Dah lama tak menulis, bz skit akhir-akhir. Baru-baru ni saya ada amik pakej Tokyo wide pass (20-22 Feb 2016), pass ni membolehkan kita pergi ke mana-mana tempat dalam kawasan kanto ni dengan hanya 10000 yen seorang selama 3 hari berturut-turut. Saya memang sengaja pilih tarikh ni sbb dah target dari tahun lepas nak sekalikan tengok sakura di Kawazu dan bermain snow di Yuzawa.
Sakaru Kawazu ni antara sakura yang paling awal iaitu akhir bulan Feb hingga awal bln Mac.Yang uniknya sakuranya berwarna pink dan tumbuh di sepanjang sungai sepanjang 4 km. Cuma agak bertabah sebabnya masa perjalanan sehala hampir 2 jam 30 minit dari Tokyo. Dari Tokyo station direct terus ke Kawazu station dengan menaiki Odoriko JR train. Odoriko train ni sumenya reserve seat, kami punya tiket pukul 8 pg dari Tokyo dan tiket blk pula saya reserve pada pukul 5.40 ptg. Dah berminggu asyik tengok update sakura dari official websitenya, sbb bunga ni memang bergantung kepada keadaan cuaca, alhamdulillah sakura dah kembang tapi hari mendung dan hujan, takpelah itu sahaja rezeki kami, masih beruntung kerana masih berpeluang ke sini.
Pemandangan dalam train nak ke Kawazu ni cantik dengan view laut. Kebetulan seat kami memang di bahagian yang mengadap laut.Menenangkan. Selalunya kalau travel sayalah yang paling sibuk, sediakan sarapan pagi dan tengah hari sekali. Biasanya kami akan sarapan pagi di atas train, kadang make up pun atas train.
Kami sampai di Kawazu station lebih kurang pukul 10.30 pagi, orang dah ramai. Cuaca mendung tapi masih belum hujan.
|
Penyambut tetamu |
Disambut oleh penyambut yang comeii dan uncle yang begitu baik hati, tolong snapkan gambar kami.
|
kawazu station |
Dah sampai sini maka pengembaraan pun bermula,macam biasa ambil map dlu dan jomm jalan.
|
peta |
Jom kita plan perjalanan kita, mula kita jalan ke arah laut dulu.
|
ramai berniaga |
Selain sakura, ada jugak pokok rapeseed, pokok rapeseed ni digunakan untuk membuat minyak masak. kalau rajin nati saya tulis pengalaman saya ke ladang rapeseed pulak, tapi hari ni nak ceta pasal sakaru ajer..
|
smilee :-) |
|
kawaii |
|
bestnya umah dia ada pokok limau ibu |
Bestnya umah dia ada pokok limau, dia tak payah beli limau macam kita, nak makan bleh amik aje..hahaha..boleh tak amik satu ibu. Cuaca terasa dingin dan sejuk. jom kita minum kopi dulu.
|
Subhanallah cantiknya ciptaanMu |
|
oiittt sejuk-sejuk pun minum air ais kah |
Berehat sebentar, dan hujan mula turun, tapi hujan di sini taklah seperti di Malaysia tidak lebat dan tiada guruh kilat. maka berpayunglah kami..jom layan gambar-gambar sakura..
|
kawaii |
Jom kita kutip bunga sakura ni kita tulis nama Hafiy.
|
memang rarelah |
Memang nampak suasana kejepunannya lagi cantik kalau pakai kimono.
|
sakana |
Jernih sungguh air sungai ni sampai nampak dasar dan ikannya..Jom kita sambung jalan lagi
|
kawaii |
Sejuknya jom kita masuk onsen rendam rendam kaki
|
cheeseee |
Penat berjalan kita masuk sini sekejap.
|
tinggal sorang ni je nak posing lg |
Hujannn tinggal sorang ni je nak posing lagi, sorang lagi dah sibuk main hujan sorang lagi risau kameranya masuk air..hahaha..
|
upah |
Hujannn, kaki pun dah penat, kami berjalan hampir ke penghujung jalan, membeli sedikit buah tangan dan jam menunjukkan hampir pukul 3.00 petang, kami mula berpatah balik untuk ke stesen keretapi. Sampai di stesen Kawazu pada pukul 3.40 petang, tiket kami sepatutnya pada pukul 5.40, ada lebih kurang 2 jam lagi. apa nak buat..hahaha..saya mencuba nasib bertanya untuk menukar tiket ke waktu yang lebih awal. Alhamdulillah masih ada seat kosong untuk train yang direct ke Tokyo iaitu pada pukul 4.40 petang. Lebih kurang sejam lagi sempatlah bersolat.
Untuk rujukan masa hadapan train yang direct ke Tokyo ni lebih kurang sejam satu sahaja, dan kalau weekdays train terakhir adalah sebelum pukul 5 petang, kalau terlepas terpaksalah naik train lompat-lompat yang memakan masa hampir 4 jam untuk ke Tokyo..Rancang perjalanan sebaik mungkin sebelum memulakan apa-apa perjalanan. Dengan mengambil Tokyo wide pass ni, kita akan berjalan selama 3 hari berturut-turut, tanpa perancangan yang teliti agak memenatkan.
Kami sampai di Tokyo pada pukul 7, sebelum balik makan malam siap2 di Tendon Asakusa, sampai rumah lebih kurang pukul 8.30 malam, sebelum tidur sediakan bekal untuk esok, esok ke Takomachi snow festival dan lusa bermain snow di Gala Yuzawa. Saya mengambil keputusan untuk bermalam di Ochigo Yuzawa kerana arah kedua-dua tempat ini berdekatan dan untuk berpatah balik ke Tokyo agak memenatkan.
Itu sahaja post untuk kali ni next post sambungan ke Takomachi snow festival dan snow di Gala Yuzawa.
No comments:
Post a Comment