Sunday 27 December 2015

Fuji Kawaguchiko

Assalamualaikum...
Ohayoguzaimas..
 Adoilah malas betul nak menulis walaupn blog dah 4 thn wujud. Gagahkan juga sbb rasa rugi bila tak menulis, ilmu dan pengalaman yang ada tidak dikongsi. Oklah saya sendiri tak suka membaca blog yang terlalu panjang dan melalut,terus kepada topik kita pada hari ini Fuji Kawaguchiko.

Kami pergi bercuti ke Lake Kawaguchi selama 2 hari bermula 25 dan 26 Disember 2015. Kami sebenarnya telah beberapa kali ke sini tapi masih belum rezeki untuk melihat gunung Fuji secara dekat.Walaupn cuaca cerah kalau berawan, kita masih belum dapat melihat Fuji, tp alhamdulillah rezeki kali ni 2 hari ni cuaca amat cerah pada waktu siang walau pun pada waktu malamnya sejuk dan turun salji pada malamnya.

Disini saya kongsikan itinerary percutian saya dan sedikit tips untuk ke sini.Waktu yang paling sesuai untuk melihat gunung Fuji adalah pada musim sejuk. Gunung Fuji(3776m) adalah gunung berapi yang masih aktif dan pernah meletus pada tahun 1707. Lake Kawaguchi pula adalah salah satu daripada Fuji 5 lakes, dan merupakan tasik yang paling besar di antara ke lima lima tasik ini. Gunung Fuji adalah paling jelas dan cantik jika di lihat daripada lake Kawaguchi ini.

Ada 3 cara nak ke Lake Kawaguchi daripada Tokyo sama ada menaiki kereta, keretapi atau bas.Bagi saya yang paling mudah adalah dengan menaiki bas, kerana bas akan terus sampai ke stesen kawaguchi manakala kalau menaiki keretapi kita terpaksa menukar beberapa keretapi.Kereta juga mudah tapi memandangkan lesen kereta untuk memandu di luar negara telah tamat tempoh maka bas adalah pilihan terbaik. Tiket bas boleh dibeli secara online di http://highway-buses.jp/fuji/ .Tempoh perjalanan adalah hampir 2 jam dari stesen Shinjuku, Tokyo.


Stesen Kawaguchi 25 December 2015

Sebaik sahaja tiba di stesen Kawaguchi kami terus ke tourist imformation, walaupun itinenary telah ada dan lengkap, tourism information adalah tempat wajib pergi bila berjalan,sebab tidak semua maklumat lengkap dan terkini yang kita boleh dapat dr Mr google. ;-).Kami kemudian membeli tiket sightseeing bus yang berharga 1200 yen untuk dewasa dan 600 untuk kanak-kanak. Sah laku sehingga 2 hari. 


Retro bus for Kawaguchi and Saiko Lake


Selepas mendapat serba sedikit info kami terus ke apartment yang kami sewa, walaupun check in hanya pada pukul 3 ptg td tuan rumah berbesar hati memberi kebenaran untuk meninggalkan barang kami. Saya lebih selesa menyewa apartment daripada tinggal di hotel kerana lebih murah dan yang paling penting ada dapur boleh masak serba ringkas, tahu sahajalah datang bersama anak, nak mencari kedai halal bukanlah mudah, terasa buang masa kalau terpaksa mencari kedai makan halal..untuk sewa apartment pulak bolehlah ke https://www.airbnb.com atau ke http://www.homeaway.jp/. Pilihlah yang mana satu berkenan, saya pilih yang mengadap gunung Fuji.


Apartment kami sewa dari Airbnb, 3 minit dari kawaguchi station dan mengadap gunung Fuji.


View dari apartment. Secawan kopi panas memang terbaik.

Pengembaraan bermula ke destinasi pertama kami ke  Saiko Iyashi no sata Nenba.Perjalanan lebih 45 minit dari stesen Kawaguchi. rumah traditonal Jepun, unik. Harga tiket masuk hanya 300 yen untuk dewasa dan 100 yen untuk kanak-kanak. Ini adalah harga diskaun selepas kami mengunakan diskaun kupon yang diambil di tourism information.
Nenba Village


View Fuji San from Nenba Village

Sewa costume ala-ala Samurai, untuk sepanjang hari hanya 500 yen

Berlatar belakangkan gunung Fuji

Berlatar belakangkan Nenba Village
Rumah-rumah lama ni telah dijadikan kedai menjual makanan, sewa basikal, sewa costume dan pelbagai.Paling unik bumbung rumahnya berbentuk topi pahlawan Samurai.

 Nenba village ini mempunyai sejarah silam yang unik dan amat menarik. Untuk yang berminat boleh baca di sini http://www.fujisan.ne.jp/spot/info_e.php?ca_id=2&if_id=545

Selepas puas bergambar kami kembali ke bilik. Musim sejuk ni waktu malamnya lebih panjang, 4.30 ptg telah masuk maghrib. Hajat hati untuk keluar kembali untuk melihat Niagara winter illimunation light. kerlipan lampu biru di tepi lake kawaguchi yang hanya dibuka selama 2 bulan dalam musim sejuk ini, tetapi niat itu telah dibatalkan kerana retro bas hanya beroperasi sehingga pukul 5 ptg, dan cuaca amat sejuk mencecah -2 celcius.Melalui ramalan cuaca salji juga mungkin salji turun pada malam ini. Masing-masing kesejukan dan kepenatan maka kami hanya berehat di bilik.

Hari kedua 26 Disember 2015


Fuji pada pukul 6.30 pagi 26 Disember 2015

Hari kedua ni seawal pukul 10.00 pagi, dan setelah puas bergambar kami check out dari service apartment.
Destinasi ke dua kami ke ropeway Kachi-Kachi, dalam 15 min dari stesen Kawaguchi. Round trip untuk ropeway 650 yen untuk dewasa 300 yen untuk kanak-kanak.

ropeway Kachi-Kachi


 Pemandangan dari atas Kachi-Kachi Yama


 Atas puncak Kachi kachi Yama

Fuji dari puncak kachi-kachi yama



Di atas puncak Kachi-Kachi Yama terdapat cafe, tempat rehat dan deck untuk melihat keindahan gunung Fuji. Lebih kurang sejam berada di atas kami turun ke bawah. Apabila turun ke bawah, berdekatan Lake Kawaguchi terdapat sightseeing boat. Kami tak naik pun bot tu, hanya bergambar di situ kerana sebelum ini dah naik dah (trip yg lepas)

Sightseeing boat kawaguchi

Terdapat satu kedai makanan halal India Aladdin Indo berdekatan dengan lake Kawaguchi (lebih kurang 40 meter dari tempat sightseeing bot tu). Kami makan tengah hari di situ walaupun pada mulanya saya ingin mencuba makanan traditional Jepun di Fudo Cyada. Selepas solat kami meneruskan perjalanan kami dengan ke taman-taman yang berdekatan dengan Lake Kawaguchi.

Oishi park
Ini kali kedua kami ke sini, dulu semasa musim lavender.


Kawaguchiko music Forest Museum.

Kami juga sempat ke Kawaguchi Music Forest Museum, park ini agak luas dan cantik pada musim bunga ros. Kami hanya bergambar di luar sahaja kerana ros nya kering pada musim sejuk.

Yagisaki Park

Fudo Cyada

Inilah kedai makan traditional soba soup Jepun yang saya katakan sebelum ini, tapi hajat nak makan di sini tak kesampaian.

Itu sahajalah untuk kali ini, tiket bas kami balik ke Tokyo adalah pada pukul 5.10 petang. Sebelum balik saya sempat membeli buku ini sebagai kenang kenangan.Saya lebih suka membeli buku di negara yang saya lawati berbanding yang lain kerana kebanyakkan barang souvenir tshirt, fridge magnet adalah made in China walaupun ke mana sahaja negara kita pergi..hihihi..

Buku ni saya beli di stesen Kawaguchi,mengandungi serba sedikit sejarah dan gambar Fuji dari pelbagai sudut dan musim. Nanti kalau rindu bolehlah belek buku ni blk..;-)


Sayonara Fuji San, Moga ada jodoh untuk kita bertemu lagi.

5 comments:

aina said...

Wah...bestnya sidah kat sana. Kot2 ads rezeki ke sana, boleh la study dulu kat blog sidah ni.

NanyFadhly said...

Superb!! picture lawa..cuaca lawa...rumah best! ..Alhamdulillah... :)

rasidah MY said...

Terima kak, sudi membaca.inshaAllah ada rezeki nanti ke sini.

rasidah MY said...

Alhamdulillah rezeki kita semuakan.

ALoNa CintamaniszLite said...

Assalammualaikum..
nak tanya..apa ye nama apartment kat situ?