Wednesday, 17 February 2016

Euno zoo

Euno zoo the oldest zoo in Japan..https://www.tokyo-zoo.net/english/ueno/..Zoo ni dekat dengan Euno park. Dari Shinkoiwa tak sampai 30 minit. Shinkoiwa ke Akihabara tukar yomanote line ke Euno station. Exit arah Euno park. Dari Euno station ke Euno zoo ni jalan kaki dalam 5 minit. Tiket masuk untuk dewasa 600 yen manakala kanak-kanak bawah 12 tahun percuma. Zoo ni tutup setiap hari Isnin. Saya baru dua kali ke sini, Hafiy enjoy lebih-lebih lagi kalau ada kawan. Jom tengok apa yang menarik dalam Euno zoo ni.
Depan Jr Euno station
Entrance zoo


Panda
Waktu ni cuti sekolah, itu sebab ramai orang walaupun hari berkerja, saya biarkan aje Hafiy membaca peta. Biarkan diaorang decide arah mana nak jalan, binatang apa yang diaorang nak tengok.

Snow monkey

tahu ke tengok map ni..meh cikgu ajarkan
Kita kat mana sekarang, mehh kita tengok peta.

elephants..apa sahajalah yang dibualkan kanak-kanak rebena ni...

Penat berjalan kami berhenti rehat, makan bekal yang dibawa, Kak Ina siap bawa nasi dan kari kambing..ala-ala picnic gitu..

walaupun sejuk aiskrim jugak pilihan hati

Kali ni gambar tak payah suruh senyum..dia sendiri senyum dan minta ambil gambar..Gi zoo hati berbungalah...
line up plzz
monorail
Penat berjalan kita naik monorail pulak..walaupun dekat aje, anak-anak ni teringin nak naik train tergantung, maka kita layankan ajer..
flamingo
Seharian jugaklah kami di sini. Mengisi masa lapang cuti sekolah, sebab katanya walaupun hari-hari jupa di sekolah nak main tak sempat...
Ini sahaja untuk kali ni, kalau travel bersama anak-anak bolehlah selitkan sedikit masa ke sini Euno zoo, menarik..

No comments: