Ghibli museum ni lebih kurang sejam dari Shinkoiwa, senang aje nak ke Ghibli museum ni, dari Shinkoiwa direct terus ke Mitaka station. Dari Mitaka station keluar arah South exit, terus ke bus stop nombor 9. Naik bas dalam 10 minit dah sampai Ghibli museum.Segala maklumat lanjut berkaitan Ghibli museum ni bolehlah ke
http://www.ghibli-museum.jp/en/.Sebenarnya dah lama nak ke sini tapi tiket tak pernah ada, selalu penuh. Tiket kena beli awal yer, dan ada masa tertentu nak masuk ke Ghibli ni.Kami punya tiket masuk pukul 2 petang.
Pengarah studio Ghibli ni, Hayao Miyazaki designed museum ni sendiri, dengan menggunakan storyboards yang sama dalam filemnya, menarik Hafiy enjoy ke museum kali ni.
|
Kawaii |
Decoration museum mmg menarik tapi satu jelah takde english, sume dalam bahasa Jepun, tp kami enjoy aje, sbb cartoonnya byk gambar. Gambar pulak cantik2.. Jom layan apa yang ada kat museum ni.
|
bahagian atas robot soldier |
Nak bergambar kat luar aje, dalam museum tak boleh yer..dah penat berjalan singgah minum, dalam museum ni ada cafe.
|
cafe |
|
Sejuk-sejuk pun aiskrim |
|
kenapa tak keluar air ni |
Sebelah museum ni ada Inokashira park, mulanya ingat klu kat museum ni sekejap aje ingat nak jalan-jalan kat park ni, rupanya sampai kul 4.30 jugak kami di museum ni..Disebabkan tak boleh amik gambar dalam museum ni sebelum balik saya beli buku berkaitan Ghibli museum ni, 2 buah 1000 yen dapat poster free satu. Murahlah, buku dalam versi english. Gambar-gambar dlm buku ni semua yang ada dalam museum ni, patutlh tak bleh bergambar dalam museum nati tak laku pulak bukunya..hihi
|
Ni lah bukunya |
Itu aje untuk kali ni. Nak blk pun senang, naik je loop bus tadi, tunggu bas di tempat yang turun td. Bas ni setiap 10 minit.
No comments:
Post a Comment