Tuesday 5 April 2016

Hiroshima

Dah seminggu berlalu, baru berkesempatan nak menulis. Hiroshima bukanlah  tempat yang cantik untuk berselfie. Tujuan saya ke sini kali ni pun berlainan dari biasa bukan mencari bunga saya memang ingin melihat sendiri bandar yang penuh sejarah ni. Dulu Hiroshima ni baca dalam buku sejarah jer. Kali ni kami pergi menaiki bas. Dari Shinjuku station ke Hiroshima station. Perjalanan semalaman. Bertolak dari pukul 8.15 malam sampai Hiroshima pukul 8.45 pagi. Untuk maklumat lanjut night express bus  boleh ke sini http://willerexpress.com/..paling jimat dari public transport yang lain.
terminal bus
Nilah terminal willer bus express, tiket bus ni booking online aje yer, xde kaunter tiket, bila dah booking semua detail akan dihantar ke email kita termasuklah map bergambar dari JR Shinjuku station ke terminal bus ni. Jalan kaki 10 minit dari JR station. Sedikit tips untuk first time naik night bus ni better survey dulu terminal basnya, sebab kalau nak terjah saja pada hari kejadian dengan gelap, dengan beg lagi takut tak jupa terminal bus..hihi..
willer express
Bas ni ada 2 orang driver..setiap dua jam dia akan stop.Setiap kali stop dia akan kira 4 kali bilangan penumpangnya..service memang terbaik.nama pun night bus langsirnya semua gelap.

dalam bus
Dalam bas disediakan sorang satu selimut, boleh charge handphone tapi xde tv..dua baris pertama seat memang exclusive sorang satu dan lebih luas..yang bertutup gelap di depan tu sebenarnya bahagian hadapan bas, bahagian yang ada pemandu ditutup, supaya penumpang tak nampak jalan di hadapan dan semestinya disuruh tidur, itu sebablah kot takde tv..hihi
 Pengalaman pertama naik night bus ni puas hati. Hafiy naik bas je terus tidur, bila sampai kejut dia, siap tanya kata jauh kenapa kita dah sampai..yerlah anak, awak tidur sepanjang perjalanan mana nak terasa.
Sampai je Hiroshima station, kami terus gerak ke sevice apartment, 10 minit berjalan kaki dari Hiroshima station, sepatutnya check in pukul 3 petang tapi tuan rumah baik hati bagi kami masuk seawal pukul 9 pagi. Sempatlah rehat sekejap bersihkan diri, breakfast dulu.
Pukul 10.30 pagi perjalanan pun bermula.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang.
depan JR Hiroshima station

sebelah JR station ada tram station
 Sebelah JR station ada tram station. Kita naik tram je.
why so serious
Memang serius kalau menengok map, sbbnya makcik risau silap..makcik yang buat itinerary.
Bomb dome
 Ni je yang tinggal. Semasa kejadian dalam dome ni ada orang tengah meeting dan semuanya mati.


ramai pelancong
Bersebelahan dengan dome, Selain menyediakan bahan bacaan untuk pelancong mengenai sejarah perang dunia pengemboman Hiroshima dan Nagasaki, ada beberapa sukarela yang sedia membantu. Salah seorang sukarela adalah pakcik ada masa kejadian pengeboman tu, ceritanya penuh perasaan. menurutnya ibunya pernah mengidap kanser kesan dari bom atom, tapi sembuh sepenuhnya.
Saya bukan malas membaca tapi tak sempat so saya bersembang je dengan salah sorang sukarela kat situ..kiranya dapat maklumat sejarah melalui lisanlah..haha

Kami bertanya kenapa Hiroshima dan Nagasaki yang dibom, bukannya Tokyo, walhal Tokyo adalah ibu negaranya. Katanya dulu Hiroshima merupakan pusat kem tentera dan Nagasaki merupakan kilang senjata api. Jepun bukan menyerah kalah kerana pengemboman Hiroshima dan Nagasaki, kalau bukan disebabkan pengeboman tu pun sebenarnya Jepun dah musnah, termasuklah Tokyo. Jepun menyerah kalah apabila pihak musuh mengugut sekiranya Jepun tidak menyerah kalah mereka akan menyerang raja, memusnahkan istana mereka seperti mana Hiroshima dan Nagasaki. Bagi mereka raja adalah tuhan mereka, disebabkan itu Jepun menyerah kalah. 
Sukarelawan tu jugak menunjukkan kepada kami kertas kecil yang diedarkan kerajaan Jepun kepada seluruh tenteranya semasa perang dahulu untuk membunuh diri sendiri sekiranya tiada harapan untuk menang atau tertangkap oleh musuh..mereka lebih rela mati dari menyerah kalah sebenarnya.nak ceta memang banyak..kalau nak tau lagi bolehlah ke Hiroshima..hihi..
Jom sambung jalan..

