pendekkan cerita, saya kecilkan skop ceritanya..skop ceritanya berkaitan dengan rumah. Hujung tahun lepas saya telah berpindah mengikut suami berkerja di kawasan Pengerang Johor ( kawasan yang telah dibeli oleh pihak petronas untuk pembinaan loji pemprosesan minyak) ..Kawasan yang dulunya hanyalah bekas kawasan lombong bausit, kampung nelayan, penduduk yang kurang daripada 1000 orang, kini sekelip mata menjadi kawasan yang padat penduduknya dan tinggi taraf hidupnya. Malangnya kemajuan teknologi dan lambakan pekerja tidak seiring… penduduk di Pengerang diuji dengan harta dunia yang tertiba menjadi rezeki terpijak..kerana mahu senang, duit bertukar menjadi tuhan..Orang yang kaya akan menjadi semakin kaya, yang miskin akan terus terpinggir, mengemis di tempat lahir sendiri…adik beradik bergaduh semata-mata berebut tanah dan rumah..kalaulah ada abang yang boleh menghalau darah dagingnya sendiri dari rumah semata-mata untuk disewakan kepada pekerja Rapid, ada guru yang memiliki rumah sendiri sanggup keluar dari rumah sendiri dan tinggal di kuarters guru semata-mata untuk menyewakan rumahnya kepada pekerja rapid dengan nilai rumah sewa mencecah rm3000..apa agaknya yang jadi pada saya, yang terang-terangan adalah orang luar
Marah memang marah, saya kira
sahabat guru yang menyewa rumah dan tinggal di kuarters telah mengambil hak
guru-guru lain yang terang terangan tiada rumah..Pada awal kedatangan saya,
Suami telah menyewa sebuah rumah dengan bayaran bulan rm2500, yang saya kira
amat tidak patut..Suami tidak terikat dengan apa-apa perjanjian sewa rumah,dan
saya hanya membawa diri dan beberapa barang keperluan asas sahaja..Saya memang
bertekad untuk tinggal di kaurters guru,
saya memang tidak hingin mengeluarkan rm2500 sebulan hanya untuk sewa rumah..tp
malangnya untuk tinggal di kuarters tidak semudah yang disangkakan..rumah kuarter
di sini rata-ratanya seperti rumah hantu dan rumah tinggal, dan tiada sesen
peruntukkan pun dari pihak kerajaan untuk guru..
Selain daripada mencari kuarters,
kami juga berhabis habisan mencari rumah untuk dibeli..puas mencari rata2 harga
jualan rumah rm300k hanya utk rumah tengah
teras setingkat dan rumahnya dulu hanya dibeli dengan nilai rm90k
sahaja..bukan tidak mampu untuk membuat pinjaman loan untuk harga rumah itu,
tidak bagi saya rumah itu tidak layak untuk harga sebanyak itu..
Akhirnya pada bulak Februari
lepas, saya telah berbincang dengan suami
dan kami tekad untuk membaiki dan menanggung segala kos untuk
memperbaiki rumah kuarter itu..Ini bukanlah rumah kuarters guru, ini adalah
rumah kuarters untuk kakitangan staf sekolah..(rumah guru semuanya telah
penuh), rumahnya lebih kecil saya kira sebesar kotak mancis..hihi tapi muatlah
untuk kami bertiga..
Biar gambar sahaja berbicara…tak
guna meratap menangis mengenang nasib, saya nekad untuk ubah rumah ini menjadi
istana cinta untuk keluarga kecil kami…Akhirnya selepas 3 bulan menyewa, saya
telah pindah ke rumah kuarter ini
Hadapan rumah
Belakang rumah
Ruang makan dan ruang tamu
![]() |
Tandas |
![]() |
Bilik air |
![]() |
Ruang dapur |
Dengan renovate rumah kuarters buruk ni, saya ingat saya bagus saya kuat tp tidak ada ramai lg yang bertabah, betul kata mak semasa saya beriya menceritakan susahnya saya di sini..kata mak ramai lg yg susah dari kakak, bersyukurlh, dengan bersyukur semuanya akan baik-baik saja.
Di sini saya ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu. Kepada yang bercadang untuk berhijrah jangan risau, InsyaAllah selagi niat kita ikhlas Allah akan permudahkan..
Walaupun rumah ni kecil tetapi semuanya cukup sempurna di mata saya..