Assalamualaikum..biasanya update blog, untuk trip jalan-jalan, lain-lain tak sempat, sejujurnya saya tak suka menulis pun, tp paksa diri untuk menulis, rasa rugi kalau tidak menulis pengalaman ni..kalau lama-lama baca balik nati best
Trip ke Bali ni sebenarnya mencabar jiwa, sebabnya seminggu sebelum tarikh berlepas kita di gemparkan dengan gempa di Lombok, yang mengorbankan ratusan umat, yang gegarannya terasa hingga ke pulau Bali. Bali dengan Lombok tak jauh mana pun, tak sampai 200km pun..banyak yang komen, tak yah gilah nak menempah maut, cari penyakit, nak rugi duit ke, nak ilang nyawa.nak pi suka-suka tp berjalan dalam ketakutan, mmglah ajal maut ni tgn tuhan tp ni menempah maut..Istiqarah.yakin bahawa ajal maut di tgn tuhan, saya whatapp tour guide di sana, tanya keadaan di sana, dia cakap ok, so on jelah..satu tips yang dikongsi oleh sahabat banyakkan baca rabbi yassir wala tu’assir, rabbi tammim bil khoir..dan amalkan alamnashroh 7 kali selepas solat, moga Allah mudahkan urusan kita.
Flight kami hari Jumaat 10 pagi dari KLIA, hari Khamis masih di Johor, dan masing-masing masih berkerja, memang huru hara.. tips sebelum blk, listkan siap2 benda yang perlu bawa,tulis kat whiteboard risau lupa, contoh lupa yang nampak kecik tp besar kesanya lupa bawa balik kunci rumah di Shah alam..penah jadi dalam trip seblm ni....nasib baik tak jauh lagi, tapi dah masuk tol terpaksa patah balik..huhu..
 |
satu beg jer |
Memandangkan dah banyak kali ke indonesia dan trip nak santai je, saya follow je itinerary yang tour guide share cumanya tempat yang saya nak pergi mcm nusa penida dan tegalalang mesti ada..
Day 1
Pendekkan ceta, mcm biasa AirAsia lewat 30 minit, kami sampai di airport Denpasar Bali pukul 2 petang..Waktu Bali dan Malaysia sama jer, cumanya di sini pukul 6.30 dah gelap. Bali ni majoritinya beragama hindu, walaupun muka melayu, untuk memudahkan perjalananan saya dah book supir muslim dari Malaysia lagi, Arif namanya.Mana dapat contact nombor Supir? amik dari group facebook backpacker Malaysia.
Hari pertama sampai hujan, kami singgah makan di restoren ayam lunak..
 |
restoren Malioboro |
Ayam lunak ni, uniknya tulang ayam bleh makan sekali lembut..masak dengan pressure cooker gamaknya, sedap.
Dengan cuaca begini, saya ingat kita terus balik hotel je. Hotel kami di kawasan Kuta. Hotel betul-betul di tepi pantai Kuta.Tempat yang paling happening di Bali, banyaklah pub2, mat dan minah saleh melepak..iissh tempat ni tak kena dengan jiwa akulah.. tp takpe selagi kita tak ke sini kita tak tau suasana macam mana..hari ni pusing-pusing kuta je.
 |
dah sampai |
Hotel Alam KulKul Boutique resort, hotel ni btul-btul ditengah-tengah bandar berdepan dengan pantai Kuta.. Semalam RM580 untuk family room
 |
Dugaan untuk penduduk Lombok, moga dipermudahkan |
 |
welcome drink
ginger lemongrass tea |
nyaman sekali, balik Malaysia nak try buat
 |
suasana bilik, Angsa tu tak sampai 1 minit rupa gitu |
 |
lawa landscape hotel |
 |
hotel lobby |
 |
pantai Kuta |
Kebetulan hari kami sampai, adalah hari sambutan kemerdekaan Indonesia, adalah show kat tepi pantai ni
 |
ramai org |
 |
tempat wajib, cik abg pengumpul bajunya |
 |
mall |
 |
beach walk |
Days 2
Hari ni asalnyanya nak ke Nusa Penida, tp saya cancelkan sebab tgk ramalan kaji cuaca hujan sepanjang hari ni..aktiviti indoor jelah, ptg skit baru kita jalan-jalan di gunung, itupun kalau cuaca ok.kalau tak anggap jelah takde rezeki, rezeki kita ini aje
 |
breakfast di hotel |
Hotel ni makanannya halal, makanlah puas-puas
 |
cute..dan sangat berani..suasana tenang |
 |
merenung jauh..mcm mana ni hujan |
 |
tok..tok |
 |
damai |
Bunga ni banyak kat sini, menurut kata Arif pokok bunga ni sengaja di tanam, sebab bunganya akan digunakan untuk sembahyang ..Diaorg ni sembahyang 3 kali sehari, agama hindu kat sini amatlah kuat, bangunan di Bali ni sumenya rendah-rendah je, sebabnya ada satu temple besar di Bali, bangunan yang ada di sini tidak boleh lebih tinggi dari temple itu.
 |
bali design |
Disebabkan hujan, kita buat aktiviti indoor je lah..tempat pertama hari ni
 |
Sari Wisata Budaya |
Ada persembahan tarian dan sketsa di sini.
