ramai. Cuaca mendung tapi masih belum hujan.
Penyambut tetamu
Disambut oleh penyambut yang comeii dan uncle yang begitu baik hati, tolong snapkan gambar kami.
kawazu station
Dah sampai sini maka pengembaraan pun bermula,macam biasa ambil map dlu dan jomm jalan.
peta
 Jom kita plan perjalanan kita, mula kita jalan ke arah laut dulu.

ramai berniaga
Selain sakura, ada jugak pokok rapeseed, pokok rapeseed ni digunakan untuk membuat minyak masak. kalau rajin nati saya tulis pengalaman saya ke ladang rapeseed pulak, tapi hari ni nak ceta pasal sakaru ajer..
smilee :-)
kawaii

bestnya umah dia ada pokok limau ibu
Bestnya umah dia ada pokok limau, dia tak payah beli limau macam kita, nak makan bleh amik aje..hahaha..boleh tak amik satu ibu. Cuaca terasa dingin dan sejuk. jom kita minum kopi dulu.
Subhanallah cantiknya ciptaanMu 

oiittt sejuk-sejuk pun minum air ais kah
 Berehat sebentar, dan hujan mula turun, tapi hujan di sini taklah seperti di Malaysia tidak lebat dan tiada guruh kilat. maka berpayunglah kami..jom layan gambar-gambar sakura..
kawaii
Jom kita kutip bunga sakura ni kita tulis nama Hafiy.

memang rarelah
Memang nampak suasana kejepunannya lagi cantik kalau pakai kimono.

sakana
Jernih sungguh air sungai ni sampai nampak dasar dan ikannya..Jom kita sambung jalan lagi
kawaii

Sejuknya jom kita masuk onsen rendam rendam kaki

cheeseee
Penat berjalan kita masuk sini sekejap.


tinggal sorang ni je nak posing lg
 Hujannn tinggal sorang ni je nak posing lagi, sorang lagi dah sibuk main hujan sorang lagi risau kameranya masuk air..hahaha..


upah

Hujannn, kaki pun dah penat, kami berjalan hampir ke penghujung jalan, membeli sedikit buah tangan dan jam menunjukkan hampir pukul 3.00 petang, kami mula berpatah balik untuk ke stesen keretapi. Sampai di stesen Kawazu pada pukul 3.40 petang, tiket kami sepatutnya pada pukul 5.40, ada lebih kurang 2 jam lagi. apa nak buat..hahaha..saya mencuba nasib bertanya untuk menukar tiket ke waktu yang lebih awal. Alhamdulillah masih ada seat kosong untuk train yang direct ke Tokyo iaitu pada pukul 4.40 petang. Lebih kurang sejam lagi sempatlah bersolat. 
Untuk rujukan masa hadapan train yang direct ke Tokyo ni lebih kurang sejam satu sahaja, dan kalau weekdays train terakhir adalah sebelum pukul 5 petang, kalau terlepas terpaksalah naik train lompat-lompat yang memakan masa hampir 4 jam untuk ke Tokyo..Rancang perjalanan sebaik mungkin sebelum memulakan apa-apa perjalanan. Dengan mengambil Tokyo wide pass ni, kita akan berjalan selama 3 hari berturut-turut, tanpa perancangan yang teliti agak memenatkan.
Kami sampai  di Tokyo pada pukul 7, sebelum balik makan malam siap2 di Tendon Asakusa, sampai rumah lebih kurang pukul 8.30 malam, sebelum tidur sediakan bekal untuk esok, esok ke Takomachi snow festival dan lusa bermain snow di  Gala Yuzawa. Saya mengambil keputusan untuk bermalam di Ochigo Yuzawa kerana arah kedua-dua tempat ini berdekatan dan untuk berpatah balik ke Tokyo agak memenatkan.
Itu sahaja post untuk kali ni next post sambungan ke Takomachi snow festival dan snow di Gala Yuzawa.