Bangunan yang ada patung merah ni lebih kurang 200m je dari dome, tempat nilah dimana bom atom meletup setinggi 600m di udara.
origami

cenotaph for a bomb victims
 Telah berpuluh tahun berlalu, cenotapy ni mengandungi semua senarai nama berdaftar mangsa yang terkorban dari dalam dan luar negara.
children peace monument
Children monument ni pun ada cerita tersendiri. Ada seorang kanak-kanak yang terselamat semasa pengeboman tetapi mati selepas beberapa tahun akibat dari kesan bom atom yang digunakan.(kanser)
Hiroshima peace memorial museum
Bagi saya ni adalah tempat wajib masuk jika ke Hiroshima. Segalanya disimpan disini termasuklah seperti rambut, kulit pakaian dan segala barang yang musnah ketika pengeboman. Semuanya dijaga rapi untuk generasi muda. Jepun bukan sekadar menangisi bermuram durja tapi mengambil iktibar dari segala yang berlaku.


Atomic bomb 
 ni lah bom yang digunakan untuk memusnahkan Hiroshima. Ini adalah replika bersaiz sebenar
tricycle
Basikal roda tiga ni milik Shinichi Tetsutani 4 tahun meninggal ketika bermain dihadapan rumahnya. Disebabkan rasa anak kecil ini tidak patut mati bapanya telah menanam basikal ini bersama anaknya. Selepas 40 tahun berlalu keluarganya mengali kembali kubur mangsa dan menyerahkan basikal ini kepada pihak muzeum.
pakaian mangsa
Ada banyak lagi gambar, dan ceritanya, tp ni jelah yang mampu saya kongsikan disini. Sebelum balik saya sempat membeli buku the spirit of Hiroshima sebagai rujukan di masa hadapan.
Selesai sudah lawatan sambil belajar ke bomb dome, hihi..berehat sekejap, solat dan makan kami meneruskan lawatan kami ke world heritage sites yang kedua dan terakhir iaitu Miyajima island. Miyajima ni terletaknya Itsukushima shrine yang merupakan satu satunya di dunia shrine dan tori gate yang terletak di tengah-tengah laut. Kebanggaan orang Jepun ni. Office mate husband siap ckp ni tempat yang wajib pergi kalau datang Jepun..pada kita ni shrine ni nampak sama je semua..hihi..
Perjalanan menaiki tram mengambil masa 45 minit dari Bomb dome ke Miyajima ferry terminal. Naik ferry lebih kurang 10 minit ke Miyajima island


dan sampai
 Dah sampai tramnya..hati-hati yer tgk nombor tram, jangan salah tram
Miyajima Matsudai Ferries
Dah sampai terminal...mohh cepat beli tiket, tp jangan lupa tengok tiket balik,nanti tak pasal-pasal ada orang tido kat pulau pulak..
feri dah sampai
Dah sampai ferinya, ramainya orang..hahaha,semua orang dah pakat nak balik almaklumlah dah dekat pukul 5 petang.

tori gate dari atas feri

nilah feri kami naik tadi

Miyajima terminal


apa ni kungfu panda ka
 Dulu kecik-kecik kalau posing mesti gaya ultraman. sekarang dah berubah..hahaha
tori gate
 Waktu kami pergi ni air tengah surut, memang dah google nak dtg time air surut sbb nak bergambar dekat tori gate ni. Kalau time air pasang tori gate ni nampak seolah-olah di tengah laut.

syilingg

nice macam lukisan


Itsukushima shrine

5-storied pagoda

tutup sudah


entrance


rusa
Miyajima ni jugak dipanggil pulau rusa, ada banyak rusa dan jinak. Awat nak ikut kami balik ke cik rusa, wat satay sedap ni..hihi..
Pukul 7 malam kami dah gerak balik ke Hiroshima station. Balik kali ni tak naik tram lagi naik JR train direct terus ke Hiroshima station lebih kurang 40 minit. Sampai stesen, perut dah lapar, badan dah penat. kami makan malam di restoren halal berdekatan Hiroshima station.
Sebelum balik ke service apartment beli tiket shinkansen siap2 untuk ke Nagasaki. Selesai sudah lawatan sambil belajar kita ke Hiroshima. Alhamdulillah semua lancar, segalanya dipermudahkan.





No comments: