Saturday 24 July 2021

Covid 19 Hikmah di sebalik PKP

Bismillahirramanirrahim

Assalamualaikum wbt.. Sangat lama tak update blog, trend skrg lebih kpd Vblog. Ada rezeki nati bolehlah update kepada Vblog.

Blog saya hampir kesemuanya berkaitan jalan-jalan. tetapi sejak hampir dua tahun ni, saya tidak dapat lagi meneruskan hobi berjalan-jalan ni.

    Simpan sini sebagai kenangan. Pada tanggal 16 Mac 2020, buat pertama kalinya telah diumumkan oleh perdana Menteri Malaysia yang akan berkuasa kuasa pada 18 Mac 2020 untuk perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan Covid 19. Ingat lagi masa tu tengah cuti sekolah seminggu, dan masa dengar pengumuman dalam pukul 10 malam, kami baru balik bercuti dari Pulau Redang,Terangganu, tak sempat masuk rumah lagi dan cadangnya lusa kami nak balik ke kampung. Terpaksa batalkan niat untuk balik kg sebab di awal pkp cik abg masih bekerja, apa pulak pakcik ni nak makan nati kalau dah semua kedai makan pun tutup.

    Beberapa minggu pertama pkp haru biru jugak, boleh bayangkan kami yang suka berjalan ni tetiba terkurung di rumah, semua jadi serba tak kena, Takkan nak biar masa berlalu tanpa buat apa-apa.Inilah peluang untuk membaiki diri sendiri, buat sesuatu yang selama ni asyik kata tak sempat, tak ada masa. sini  saya nak sharekan aktiviti kami sepanjang pkp, yang kini telah masuk tahun ke dua.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh pkp. Pada awal pkp lebih kepada nak baiki diri sendiri.Buat kali pertama join kelab 7 am club. Bonda Prof Muhaya memang dah biasa dengar namanya tapi tak pernah ikut programnya.Bermula dari 7am club saya kemudian join PMC ( Prof Muhaya Circle).

Dah dapat sijil.
Penuh satu fail, lengkap, fail RPH pun tak selengkap ni

Ebook hadiah dari Bonda Prof Muhaya

Ada beri dapat. Selain dari PMC ni ada lagi program-program lain yang dijalankan oleh team bonda prof Muhaya. Macam mak-mak nasihat anak, prof bagi saya insan yang terpilih, sangat bijak dan sangat positif. Sepanjang bersama bonda, tak pernah sekali pun mengaitkan perkongsiannya dengaan mana2 individu lain pun. Cari ilmu jangan cari berita.

Program kedua belajar mengaji di atas talian. Ni ustaz yang saya kenal masa di awal pkp,Ustaz Yusof. tanpa gagal setiap malam ajar tajwid, ulang benda yang sama setiap malam. Sampai sekarang join kelas tajwid ustaz, kelas ustaz terdiri dari semua lapisan masyarat dari anak kecil sehinggalah ke peringat atuk dan nenek. pernah sekali jumpa, rupanya ustaz jiran adik ipar di Johor. Ustaz pun asalnya mula kelas tajwid online ni disebabkan pkp. Ustaz merupakan pengasas Pusat Pengajian Al Quran At-Thuba.Moga usaha dakwah ustaz dipermudahkan dan terus berkembang. Sesiapa yang ingin menyertai kelas online mengaji bersama Ustaz Yusof bolehlah menghubungi Kelas Al Quran At-Thuuba 0177912175

Mengaji bersama ustaz Mohamad Yusof bin Mehat. Ustaz boleh semak bacaan secara individu melalui google meet

Buku Iqra dan Muqaddam  dari Ustaz Yusof dihasilkan ketika PKP

  Menghafaz dan membetulkan tajwid. Ustaz Kedua Ustaz Hj Mohammad Asraff Ayob Al Hafiz, pengasas Furqanworks. Ustaz selalu email program-program yang dijalankan sejak 2018, tapi saya tak pernah join, sampailah pkp ni, terbuka hati nak join. Bermula dengan tadabbur  beberapa surah surah pilihan, kemudian saya join program Tajwid luar biasa Masterclass dan program Kaedah Jibril dalam menghafaz surah-surah pilihan. Sehingga kini Ustaz masih aktif berdakwah dan sesiapa nak join kelasnya boleh google je nama ustaz. Ustaz pun aktif di TV Al Hijrah, Astro Oasis, Nasi Lemak Kopi O.