Wednesday 17 February 2016

Euno zoo

Euno zoo the oldest zoo in Japan..https://www.tokyo-zoo.net/english/ueno/..Zoo ni dekat dengan Euno park. Dari Shinkoiwa tak sampai 30 minit. Shinkoiwa ke Akihabara tukar yomanote line ke Euno station. Exit arah Euno park. Dari Euno station ke Euno zoo ni jalan kaki dalam 5 minit. Tiket masuk untuk dewasa 600 yen manakala kanak-kanak bawah 12 tahun percuma. Zoo ni tutup setiap hari Isnin. Saya baru dua kali ke sini, Hafiy enjoy lebih-lebih lagi kalau ada kawan. Jom tengok apa yang menarik dalam Euno zoo ni.
Depan Jr Euno station
Entrance zoo


Panda
Waktu ni cuti sekolah, itu sebab ramai orang walaupun hari berkerja, saya biarkan aje Hafiy membaca peta. Biarkan diaorang decide arah mana nak jalan, binatang apa yang diaorang nak tengok.

Snow monkey

tahu ke tengok map ni..meh cikgu ajarkan
Kita kat mana sekarang, mehh kita tengok peta.

elephants..apa sahajalah yang dibualkan kanak-kanak rebena ni...

Penat berjalan kami berhenti rehat, makan bekal yang dibawa, Kak Ina siap bawa nasi dan kari kambing..ala-ala picnic gitu..

walaupun sejuk aiskrim jugak pilihan hati

Kali ni gambar tak payah suruh senyum..dia sendiri senyum dan minta ambil gambar..Gi zoo hati berbungalah...
line up plzz
monorail
Penat berjalan kita naik monorail pulak..walaupun dekat aje, anak-anak ni teringin nak naik train tergantung, maka kita layankan ajer..
flamingo
Seharian jugaklah kami di sini. Mengisi masa lapang cuti sekolah, sebab katanya walaupun hari-hari jupa di sekolah nak main tak sempat...
Ini sahaja untuk kali ni, kalau travel bersama anak-anak bolehlah selitkan sedikit masa ke sini Euno zoo, menarik..

Monday 15 February 2016

Ghibli museum

Ghibli museum ni lebih kurang sejam dari Shinkoiwa, senang aje nak ke Ghibli museum ni, dari Shinkoiwa direct terus ke Mitaka station. Dari Mitaka station keluar arah South exit, terus ke bus stop nombor 9. Naik bas dalam 10 minit dah sampai Ghibli museum.Segala maklumat lanjut berkaitan Ghibli museum ni bolehlah ke http://www.ghibli-museum.jp/en/.Sebenarnya dah lama nak ke sini tapi tiket tak pernah ada, selalu penuh. Tiket kena beli awal yer, dan ada masa tertentu nak masuk ke Ghibli ni.Kami punya tiket masuk pukul 2 petang.

Loop bus ke Ghibli

boleh beli tiket round trip kat bus stop no 9 ni

depan entrance , org dah ramai beratur

Pengarah studio Ghibli ni, Hayao Miyazaki designed museum ni sendiri, dengan menggunakan storyboards yang sama dalam filemnya, menarik Hafiy enjoy ke museum kali ni.
Kawaii
Decoration museum mmg menarik tapi satu jelah takde english, sume dalam bahasa Jepun, tp kami enjoy aje, sbb cartoonnya byk gambar. Gambar pulak cantik2.. Jom layan apa yang ada kat museum ni.
bahagian atas robot soldier
Nak bergambar kat luar aje, dalam museum tak boleh yer..dah penat berjalan singgah minum, dalam museum ni ada cafe.
cafe

Sejuk-sejuk pun aiskrim


kenapa tak keluar air ni
Sebelah museum ni ada Inokashira park, mulanya  ingat klu kat museum ni sekejap aje ingat nak jalan-jalan kat park ni, rupanya sampai kul 4.30 jugak kami di museum ni..Disebabkan tak boleh amik gambar dalam museum ni sebelum balik saya beli buku berkaitan Ghibli museum ni, 2 buah 1000 yen dapat poster free satu. Murahlah, buku dalam versi english. Gambar-gambar dlm buku ni semua yang ada dalam museum ni, patutlh tak bleh bergambar dalam museum nati tak laku pulak bukunya..hihi
Ni lah bukunya

Itu aje untuk kali ni. Nak blk pun senang, naik je loop bus tadi, tunggu bas di tempat yang turun td. Bas ni setiap 10 minit.  

