Tuesday 29 March 2016

Huis Ten Bosch Nagasaki

Alhamdulillah sampai jugak ke Huis Ten Bosch Nagasaki.1196.6 km dari Tokyo kalau drive tanpa henti hampir 15 jam.jauh nun..klu drive mmg gilerlah..tp bwh sikit pada giler kami naik bas..hahaha, Kami laki bini hobi sama, suka travel, perkara paling win kami pernah buat drive dari Lyon France ke Amsterdam tanpa kwn2, tanpa tahu ckp france hanya kami tiga beranak  926.3km..Pengalaman yang tak ternilai.
Pendekkan ceta, service apartment saya di bandar Nagasaki, lebih kurang 1jam 30 minit nak ke Huis Ten Bosch menaiki  train sea side liner. boleh jugak naik bas dari Nagasaki station, tp bas hanya ada pada masa tertentu sahaja. Untuk train pun hanya sejam 1, maka rancanglah sebaiknya perjalanan supaya kita tak membuang masa menunggu.

Harga tiket masuk
Moh kita tgk apa yang menarik dengan Huis Ten Bosch ni. Landscape Huis Ten Bosch ala-ala Dutch old city....kalau tak caya jom layan gambar-gambar ni, ni gambar saya semasa bercuti di Amsterdam dulu.










Semua gambar di atas di ambil di Amsterdam..Di bawah ni pulak gambar-gambar di Huis Ten Park Nagasaki Japan.










Lebih kurangkan..bijak Jepun ni rakyatnya tak perlu sampai ke Amsterdam untuk merasa suasana ala-ala Dutch town hanya ke Nagasaki, nak merasa ala-ala padang pasir pulak bleh ke Tottori. Mengurangkan pengaliran wang keluar negara..hahaha..tp serius Huis Ten Bosch memang cantik. Selain dari ladang tulip ni Huis Ten Bosch jugak ada theme park, menarik untuk datang dengan anak..untuk maklumat lanjut blehlah ke http://english.huistenbosch.co.jp/.. ooppss lupa bgtau Huis Ten Park ni bunganya ikut musim yer, tulip ni 2 bln je Mac - April.
Cuma pada pendapat saya untuk yang kali pertama datang ke Jepun tidak digalakkan ke sini, tempat ni tidak melambangkan suasana Jepun.Untuk merasa suasana barat lebih baiklh ke negara barat..hihihi...

2 comments:

NanyFadhly said...

Niceee~~~
Memang sangat sangat cantik!

rasidah MY said...

kannn..kawaii..