Setelah join barulah saya faham kenapa anak2 tahfiz, hafiz & hafizah ni tak banyak bercakap, lagi banyak kita bercakap terutamanya berita tentang orang lain sama ada betul @ tidak akan menyukarkan kita untuk menghafal.
sekarang yang terbaru pakej tajwid yang sama tapi dalam bentuk softcopy bolehlah tengok  berulang kali.
Hadiah daripada ustaz, buku dari Dr Siti Ujila Masuri isteri ustaz ketika saya menyertai program ustaz di awal PKP pada tahun lepas


Mengaji secara bersemuka. Murabbi yang ketiga ini sangat disayangi dan tak terbalas segala ilmunya..semasa pindah ke Johor memang niat untuk belajar Al Quran balik, Johor terkenal dengan sekolah Agamanya. Saya mula mengaji dengan ustazah sejak 2018 tapi perginya tenggelam timbul, asyik amik mudah, tak paksa diri. Saya mula konsisten pada awal 2019, selepas balik mengajar, singgah rumah ustazah dulu, paksa diri mengaji setiap hari. Pada tahun 2020 ketika PKP, bila sekolah mula dibuka dan semua guru diminta balik ke stesen bertugas dan apabila kes Covid semakin meningkat sekolah kembali ditutup, kali ni nekad nak abiskan 1 juzuk 1 hari. Pagi petang ke rumah ustazah. Anak-anak ustazah pun tak dapat balik sebab tak boleh rentas daerah dan negeri maka saya bersuka suki lah ulang ke rumah ustazah. Pada penghujung 2020, masa tu paling sedih nak bgtau dapat tukar balik Selangor..takkan jupa lagi ustazah yang sanggup mengajar mengaji begini.
Gambar di hari-hari terakhir sebelum balik ke Selangor. Baju saya pakai pun belajar dari Ustazah. Sesiapa yang tinggal di Bandar Penawar, Kota Tinggi yang ingin belajar mengaji atau menghantar anak-anak mengaji bolehlah menghubungi ustazah di nombor di atas. Cuma sejak akhir-akhir ni sejak kes Covid semakin meningkat, rumah mengaji ditutup buat sementara waktu.

Kenangan hari Sabtu pun gi rumah ustazah belajar potong kain nak buat baju



Asalnya kenal ustazah, sebab mengajar Hafiy ngaji. Sehari berkali-kali saya ulang alik ke umah ustazah. Kalau Hafiy tak inginlah dia menunggu lama2 saya di rumah ustazah, biasanya saya hantar Hafiy balik dulu, baru datang balik kemudian untuk mengaji.

Bukan setakat belajar mengaji, menjahit, makan minum, pernah teman ustazah balik ke kampung ustazah. Kini semua tinggal kenangan.Moga ustazah terus diberi kesihatan yang baik, dan panjang umur InshaAllah kita jupa lagi

Berbanding PKP 1 kita tiada lagi kelas PDPR, bolehlah setiap malam join kelas-kelas agama, tapi untuk PKP ke 2 &3 ni walaupun sekolah masih ditutup tapi kita dah mula mengajar secara online. Untuk hari bersekolah jarang dah untuk join kelas mengaji online ni,banyak tonton ulangan sahaja. banyak masa dihabiskan untuk persediaan PDPR. 
Ni kuliah terbaru, kuliah Kitab Riyadus Solihin. Tebal kalau seorang diri memang tak mampu, kuliah setiap hari pukul 7.00 pagi hingga 8 pagi. Ni pun bercinta nak join biasanya setiap hari tengok ulangan je. Siapa berminat boleh join melalui fb atau instagram ustazah Asma Harun.