Wednesday 3 February 2016

Tsukiji market

Tsukiji market, pasar paling besar dan sibuk di dunia. Dah lama sbnrnya berhajat nk ke sana tp asyik bertangguh je.Perjalanan dalam 30 minit. Dari Shin Koiwa ke Akihabara (JR Chuo Subu line towards Mitaka)  kemudian tukar ke (metro Hibiya line towards Naka Meguro) stop kat Tsukiji Station.

Exit no 1
Dari Tsukiji market exit nombor 1, disebelah kiri lg kita dah nampak Tsukiji market. Jalan ke arah kiri hingga ke traffic light.

Pintu masuk ke Tsukiji
Masuk je, lorong sebelah lawson tu dh kawasan Tsukiji market. Dah sampai bahagian outer market.Banyak kedai makan ramen, soba, disepanjang jalan tu. Saya plan nak ke inner market dulu, so jalan terus sampai jumpa Tsukiji market tourist information centre di sebelah kiri. Inner ni jual secara borong, biasanya kepada restoren besar @ peniaga-peniaga di outer market. Inner market ni lah ada tuna auction, tp nak join tuna auction ni kena dtg kul 3 pg yer..menarik tuna auction ni sbb boleh tgk tuna harga berjuta ringgit..tak boleh bayangkan ikan harga berjuta-juta ni..

Ni penghujung jalan 
Inner market ni ada lebih daripada 600 orang pemborong. Nak ke inner market jln terus dari tourist information office sampai hujung jalan jumpa temple,kemudian belok ke kanan. Dah sampai inner market.


lorong ke inner market
Inner market

alat untuk angkut tong-tong ikan

kawasan Inner market
mesin potong ikan
Inner market ni sibuklah sangat, kenderaan angkut tong ikan ni banyaklah sangat bersimpang siur, jalan licin, tu sebablh kot kanak-kanak tak dibenarkan masuk kawasan ini. Sekejap je kat sini, pastu kami patah balik ke outer market, plan nak breakfast sushi.

outer market
Outer market ni lebih kurang market kat Malaysia lah, macam-macam ada.

Kita beli untuk orang kampung


sotong, tuna dan belut bakar..oishii
 Kalau tgk belut hidup memang tak lalu nak mkn, tp dah bakar camni sedaplah pulak.

white strawberries
White strawberry ni sebijik jer 500 yen @ rm18. Bos ckp tak payah beli mahai bebenar..tp teman nak rasa jugak..once in lifetime hihi..dah lama teringin sebab ni je kedai yang jual sebiji, sblm ni pernah tengok kat kedai buah 1 peket 12 bijik 10000 yen @ rm360.


isi putih
Nak bagi review skit, rasanya sama jer mcm strawberry merah tp lebih juicy.

Banyak kedai sushi sini tapi harga sushi sini boleh tahan..rasanya lagi mahal pada tempat-tempat lain, yang bestnya freshlah. Restaurant yang kami makan ni layanannya terbaik. Bila masuk je sume chef dan pekerja dalam tu jerit ramai-ramai selamat datang..Green tea pulak baru minum suku dia dah tambah lagi.




sushii

Sushizanmai 
 Ni kedai sushi, sushizanmai ni penah tgk dlm tv Jepun..Itu ajelah untuk kali ni, kalau berminat nak dtg Tsukiji market ni check dulu dalam official websitenya sebab ada hari-hari tertentu pasar ni tutup. http://www.tsukiji-market.or.jp/tukiji_e.htm...Dah termakbul dh niat nak ke Tsukiji market sebelum balik Malaysia. Kami tak beli barang basah pun mmg semata dtg melawat aje, sebabnya lepas ke Tsukiji nak ke tempat lain pulak, susahlh pulak klu nak bawa ikan berjalan-jalan..