Tuesday 4 October 2016

Port Dickson


Assalamualaikum..rasa dah bersawang blog ni..hahaha..nikmat masa lapang telah ditarik..takpe kita menulis mengikut kemampuan yang ada..ok kali ni nak cerita pasal percutian di port dickson. sebenarnya takde plan pun, tp kalau dah kaki berjalan ni, tak dapat gi jauh dekat-dekat pun jadilah..bercuti kalau di dalam Malaysia ni lebih kepada santai dan relax,maklumlah kalau hari biasa penat bekerja..pendekkan ceta, hari ahad pagi plan nak ke PD tp xde plan nak tidur sana, sambil siap2 sambil google hotel di PD, kot-kot ada yang murah...jumpa..tp jauh dari pantailah..tak kesahlh janji ada swimming pool utk Hafiy dah mencukupi.

hotel baru


deluxe room
tempat iron, setiap floor ada bilik iron

spa

sambil tunggu diaorg mandi saya ke spa, wahh bahagianya, mandilah lama-lama pun ibu tak kesah..hihi



hotel ni hotel baru, hotel 2 bintang je tp kemudahan tiptop, ada swimming pool, spa, sauna, gym, cafe dan breakfast percuma.kanak-kanak umur 12 tahun percuma..tengok ada pengunjung yang bawa extra toto dari rumah..mcm-mcm, kalau hotel kat luar negara sume kira per head,mmg recommended hotel ni..terletak betul-betul bertentangan dengan 3D art museum PD. 
kami sampai di PD pada pukul 11 pagi, check in hotel pukul 3, so kami ke 3D art museum dlu, kemudian ke 7D show..jom layan gambarnya











alive 3D art museum ni tiket masuknya RM20 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.ada tiga tingkat, banyak lukisannya dan nampak hidup, bergambar sampai lebam.Disebabkan kami sampai dalam pukul 11 pagi, orang masih tidak ramai dan dapat bergambar dengan tenang..bila nak keluar dalam pukul 1 tengok ramai orang yang dah beratur panjang nak masuk..abis je di sini kami terus membeli tiket untuk ke 7D cinema, beli tiket untuk ke 7D cinema ni lebih murah jika di beli di 3D art museum ni, RM10 sorg.



7D cinema pun menarik, Hafiy enjoy kira oklah.7D cinema ni dah pernah masuk 5 tahun lepas di Korea, tapi teknologi 7D ni masih tidak setanding dengan teknologi Korea walaupun dah 5 thn berlalu...huhu..ok jam pun dah pukul 2 petang perut pun dah menyanyi dangdut, jomm cari makan.
yummyyy
lepas makan tengah hari hampir pukul 3 terus gerak ke hotel. sampai di hotel rehat sekejap, sempatlah Hafiy mandi di pool. Target pukul 5 nak ke pantai teluk Kemang pulak..




selfiee
 tengok ramai giler orang, ramai orang maka banyaklah sampahnya, ada buang pampers terpakai, botol2 air, plastik makanan tak payah cetalah...waaaa stress mokcik yang tengok..Hafiy asalnya nak mandi, bila tengok ramai orang mandi terus membatalkan niat setelah dia sendiri tengok pampers terpakai dan isinya terapung di air..hahaha..Nak jalan-jalan bolehlah nak mandi di pantai PD tidakkk sama sekali..


Hari yang ke dua, breakfast di hotel je, makanan buffet memang byk pilihan dan sedap-sedap, dan ianya percuma,cuma perlu tambah RM9 untuk breakfast Hafiy

Selesai makan diaorg nak mandi pool lagi, mandilah puas2, hari ni nak relax2 je,pukul 12 kami checkout. Aktiviti hari ni ke upside down gallery







menarik upside down ni, tapi ramai orang.destinasi seterusnya ke tanjung tuan dan blue lagoon.


ramai picnic


Tengah hari ni air surut, cantikkk..selepas makan tengah hari kami bertolak balik, pukul 5 ptg dah sampai umah, esok semua orang dah mula kerja..tamatlah sudah jalan-jalan 2 hari 1 malam kami..ada rezeki nati kita ke sini lagi..sayonara

2 comments:

NanyFadhly said...

SIdahhh!!!! kluar pun entry setelah lama follower yang sorang ni tertunggu-tunggu. Hahaha~ oit! nanti nak gi sini gak ler. Sebab kome rekemen best. Kena la follow sifu jenjalan I ni. Hahaha~

rasidah MY said...

Oohh nanyyy...lama tidak ketemu..terima kasih sudi membaca..:-)