Sampai bila2 pun, saya masih dalam proses belajar. Paksa diri dan paksa diri. Untuk kekal dalam aura positif sekurangnya setiap hari kita perlu mengikuti majlis2 ilmu sekurungnya selama 1 jam sehari. Kadang yang disampaikan memang kita dah tahu tapi biasalah manusia sentiasa lupa, perlu saling mengingati

Selain daripada belajar ilmu agama, semasa PKP cuba nasib belajar bahasa Mandarin.Susah rupanya..hahaha..Ni separuh jalan je, struggle, dah tua-tua baru nak belajar
Siap ada modul lagi..haha

Aktiviti seterusnya. Saya juga mula berniaga di Shoppe. Tak semudah yang disangka. tambah pulak jual buku, bukan mudah nak memupuk minat membaca di kalangan masyarat kita. Kebanyakkan kita lebih gemar mencari berita berbanding ilmu, termasuklah orang yang menulis ini. Bersama-sama kita ingat mengingati dan berusaha membaiki diri sendiri. 

Bolehlah cari kedai buku cikgu di Shoppe yer..hihi

Ni antara buku-buku yang terjual.Terima kasih sahabat semua.

Aktiviti seterusnya ketika PKP saya jual tudung. Asalnya pakai untuk diri sendiri je, tapi mula share pada kawan-kawan untuk share postage. Terima kasih kawan-kawan menyokong bisnes kecil kecilan saya
Antara koleksi tudung Maejestica yang dibeli oleh kawan-kawan. 
Maejestica ada peminat sendiri.

Reward dari Maejestica.

Pada bulan April 2021, Masa PKP dapat bertukar kembali ke Selangor, kembali ke rumah yang di tinggalkan hampir 8 tahun. Sujud Syukur. Mulalah berangan nak renovate, tapi pkp ni apa sangatlah yang boleh dibuat. 
Alhamdulillah siap surau. Sendiri deko, 95% barang dari shoppe je

Apa lagi yang dibuat waktu PKP, tanam pokok..tengok ramai jugak kawan-kawan yang share aktiviti berkebun, tidak terkecuali saya tapi kebanyakkan pokok yang saya tanam lebih untuk kegunaan sendiri, pokok kari,  cili, kunyit, cili, limau, bayam brazil, sawi, tomato dengan harapan lagi 3 bulan tak yah beli sayur lagi, boleh petik je depan rumah..hihi

bunyi air ni menenangkan, kalau dulu boleh ke pantai sekarang tidak lagi

Saya juga mula kembali mengadakan program kitar semula dalam rumah. Dulu di Johor, rumah kecik tak dapatlh nak kitar semula.
Jom kitar semula
Gotong royong recycle buku
Lori kitar semula ni setiap hari Ahad


Untuk kekal sihat, kami beli treadmill ni. Beli masa PKP 1 lagi, memang sengaja letak tengah-tengah rumah, supaya rajin bersenam, hahaha..Ni pun kena paksa diri.


Kesimpulannya pelbagai aktiviti yang boleh dibuat ketika PKP, ada yang mengasah bakat memasak, baking, belajar make up, menjahit, sekaranglah masanya. Berdamai dengan takdirNYA.
Kami suami isteri telah lengkap 2 dos vaksin, Vaksin hanyalah sebagai usaha dan ikhtiar kita sebagai hamba, selebihnya tawakal kepada Allah. 
Moga ada sinar untuk rentas Negeri nanti, dapat berjumpa mak, abah, mama dan adik beradik.
Alhamdulillah kami masih beruntung kerana masih ada adik beradik yang tinggal berdekatan dengan orang tua kami. Dapatlah membantu ketika sakit deman orang tua.
Doakan semuanya dalam lindungan dan kasih sayangNYA.

 TAMAT.
 tahniah dan terima kasih sudi membaca sehingga tamat, ni aktiviti saya ketika PKP, korang punya aktiviti pulak camne. Kalau nak tengok trip jalan-jalan saya bolehlah explore blog saya..TERIMA KASIH.














2 comments:

NanyFadhly said...

Terbaik! Hikmah di sebalik PKP namanya kan?

rasidah MY said...

Thanks Nany 😍, dah edit