Wednesday 30 December 2015

Yokohama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Sedikit perkongsian harap dapat membantu. Yokohama 50 minit menaiki keretapi dari Tokyo, merupakan bandar kedua terbesar selepas Tokyo. Yokohama dahulunya merupakan kawasan nelayan, dan ia merupakan kawasan pertama yang dibuka kepada orang asing sejak tahun 1859, maka tidak hairanlah jika Yokohama terdapat bangunan ala-ala British dan Chinatown yang paling besar di dunia. Yokohama bukanlah seglamor Tokyo, Osaka, Kyoto ataupun Hokaido tetapi Yokohama juga mempunyai keistemewaannya yang tersendiri.
Saya telah dua kali ke Yokohama, kali pertama pada awal tahun dan kali ke dua baru2 ni pada hujung tahun.Kali pertama kami hanya ke Yokohama Sea Paradise, dan kali kedua kami pusing2 bandar Yokohama.
Kita ceta pasal bandar Yokohama dulu yer.Seperti biasa bila sampai ke stesen Yokohama kami terus ke tourist information centre. Tourist information Yokohama terletak di dalam stesen keretapi Yokohama(west exit). Berdekatan dengan stesen Yokohama ni terdapat banyak pusat membeli belah,  tapi bagi saya untuk bershopping di Japan bukan pilihan terbaik. Bandar Yokohama ni tidaklah sebesar mana, untuk pusing-pusing dalam bandar ni bleh menaiki keretapi, bas, sea bass, sewa basikal @ pun hanya berjalan kaki. Tempat-tempat menariknya terletak berdekatan di antara satu sama lain.Untuk menjimatkan kos pengangkutan kita bleh mengambil diskaun tiket dan pass tertentu.Untuk maklumat lanjut bleh layari website di bawah.
Bagi saya pulak saya pilih untuk menaiki sea bass ke Minato Mirai 21, dan berjalan kaki ke kawasan sekitarnya i.e. menghala ke arah Yamashita Pier dan Chinatown.
Sea bass @ water bus Yokohama
Dari stesen keretapi Yokohama nak ke port sea bass, ikut je signboard nya, lebih kurang 10 minit berjalan kaki.

Yokohama Baybridge. Pemandangan dari Pukari Sanbashi Pier
Dari Minato Mirai Pukari Sanbashi Pier ( sea buss terminal), kami berjalan kaki ke tempat-tempat tumpuan pelancong yang lain.
Yokohama Cosmo World
Yokohama Cosmo World menarik, tapi kami tidak mempunyai banyak masa untuk bermain di sini.
Mee segera pun ada museum..
Cupnoodles museum ni adalah museum ramen segera. Di sini juga ada bengkel mengajar membuat ramen, selepas siap kita bleh mkn ramen yang kita buat, tp kami tak masuk pun kerana ramen sendiri dibuat dari pork.
Yokohama Red Brick Warehouse

Yokohama Red Brick Warehouse ni terdapat dua bangunan yang sama, bangunan 1 dan bangunan 2. Sebahagian dari bangunan 1 telah musnah dengan gempa bumi pada tahun 1923, sebahagian lagi kekal dan telah dijadikan galeri dan pusat teater. Bangunan kedua pulak telah dijadikan kedai menjual barang-barang unik dan restoren.

Kat sini jugak ade ice skating rink yg terletak bersebelahan dengan bangunan 1, tp macam semut hurung gula ramai sangat org, ni pun kami hanya memandang dari luar sahaja. ice skating rink ni hanya ada selama 2 bulan sahaja pada musim sejuk.
Kami makan tengah hari di salah satu restoren dalam Yokohama Red Brick Warehouse ni, bukanlah restoren halal tp restoren pasta, dah darurat blehlah order pasta seafood.

Yokohama town from Yamashita Park

Selesai makan dan solat pergembaraan di teruskan ke Yamashita Park, Park ni mengadap ke laut. cantik dan menenangkan. Sedikit tips untuk bersolat, solatlh dimana-mana, tak bawa botol air pun xpe, sbb Jepun ni merata public toilet nya,bersih dan percuma, cuma blehlah bawa tikar lipat( beli daiso je,) utk lapik solat.
Sea Gull
NYK Hikawakamaru
Berbaris baris


Pengembaraan diteruskan ke China Town. Rasa betul-betul macam dok kat China pulak..hihi..Byk kedai makan dan kedai tilik nasib.
China Town Yokohama
Hari pun dah gelap, jam dah menunjukkan pukul 6 ptg destinasi terakhir kami pada hari ini ke Shinyokohama Raumen Museum. Stesen keretapi paling dekat dengan China Town ialah stesen Motomachi Chukagai. Dari situ kami menaiki keretapi ke Shinyokohama dalam 20 minit. Dari  stesen Shinyokohama ( north exit) 5 minit jalan kaki ke Raumen Museum.
Walaupun pada awalnya saya katakan ramen tidak halal untuk orang Islam tp ramen di museum ni ada yg halal, iaitu ramen yang hanya mengunakan sayur tanpa melibatkan pork dalam pembuatan mee atau supnya, bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong Islam dtg ke Jepun.  

Museum ramen ni sebenarnya adalah sebuah bangunan yang didalamnya telah didecorate mcm bandar Jepun 60-an, dulu2 gitu. Anak saya ckp mcm kampung Naruto. Untuk bayaran masuk 310 yen untuk dewasa dan 100 yen untuk kanak-kanak. Tempat ni mmg saya suggestkan untuk datang jika ke Yokohama sebab mmg susah nk rasa ramen halal yang btul2 dibuat oleh orang Jepun.

Entrance raumen museum

Dalam museum ramen shinyokohama
Menu vegetarian
 Menu ramen for vegetarian ni bleh minta dari kaunter kat pintu masuk, sbb tak semua gerai dalam ramen museum ni ada service untuk vegetarian. Harganya agak mahal skit berbanding ramen biasa..tp mmg berbaloi

Oishi
Selesai makan, dah kul 8.30 malam, kami pun bergerak blk ke Tokyo. Yokohama ni jugak cantik di waktu malam terutama di kawasan pelabuhannya, dipenuhi dengan neon berwarna warni, tp kami pun dah penat dan tak tahan dengan cuaca sejuk kat luar tu, kami pun decide utk balik je..

Ok kita sambung ceta trip saya masa awal tahun semasa ke Yokohama Sea Paradise. Untuk maklumat lanjut blehlh tgk di sini http://www.seaparadise.co.jp/english/. Yokohama Sea Paradise ni antara akuarium terbesar di Jepun dan ada amusement park. Seharian di sana pun belum tentu dapat cover semua tempat. Bayaran masuknya jugak agak mahal tapi berbaloi.Untuk lebih berbaloi lg kami ke sini dari pagi sampai park tutup..hihihi. Anak pun enjoy tgk ikan besar besar dan  amusement parknya pun menarik ala-ala disneyland skit.
penatlah berjalan
Penat berjalan kita bleh naik sightseeing bus ni pusing-pusing park. Selain bas ada keretapi dan sightseeing boat. Disebabkan park ni besar tak terasa walaupun orang ramai.

Sila beratur yer

Penguin show..comeyy dan mengikut arahan pulak tue

Mai kita sentuh skit apa rasa kulit awak wahai white whale

Ada byk show dalam Yokohama Sea Paradise ni, sila tengok jadual show nati terlepas rugi.


Itu sahajalah untuk kali ni, sayonara.

2 comments:

LYYNA said...

Terima kasih atas perkongsian ....

LYYNA said...

Terima kasih atas perkongsian ....