Wednesday 13 December 2017

HONG KONG 29/11-2/12/2017



Nak bercuti tapi tak tau nak ke mana, ujung-ujung tahun ni kebiasaannya di Malaysia ni hujan, kalau ke luar negara pulak ujung tahun ni musim sejuk..musim sejuk waktu malam lebih panjang, banyak tempat- tempat liburan ni akan tutup lebih awal, rugi, tp nak wat macam mana dah cikgu sekolah, musim cuti sekolah paling pjg ujung tahun.. so bila check weather forecast  Hong Kong mcm sesuai utk travel bulan 12 ni..hehe..Hong Kong ni negara 4 musim, tapi musim sejuknya takde salji sbb tak berapa nak sejuk. Bulan 7 hingga 10 pulak musim rebut..

cik abg ni beruntung sbb birthday ujung thn, harap tahun dpn dpt celebrate di Mekah pulak yer.Aminnnn 

Nak ke Hong Kong tak perlu visa, tak perlu bawa universal adapter sebabnya Hong Kong jugak merupakan bekas tanah jajahan British so plugnya serupa Malaysia..Waktu di Hong Kong jugak sama macam Malaysia. Nak bergerak pun mudah sebab pengangkutan awamnya tiptop dan Hong Kong ni tak besar mana, tak serabut nak baca map train@bas. Untuk orang yg baru nk berjinak travel tanpa agen ni, Hong Kong paling sesuai untuk permulaan..Orang Hong Kong ni cakap Bahasa Cantonese dan orangnya bagi saya suka bercakap kuat dan sombongggg. Mungkin budayanya gitu

Persediaan sebelum ke sana
1.download MTR Mobile app ( map train)

2. saya booking tiket Disney, simcard dan peak tram di www.klook.com Harganya lebih murah berbanding di kaunter dan untuk mengelakkan beratur dengan panjang..mudah je, semua detail akan htr ke email kita, print je dan ikut arahan yang diberi.

3.tukar duit Hong Kong Dolar, RM2000 cukup untuk kami bertiga, ini tak termasuk bayaran hotel ( guna kredit card), dan tiket yang telah dibooking online. Ni tukar kat airport je

Flight kami 8.45 pg dari KLIA dan tiba di Hong Kong dalam 12.40 tgh ari..tp mcm biasa AirAsia ni akan delay, tp tak lama lewat dalam 20 min.Imigresen pn ok, tak banyak bicara..
Sampai saja terus ke tourism information center, nak amik map, nak tanya di mana nak beli octopus card dan cara terbaik nak ke hotel.
Kad octopus ni boleh guna untuk naik train dan bas, boleh topup dan ada deposit 50 HKD. Tapi bila nak balik nati sebelum naik flight boleh return balik dan dapat balik duit deposit dan semua balance duit yang tak guna dalam kad tu.

Kami beli simcard ni RM28 4G, untuk internet 5 hari guna je..sangat penting untuk cari jalan @ sesat..
Beratur nak amik simcard, ni utk yg booking online je.


sangat mudah, tukar dalam phone boleh terus guna
Lepas amik simcard terus gerak ke bus stop, kami naik bas sbb bila tanya kat tourism information td bas paling mudah nak ke hotel, stop btul2 depan hotel.
Naik bas ke hotel dalam 40 min dari airport, 33 HKD untuk dewasa, dan Hafiy masih separuh harga.
double decker bus

pemandangan dari atas bas

dah sampai Casa Deluxe Hotel

sempit

tingkat 16
satu malam RM500, boleh dapat lagi murah @ amik 1 katil je tp nati tak selesa pulak
stok makanan, info dari blogger makanan sini mahal, dan risau kena bertapak jauh nak cari yg halal
Makan maggi, biskut cicah milo solat dan cepat-cepat keluar..xdelah lapar sgt td ats flight pn dah mkn. Pukul 5 dah nak gelap yer..destinasi pertama sepatutnya ke Avenue Stars, bergigih tapi bila sampai tutup,tengah renovate, tunggu sampai 8 malam ada A Symphony of Light, persembahan lampu terbesar di dunia selama 14 min. Tempat ni station Tsim Sha Tsui,exit pintu E @ J..jom layan gambar jer..




rezeki malam ni
 Makanan agak mahal,tapi untuk mencari halal tak susah manalah..kedai ni berdekatan show td
kretipp

rindu brand off, tp mmg xde plan nak shopping,tak masuk pun takut terbekenan tanpa sengaja nati payah..

Sebelum balik singgah ke temple street night ( dekat hotel)

mcm mcm souvenir ada jual, boleh tawar sampai separuh harga..end up kami tak beli apa pun, sbbnya baru sampai risau tak cukup cash nati.. Kalau travel ni penat berjalan byk  tempat kena menapak..