 |
batik jawaa |
Ni batik tenun sendiri, saya tak pakai batik
 |
kilang silver |
 |
kagum |
orang ni amat teliti dan penyabar
 |
reward untuk diri sendiri |
oklah nampak hujan dah mula reda, mohlah kita ke gunung
 |
Kintamani |
Alhamdulilah sampai jugak, hujan pun dah berhenti, nampaklah view gunung dan tasik Batur

Destinasi terakhir untuk hari ni.. Tegalalang, kawasan padi bukit. Kami sampai pun dah petang Alhamdulilah dah tak hujan, dapatlah bergambar disini
 |
merenung jauh nampak |
 |
smilee |
selesai hari ke dua, 2 jam jugak nak ke hotel, kali ni kami tukar hotel lain, hotel di Sanur
Days 3
Hari yang ditunggu-tunggu..antara wish list saya untuk ke Bali, Nusa Penida..Nusa Penida ni adalah antara pulau-pulau kecil berdekatan Pulau Bali, 1 Jam naik bot dari jeti Sanur.
 |
sunrise di jeti Sanur |
 |
banyak boat, bleh book online |
Murah je 2 hala dalam RM60
Biar gambar berbicara, sini takde jeti, kasut tak bleh pakai, ombak kuat, , kasut sume letak dalam satu bakul, sume berkali ayam naik bot. Ombak sangat kuat, belum apa-apa lagi Hafiy dah lencun dipukul ombak
 |
dah sampai |
naik bot dalam 45 minit..
 |
dah sampai |
Kadir tour guide kat sini dah menunggu. Kadir ni penduduk asal Nusa Penida, dia ni keturunan Majapahit, Penduduk islam hanya ada satu desa je katanya. Kadir ni lah jadi cameraman kami di sini, saya sangat berpuas hati dengan servicenya..
Nusa Penida ni baru 2 tahun dibuka untuk pelancong..jalan tak payah ceta, takde tar.
 |
nusa penidani kena hiking skit |
 |
kami |
Biar gambar jelah berbicara, tapi serius sangat cantik, tak sia-sia datang jauh-jauh.
ok sini kami amik pakej sorang RM200, termasuk semua sekali, bot, makan minum, dan bayaran masuk semua tempat. Pakej family saya bukan pakej murah, pakej bersesuai dengan trip family, nak murah bleh backpack.
Bot kami 4.30 dari Nusa Penida.. Sampai Jeti Sanur, Arif dah menunggu. nak ke mana lagi kak, saya bawakan, akak dah pening, bawa gi makan jelah, nak balik rehat di hotel
Makan berdekatan hotel, masakan padang
 |
dinner |
Days 4
Malam terakhir di sini. Saya dah pening naik bot, dengan jalan tidak bertar, lepas Isyak terus tidur, tetiba dalam pukul 11 mlm suami kejut, gempa katanya.. yer walaupun tengah tido, terasa gegarannya.. jiran sebelah bilik dah keluar, ramai dah bising-bising di luar, gempa tak lama dalam 20 saat je, Hafiy masih tidur, suami dah ajak kejut Hafiy dan keluar, saya rasa kita tunggu dulu, kalau ikutkan pengalaman di Jepun kalau gempa dok je dalam rumah diam-diam..kalau ada bunyi siren baru keluar. kemudian senyap dan kami sambung tidur.. tak lama kemudian gempa susulan ke 2 dan ke 3, tp sekejap je..rupanya gempa ni di Lombok.. Allah.. dalam pukul 12.30 sume dah senyap, memang nampak saya lebih tenang dalam hal ni, tp tidak sebenarnya, mcm-mcm pikir, suami yang tadi nampak gelisah dah lama dibuai mimpi..dalam tak leh tido tu mcm-mcm pikir dosa aku yang tak dengar ckp mak yang tak bagi ke sini dan pelbagailah..haha..Alhamdulillah sumenya ok..pengalaman..
travel ni mcm dadah, sekali dah mula travel mmg susah nak stop..
Pagi ni kami lewat keluar, nak relax di hotel, mandi kolam.. janji dengan Arif pukul 11 pagi, baru jemput kami.
Arini tak ke mana, nak ke tanah lot, shopping skit dan dinner di tepi pantai..jom layan gambar jelah.
Semua gambar di atas adalah di tanah lot.
 |
shopping sebelum balik |
 |
buat alas perut |
Pantai Jimbaran. Nak tengok sunset dan dinner sebelum balik ke Malaysia
 |
ni lah Arif, mcm Lan Kristal kan |
 |
ni Pakej tour yang saya guna |
Terima kasih Arif dan yanto tour, di atas layanan yang diberikan... Tour guide ni saya booking dari Malaysia lagi, memang request nak supir muslim, senang untuk cari tempat makan halal dan solat. Harga kebanyakkan pakej sume lebih kurang jer,
Selesai sudah pengembaraan kami kali ni 4 hari 3 malam. Saya sangat sukakan negara Indonesia sebab suasanya yang penuh dengan keindahan alam semulajadi, gunung, laut semuanya cantik, indah sungguh ciptaanmu Tuhan. Ada rezeki kami ke sini lagi.