Tokamachi snow festival ni adik bongsu kepada Saporo snow festival. Trip ni adalah untuk hari kedua Tokyo wide pass. Mudah jer dari Tokyo station naik sekansen ke Echigo yuzawa, dari Echigo yuzawa naik local train direct ke Tokamachi station. Local train ni tak cover dalam Tokyo wide pass, harganya 620 yen utk sorg. Kita hanya merancang Allah yang menentukan, rasanya dah well plan tp...hihi takpe pengalaman. Local train ni 1 jam satu dan kami terlepas train mcm yang dirancang dalam itinerary. Tokamachi ni kawasan perkampungan sawah padi dan bergunung ganang..jom tengok macam mana suasana dari dalam train ke Tokamachi station ni..
|
pening, mana nak pergi ni |
|
local train |
|
seluas mata memandang sawah padi |
|
gunung ganang diliputi salji |
Joetsu line ( local train) ni mengambil masa lebih kurang 35 minit dari Echigo yuzawa, dan melalui terowong yang panjang selama 10 min, maknanya train ni lalu merentas gunung.
Bila sampai Tokamachi station, ada bas disediakan sempena snow festival ni untuk ke setiap site, tp kami decide nak jalan kaki je. tengok suasana kampung.
Tokamachi festival ni hanyalah selama 3 hari, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang festival ni, salah satunya adalah pertandingan ratu kimono, memandangkan kami pergi pada hari terakhir ni adalah para pemenangnya.comey comey..
Beras keluaran Tokamachi, diberi sebagai cenderamata untuk tetamu. Disediakan juga ramen dan sake percuma. Beriya-iya pakcik ni mengajak kami makan dan minum..sengeh sajalah...hihi
|
yuki |
Ni dalam igloo, tp camera man amik gambar pintu masuk jer..hihi
|
entrance |
|
sengeh sampai telinga |
Disebabkan ni adalah kawasan kampung, tak ramai budak-budak, kebanyakkan org tua, maka ini anak dilayan dengan baik dan berulang kali naik...tak macam Sapporo dulu sekali nak naik pun jenuh sebab ramai orang.
|
tea house |
|
ibu tolong abiskan..huhu |
Diajar cara minum green tea dengan betul, semuanya percuma, diaorg cuma nak perkenalkan cara dan budaya mereka..
|
entrance ke green tea ceremony |
|
soba |
Kebanyakkan pelancong dan peniaga adalah dari kalangan penduduk tempatan, maka komunikasi mmg kritikal, huhu..nasib baik ada soba dan peniaganya boleh speaking... sekali order 4 mangkuk..licin, terkejut dia, suka soba ke katanya, hahaha..xde pilihan kalau boleh mkn ayam golek ke oklh jugak...Alhamdulillah ada makanan untuk lunch.
|
power rangers |
Pakcik ni siap melambai lambai dari jauh..marilah naik..hihi
|
doraemon |
|
antman kesejukkan..haha |
|
udahhlah tu jom kita balik |
Snow dan kesejukan..huhu kesimpulannya tempat ni menarik dan alangkah indahnya kalau boleh berkomunikasi dengan diaorg. Tokamachi festival ni berakhir pada pukul 4 ptg, pukul 3 kami dah gerak balik ke hotel di Echigo Yuzawa.
2 comments:
Power rangers pun ado! kebal derang eh? sesejuk gini..bape lapis la agaknye geng power rangers tu pakai..ke tu patung ajer?...bhahahah!!!
super hero mesti kebal..kalau tak mcm mana nak menyelamat bumi..hahaaha
Post a Comment