Thursday 10 May 2018

Menarik di Johor

Hari ni rasa sayu, kalau boleh nak tidur je sepanjang hari supaya hari ni cepat berlalu, agar hari esok tidak seperti hari ni..tapi cepat-cepat pujuk hati tak boleh mcm ni, apa yang nak dikalutkan lagi benda dah pun terjadi. So hari ni sis nak share tempat-tempat menarik sepanjang setahun lebih sis berada di negeri Johor ni. Kita mulakan dengan Johor Bahru. Kami selalu gak bermalam di Johor Bahru kalau cuti ujung minggu.

Zoo Johor
Zoo Johor ni terletak betul-betul di pusat bandar Johor Bahru, zoo Johor ni merupakan antara zoo tertua di Asia dibuka pada tahun 1928. Bayaran masuknya amatlah murah RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Zoonya kecik ajer tapi semua binatang ada walaupun tak banyak. Menarik di zoo Johor ni anak-anak akan dekat dengan haiwan sebabnya kita dibenarkan memberi makanan kepada haiwan yang ada, walaupun tak semua.





dalam kandang nakk oii, dia tak gigitlah

Legoland Malaysia
Legoland ni kami amik pas tahunan, dengan pas ni kita boleh masuk dan keluar sesuka hati. Ada 2 bahagian theme park dan water theme park.Tempat ni anak-anak enjoy, mak pak pun suka
water park
annual pass
annual pass ni harganyanya RM324 untuk kedua-dua park, harganya semua sama untuk dewasa atau kanak-kanak. Memandangkan kami agak lama di Johor, itu amik annual pass, berbaloi, lagi pun pikir nati bila Hafiy dah besar dia dah tak minat lagi nak ke tempat-tempat gini.


nanti snap gambar dulu, hahahaha
tak boleh bawa makanan luar, setakat air dan biskut bolehlah, tapi kalau rasa tak lalu nk makan fast food ni ada banyak je kedai-kedai makan sekitar legoland..cumanya bila dah mandi dan berjalan dah malas nak keluar dari park
surau selesa
 tempat makan, toilet dan surau secara keseluruhannya selesa
ride wajib

miniland




dah terkena
Bazar Karat
Ni syok jalan-jalan waktu malam, macam pasar malamlah, macam-macam ada, saya dah beberapa kali ke sini, pernah sekali hotelnya hanya jalan kaki je, sampai pukul 12 malam masih meriah.
nak pilih yang mana 

dua orang ni memang suka sangat ke pasar malam gini.




Danga Bay
Bagi saya biasa jer, ada beberapa kedai makan je.



funfair
Senibong seafood
Senibong ni terkenal dengan makanan seafoodnya, bagi saya harganya standard dan makanannya biasa -biasa saja, mungkin sebab tempatnya menarik tepi pantai dan mengadap Singapura menjadikan tempat yang dimasukkan dalam list kalau ke Johor



banyak kedai, pilihlah yang mana berkenan

masing-masing penat mohhlah balik


Pontian
Taman Negara Tanjung Piai
Tanjung Piai terletak kira-kira 90 km dar Johor Bahru. Ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Manakala tanjung Chelyuskin di Rusia merupakan tanah paling Utara di benua Asia. Tanjung Piai ni merupakan hutan paya bakau yang masih terpelihara keindahan alam semulajadinya. Terdapat kira-kira 30 jenis pokok Bakau di sini. Datang sini bolehlah celit-selit ceta geografi dan sains ( ekosistem) dengan anak.
Satu je yang rasa kurang selesa kehadiran monyet-monyet liar yang menyebabkan kawasan ni kelihatan kotar tidak terpelihara,tong sampah dan isinya berselarak, lantai penuh dengan bekas tapak kaki monyet yang berlumpur.




Pulau Kukup
Pulau Kukup ni satu lagi tempat menarik di Pontion. Nampak je kecik tapi Kukup ada International Ferry Terminal. Jangan lupa bawa passport kalau nak ke Indon atau Singapura
nanas dari Kg Nanas
ya ampun manis nanas wak ni...durian kampung ni sekilo RM5 jer





cepat ayah senyum, nati ibu cakap amik lagi sekali kalau gambar tak elok, lagi lambat kita makan


Pasir Gudang
Bukit Layang-Layang
Biasanya tempat ni setahun sekali akan meriah dengan festival layang-layang sedunia. Festival layang-layang ni akan berlangsung pada penghujung bulan Februari.

Desaru
Desaru ni tempat paling dekat dengan hati, sebab 10 minit je dari rumah.


desaru

Desaru ni pantai berbayar, dan banyak hotel yang mempunyai private beach sendiri di situ. Hanya ada satu pantai iaitu pantai Balau yang percuma. pantai Balau lebih meriah berbanding dengan yang lain, mungkin sebab ianya percuma.


Kota Tinggi
Kota tinggi sejam dari rumah, apa-apa urusan pejabat kerajaan dan bank ke sinilah..Kota tinggi ni adalah kota lama Johor. Sejak kejatuhan kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511, ia menjadi ibu kota diraja sultan-sultan Johor..
Air terjun Kota Tinggi
kami pernah pergi sekali jer, mungkin nasib tak baik masa ke sini airnya keruh, mungkin sehari sebelumnya hujan..sekejap jer kat sini Hafiy tak nak mandi sebab banyak batu katanya, sakit kaki terpijak batu dan tak selesa nak berendam pun. 





selfie sebelum balik

Mersing
Mersing tempat paling sis suka, kadang cuti ujung minggu pun kami lepak di Mesing. Mersing terdapat banyak pulau yang cantik cantik. Banyak chalet. Tapi satu je Laut Mersing ni dalam dan banyak terumbu karang, Kalau snorkeling ikan-ikannya tak jelas, mungkin lebih sesuai diving. Tapi nak diving kena ada lesen yer.
Pulau Besar



pantai Tanjung Leman
merenung jauh


kfc yang paling cantik

Jason Bay
Jason Bay ni sejam dari Mersing. Kami singgah masa on the way ke Mersing.



minum dulu

rasa macam Nami Island Korea gituu
banyak lagi tempat yang menarik tapi untuk kali ni jelah, sementara tunggu result pilihan raya.. saya update blog. Kesimpulannya saya suami isteri memang suka berjalan..itu yang boleh jadi, walaupun sekadar cuti ujung minggu..

No comments: