Sunday 8 May 2016

Fuji Shibazakura

Lama rasanya tak menulis maklumlah sekarang musim cuti Jepun, public holiday yang paling lama untuk rakyat Jepun, lebih kurang 10 hari. Bermula pada 29 April hingga  8 Mei 2016. Kalau nak melancong sebolehnya elakkan datang pada waktu golden week ni, kebanyakkan tempat tumpuan pelancong ni akan sesak dengan rakyatnya..Saya amik tokyo wide pass 3-5 Mei 2016
Booking tiket train untuk ke Fuji shibazakura pada 4 Mei 2016. Booking tiket direct terus ke Kawaguchiko station dari Shinjuku station. Service untuk direct train ni hanya ada waktu Fuji Shibazakura dan ada waktu tertentu ajer.Waktu lain kena transit di Otsuka station., tetiba pada hari kejadian tgk forecast mendung dan hujan...waaa..so nak tukar date dan booking seat dah tak boleh, penuh katanya.huhu..tawakal jelah.
Pada hari kejadian dah jadi 50-50 nak pergi ke tak, sebab pagi tu masa keluar rumah memang hujan dan angin kuat..train pulak delay disebabkan angin kuat..tp kaki masih melangkah mengharapkan keajaiban berlaku..Train yang sepatutnya hanya 2 jam dari Tokyo dah jadi 4 jam. waaa sedih hati makcik..
Holiday express fujisan
SubhanAllah 30 minit sebelum sampai, cuaca mulai cerah, dari dalam train dah nampak Fuji San.
Sampai di Kawaguchiko station, naik bas shibazakura liner di platform 7. Tiket bas round trip dan tiket masuk boleh purchase di kaunter berdekatan platform 7 ni. Harganya 2000 yen/ person.
fujisan dari atas train

sampai je upah aiskrim dulu
Anak ni dh stress sebab semuanya jd lama, bas yang sepatutnya 30 minit dan jadi 1 jam lebih, semuanya gara-gara jem, banyak kenderaan, jadi sebelum jalan kita rasuahlah aiskrim dulu..
Jom layan gambar fuji shibazakura ni.
Untuk maklumat lanjut berkaitan shibazakura ni bolehlah ke link di bawah.
Official website ni ada live camera yang update condition bunganya.so sebelum dtg blehlah check keadaan bunganya.
seksinya..huhu
Mungkin diaorg ni malas nak pening dengan anak yang tak nak padang kamera..so amiklah gambar patung senang..hahaha











cafe
gerai makanan
Banyak kedai makan semuanya tak guna duit,pakai bayar guna kupon yer, kebanyakkan makanan tak leh makan tp ada kedai soba cuma kena bertabah beratur sebab ramai orang.


Macam biasa makan jer bento ibu, nasi goreng.
Alhamdulillah walaupun ramai orang masih dapat amik gambar, yang ala-ala hanya kita sahaja di situ..hahaha..cuaca cerah, fuji san nampak dengan jelas..




Lebih kurang pukul 4 petang kami bergerak balik ke Kawaguchiko station.. Masa blk jalan dah tak jem tp tiket balik direct dari Kawaguchiko ke Shinjuku dah terlepas, yang sepatutnya balik pada pukul 4 petang.



beratur nak naik bas ke Kawaguchiko station
Penat berjalan kami naik train pada pukul 5 petang dari Kawaguchiko station, segala-galanya berjalan lancar, lebih kurang pukul 8 dah sampai rumah.





3 comments:

NanyFadhly said...

Cantik sangat! cuaca memang unpredictable jugak sometimes. Berbaloi..clear sangat Fujisan!

rasidah MY said...

Alhamdulillah, baru lepas hujan kot, itu yg takde awan

Nanie said...

Alhamfulillah waktu sy pergi bunga pink tu blom penuh lagi. Banyak yg rongak lagi. Hehe cantik pemandangan.