Monday 9 May 2016

Hitachi sea side park Ibaraki

Dah dua kali ke sini. Park yang menarik tapi agar jauh dari rumah, hampir 2 jam. Mudah je nak access ke sini, dari Tokyo station direct ke Katsuta station.Dari katsuta station ada bas disediakan direct ke park, masa perjalanan bas hampir 20 minit.
Jom kita tengok apa yang ada di park ni.http://en.hitachikaihin.jp/information.html
Kali pertama ke sini pada 17 Oktober 2015, nak tengok pokok kochia ni, pokok ni hanya ada pada musim autumn saja. kali pertama tengok, pokok warna merah..kami bertolak awal dari Tokyo pukul 7 pagi, pukul 9.15 dah terpacak depan gate, park pun tutup lagi, hahaha, orang pun tak ramai sangat lagi, nak ambil gambar pun best.








cosmos
nama bunga macam nama ultraman..hahaha


Hitachi seaside ni luas, selain kochia ada pelbagai lain jenis pokok bunga lain. Ada pelbagai jenis permainan untuk kanak-kanak ribena.
pampas grass

giant ferris wheel

zinnia



Ni pula masa 3 Mei 2016, nak tengok pokok bunga baby blue eyes..ditanam dikawasan yang sama dengan pokok kochia, kalau sebelum ni merah sekarang dah bertukar selautan biru.
bas ke park
 Begitu menghormati orang yang naik bas, sambut, senyum sambil ucap terima kasih.



nak basuh tangan sekejap

upah air dulu yer

nemophila@baby blue eyes


berbanding sebelum ni, kali ni ramai orang macam semut.

Park ni dipanggil Hitachi seaside park sebab tepi laut, dan dekat dengan kilang Hitachi..


selautan biru

tutt..tutt..
Tak larat jalan boleh naik train pusing-pusing park.


interbiu
soalan: mcm mana encik tau tempat ni.
jawapan: dari bini saya...hahaha

picnic
 Hafiy mula travel sejak 4 bulan dalam perut.dia dulu tak diajar makan maggie kecuali kalau travel dan darurat, ingat lagi dulu dia selalu tanya mcm mana ibu masak mee dalam hotel, sedap sangat, kalau berjalan je ibu masak mee sedap, nape kat umah tak penah makan mee sedap ni.


rapeseed
rapeseed ni spesis sawi, untuk wat minyak condola.

tulip



aiskrim lagi

air trampoline

Itu ajer untuk kali ni mohh kita blk..train ke sini semuanya reserved seat, so saya dah book pukul 4 petang..sayonara..


No comments: