Monday 7 March 2016

Gala yuzawa

Hotel kami di Echigo Yuzawa, pada mulanya cik abg dah booking hotel di Naeba ski resort, view dari hotel memang cantik, tp resort ni lebih kurang 40 min menaiki bas dari Echigo yuzawa dan ada masa tertentu untuk shuttle bus,maka saya cancelkan hotel itu, dan booking hotel lain, 5 minit berjalan kaki dari Echigo yuzawa station.
New mondo hotel
Hotel ni antara yang terbaik, hotel takde bintang tp lengkap semuanya, dekat train station, private bathroom, siap boleh booking private onsen, murah, view cantik dan siap mikrowave untuk panaskan makanan.
jalan ke hotel


tebal
 Tak puas hati kalau tgk salji putih tanpa di pijak,patutlah xde org pijak sbb tebal yang amat.

Semua ni view dari hotel.

Dinner, ke mana pergi pun mmg nasi, kalau setakat tidur semlm mmg saya masak nasi siap-siap, lauk simple2 telur, salad, sardin atau beli briyani instant mcm di atas..biasanya kalau trip 3 hari ni ibulah yang paling sibuk, mkn pagi, tengah hari mlm sekali harung. beng penuh makanan aje.
Sampai hotel lebih kurang kul 4 ptg, malamnya heavy snow..penat zzzzzz..esk pagi sempat ke onsen, lps breakfast, dalam pukul 10 pg kami gerak ke Gala Yuzawa.
shinkansen

shinkansen
Puas hati bergambar dengan shinkansen sbb dari Echigo Yuzawa ke Gala Yuzawa xder org, suka suki nak dok kat mana pun.
Gala yuzawa adalah satu-satunya ski resort yang ada sekansennya sendiri, tu sbb ramai org ke sini berbanding resort lain, sbb mudah di access.
 Ni dah kali ke tiga ke Gala Yuzawa.
semua boleh sewa

Di sini segalanya boleh disewa, tp disebabkan kami dah pernah bermain ski di France dulu, segala kelengkapan dah ada tak perlu sewa, itu sbb mokcik bz agih agih brg,risau ada tertinggal.


snowboard and sled 
Mokcik pun tahu main snowboard, belajar main masa di Les 2 Alpes France dulu, tapi di sini sled dan snowboard kawasan bermainnya berlainan, dan jauh di mata, terpaksalah berkorban, main sled ajer, awang kenit ni xde orang teman pulak nati.

manis senyumanmu
mimik muka mmg gitu..huhu..






Alhamdulillah cuaca cerah, orang tak ramai sebab hari Isnin, main sampai puas, pukul 5 ptg kami gerak balik ke Tokyo. Selesai sudah trip 3 hari berturut Tokyo wide pass. 

No comments: