Wednesday 20 April 2016

Universal Studio & Kaiyukan Aquarium Osaka

Trip dua hari  16 dan17 April 2016. Trip kali ni memang untuk Hafiy ajer, dah berjanji. Trip ni untuk mengabiskan pakej Japan bus pass, yang berbaki lagi 2 kali.http://willerexpress.com/en/, plan asalnya nak pergi minggu lepas tapi Hafiy tak sihat, so tukar ke minggu ni.  Kami bertolak dari bus stop Tokyo Disneyland pada 9.45 malam dan sampai di terminal bus willer express Umeda building pada pukul 7.15 pagi. sepatutnyaa bas direct terus USJ dari Tokyo tapi dah penuh, last minutes tukar plan.
Umeda building
Willer express terminal Osaka
 Willer express terminal ni terletak di bahagian bawah bangunan Umeda building
powder room & coin locker

tempat lepak siap ada vending machine jual makanan dan air 
breakfast
Sarapan pagi bekal, plan terus nak ke USJ, simpan beg dalam locker kat USJ dan malam baru gerak ke service apartment.

Underground
Bersebelahan Umeda building ni ada lorong underground, ikut je orang ramai-ramai untuk ke Osaka station.

Jom layan gambar kat USJ, ni dah kali ke dua ke sini, semua ride yang tak sempat naik sebelum ni, kita cover hari ni.
entrance

minion show..banananana


boleh pun pandang kamera


snekk

Harry Potter

Water show



jawsss










Seharian sampai ke malam, penat tak payah ceta..hahaha.. tamatlah seharian di USJ, terus balik ke service apartment, 25 minit dari USJ, dan 5 minit jalan kaki dari Imamiya station..


Balik semua pengsan, esok plan nak ke aquarium je, so keluar lewat sikit.
Osaka Kaiyukan Aqurium

Tempozan Ferris Wheel
http://www.osaka-info.jp/en/facilities/cat10/post_230.html.



sejauh 895m
 Aquarium ni antara aquarium yang terbesar di dunia, http://www.kaiyukan.com/language/eng/hours.html..
 Pelbagai jenis hidupan laut.

ikan yu..

Tempozan Ferris Wheel, bersebelahan dengan aqurium.http://www.osaka-info.jp/en/facilities/cat10/post_230.html

Jom naik ferris wheel



Tempozan market shopping mall
besarnya arnah

Legoland Osaka.
https://www.legolanddiscoverycenter.jp/osaka/en/


legoland


sunset
Tengok sunset di Osaka Bay.
Osaka station
Tangga pun nampak cantik...

Tamatlah cuti ujung minggu kami kali ni, asalnya nak naik cruise Santa Maria tetapi cuaca tak mengizinkan. Cuti ujung minggu kali ni memang untuk anak jer, minggu-minggu depan ibu nak tengok bunga jangan bising yer..hahaaha..Kami bertolak pada pukul 11malam dari Osaka dan sampai di Shinjuku 6.15 pagi. Sebelum pergi lagi dah mengikat perjanjian, isnin tu kena ke sekolah, sampai rumah terus Hafiy mandi nak pi sekolah, baru pukul 7 pagi ..hahaha...bagus berpegang pada janji..
Mood malas mokcik dah kembali,nak tau lebih lanjut nama stesen or camne nak eccess click je ke link yang mokcik share yer...sebelum terlupa ada kedai makan halal di dalam Tempozan market shopping mall. Untuk solat pulak, orang Jepun ni tak peduli pun, solatlah kat mana-mana carilah tempat yang tersembunyi sikit. Nak solat subuh pun xde masalah sbb night bas ni stop kat hentian setiap 2 jam sekali selama 25 minit.
Sayonara..


1 comment:

Nanie said...

Osaka mmg dlm travel wishlist. Insyaallah. Tq for entry ni kak