Friday 8 April 2016

Sakura Tokyo

Sakura ooh sakura..minggu lepas adalah best view untuk sakura di Tokyo ( 1-7 April 2016).Di mana mana sahaja sakura tapi seribu kali sayang hanya mampu bertahan seminggu sahaja kemudian bunganya terbang di tiup angin. Alhamdulilah berkesempatan untuk berhanami lagi sekali...Tak mau tulis panjang-panjang..Jom layan gambar hanami saya sepanjang di Tokyo. Salah satu website yang menarik untuk hanami http://www.japan-guide.com/e/e3050.html

1.Hirai
Dekat jer dengan rumah, dua tahun berturut-turut datang ke sini. Tahun lepas datang dengan anak-anak, tahun ni datang dengan kwn-kwn jer, anak-anak dah bersekolah. Sakura pink ni adalah antara sakura yang terawal bloom di Tokyo, asalnya sakura Hirai ni kami nampak dari atas train, pastu kami gigihlh mencari jalan nak ke sini. Full bloom pertengahan Mac
pink sakura









2. Ueno Park
Antara tempat yang popular  untuk hanami, ramai pelancong. Saya selalu jer ke Ueno ni, alasan utama nak beli fresh serai..hahaha...



Semua gambar di atas gambar  tahun 2015, hari rabu hari berkerja tapi ramai je orang. Kami berdua ajer.



Gambar tahun ni belum bloom sepenuhnya,tapi ramai je orang, sbb dah mula hanami festival

3. Yoyogi Park
Selalu ke park ni, waktu autumn pun cantik...Hanami tahun ni kena time cuti sekolah so bawa anak-anak outing sekali, suka diaorg, katanya walau pun hari-hari jupa kat sekolah tp tak sempat nak main.





4.Shinjuku gyoen
 Pada saya dalam banyak-banyak park, Shinjuku ni lah yang paling selesa untuk berhanami, walaupun ramai orang masih selesa untuk berhanami kerana parknya besar dan luas.



Hanami 2015



Hanami tahun 2016
5. Inokashira Park







kawaii..cantik park ni, sesuai untuk dating berdua sambil naik itik..hihi

6.Zenpukuji Park



 Zenpuji park ni dekat je dengan Inokashira park.

7. Chidori ga fuchi




Upah gula kapas

8.Sumida river





9. Aoyama cemetery
Dah takde kerja sangat sampai ke kuburan..hahahaha...sebenarnya kami bukan selfie kat kubur pun cuma sakura banyak di tepi jalan berdekatan kubur.Sakuranya membentuk tunnel





10. Meguro river




11 Shinkoiwa park

Ni adalah park dekat rumah, dan kawasan sekitar rumah je, paling damai, sbb tak ramai orang, kawasan tak glamor tp cantik menenangkan.





Alhamdulillah..


Gambar terakhir ni takde kaitan dengan sakura,ni inilah sahabat saya Kak Ina,yang selalu keluar bersama kalau nak tengok bunga, nk shopping @ keluar mkn bila dah tak lalu nak makan masakan sendiri. Teman waktu semua orang pi kerja dan sekolah..Kami jadi rapat sejak duduk di France dulu lagi. Hope our friendship last forever..:-) 

1 comment:

Nanie said...

Hatiku tertinggal di jepun. Ohh rindu nya nk tgk sakura lgi. Untungnyee akk.