Hari ke 2 ke Disneyland..memang target seharian di sini.Disneyland sini tak sebesar dan seramai di Jepun..puas hati tak perlu beratur panjang, dan ada yang Hafiy suka kami naik sampai 2 kali. Untuk pertama kalinya ke Disneyland terdapat kedai makanan halal dan disediakan surau. Makanan halal di sediakan di Tanitian Terrace dan The Explorer Club..Alhamdulillah, kalau tak, terpaksa seludup masuk maggi goreng..jom tgk gambar

tunjuk je kat pintu masuk, xperlu tukar





halal food

first time masuk disney meriah makan
tempat solat


kosong, xde telekung yer.. nak travel kena pakai sopan boleh terus solat
 sebelum terlupa public toilet kt sini xde air yer, semua guna tisu, kalau tak selesa bawa botol kosong bila berjalan..


cik abg ni mmg rajinlah kalau ada yg cari pelancong nak buat survey

jom blk dh mlm sorg2 muka kepenatan

Hari ke 3 plan asalnya nak ke Ocean Park, tapi dah seharian di Disneyland dah penat, saya memang sengaja tak booking tiket ke Ocean park ni sbb nak tgk keadaan kami dlu, jika terlalu penat dah jadi terpaksa pulak nati, walhal tujuannya nak relax2 bercuti. So tukar plan solat jumaat di masjid Ammar dan makan tengahari di sana. 
ada tram 

 kalau ikutkan kul 12 dah masuk zohor,  tp katanya solat jumaat kul 1, so sementara nak tunggu naik tingkat 5, ada kantin yang jual makanan halal

ramaii

yummy,sejauh ni nak cari nilh


meet new fren, dah jadi kwn dalam fb asalnya dr Indonesia
 Selesai kami bergerak ke kawasan perumahan padat yang djadikan tempat pengambaran transformer Age of Extinction. kebetulan jalan yang sama dan berdekatan dengan masjid..
padattt
 Hong Kong Yick Fat building.. kalau korang naik Air Asia boleh belek2 majalah AirAsia ada gambar bangunan ni. Nak ke sini turun  Tai Koo station exit B, pastu jalan kaki ikut google map..hehe
 destinasi seterusnya ke hardrock cafe
ada yang suka kumpul tshirt hardrock mcm cik abg ni ke
 dinner di Ebeneezer..kedai ni ada dalam tripadvisor.. berdekatan masjid Kowloon
halal food
tempat sempit, kena sabar yerr


lepas dinner, sebelum balik hotel kami singgah di ladies market, mcm temple market gak, tp kali ni saya shopping skit untuk adik beradik..

penatt singgah minum dulu
selesai hari ke tiga...

days 4, hari terakhir..
Awal pagi dah check out, beg sume tinggal di hotel dulu, nati dari hotel amik beg, terus naik bas ke airport
hari terakhir nak naik peak tram ala-ala bukit benderalah..kita akan naik utk tgk view bandar Hong Kong dari atas puncak tertinggi di Hong Kong..
tiket tram ni kami beli naik klook, janji jupa di central station..ramai rupanya
 lepas amik tiket,kami ramai2 jalan kaki ikut wakil klook ke peak tram station
dah sampaii

umat manusia macam semut
 kalau tak booking pun boleh beli kt kaunter tp org mcm semut, kalau beli tiket dari klook ni kita dikira datang dengan group, boleh masuk fastlink, cepatlah skit, tp dalam 20 min je beratur, kalau baru nak beli tiket boleh jd dekat 2 jam kot..harga roundtrip peak tram + sky terrace admission RM 37 sorg...
sticker ni tampal kat baju

ook tram dah sampai
agen klook hanya folow kita sampai naik tram jer, lepas tu sendiri2lh


 ada madame Tussauds, tp kecil ajer
view Hong Kong dari sky terrace Victoria Peak






minum dulu tgk view sebelum turun

clock tower

selpiee sebelum balik
 sebelum balik kami singgah di satu lagi masjid, masjid Kowloon..
banyak terdapat org Indonesia, siap boleh buat group usrah dan berniaga di bawah kwsn masjid..di situ jugak terdapat banyak kedai makan halal, pilih saja yang mana berkenan..kebanyakkan yang berniaga kedai halal adalah dari Bangladesh, kalau tanpa orang Bangla ni mungkin agak susah untuk dpt yang halal..jauh mereka merantau semata-mata mencari rezeki..bersyukur kita tak perlu merantau jauh, di negara sendiri banyak peluang pekerjaan, pokok pangkalnya rajin atau malas jerr..
dah kul 5 mohhlah kita balik ke hotel.. Flight kami kul 8.50 malam

tunggu bas nak ke airport

bye bye Hong Kong

ruang solat disediakan di kawasan airport

nilah rupa octopus kad

pulangkan octopus card di airport ni boleh dapat balik cash,boleh shopping di airport..hehe
 Ada beberapa tempat yang kami tak pergi seperti Ngong Ping 360 naik kabel car dan naik star ferry..Star ferry ni public transport tak naik sbb salah faham dan sesat, dan tak beriya berusaha nak naik..hahaha.. kalau ada masa boleh juga naik speed boat ke Macau..itu sahaja perkongsian kali ini..










1 comment:

arelynn said...

👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