Friday, 11 March 2016

Hamarikyu Garden

ohayoguzaimas..:-)

Lately ni banyak benda nak kena pikir, maklumlah dah nak blk ke Malaysia, pasal kerja, pasal sekolah anak, pasal suami yang akan jauh di mata , pasal nk berjalan mana lagi sebelum blk Malaysia...pelbagailah..eerrm letih, ada sesetengah perkara diluar kemampuan kita, kita serahkan pada Allah sahaja, Allah maha mengetahui, sebaik-baik perancang, moga dipermudahkan segala urusan saya dunia dan akhirat.
Oklah kita terus ke topik kita pagi ni Hamarikyu garden. Dari Shinkoiwa ke Akihabara dan transit yamanote line ke  Shinbashi station. Dari Shinbashi ke Hamarikyu garden ni jalan kaki hampir 10 minit. 
Sudah 2 kali ke sini, menarik, Japanese garden..Saya ke sini hanya untuk melihat ladang rapeseed. Rapeseed ni sebenarnya bknlh spesis bunga tp spesis sayur- sayuran..biasa digunakan untuk membuat minyak masak.
Hamarikyu Garden
minyak canola
Minyak ni lah yang saya guna setiap hari untuk memasak kat sini.

Jom layan gambar kat ladang rapeseed ni.





Selain daripada rapeseed ni, ada jugak pokok plum blossom dan sakura, tapi sakuranya  baru berputik, plum blossom pula banyak yang dah gugur. Plum blossom ni sekali tengok macam sakura, tp bunganya lebih kecil ,tidak berdaun tp berbau wangi. 
plum blossom


tasik dan Westeria
 Itu ajer untuk kali ni, ni adalah salah satu aktiviti yang saya selalu buat bila anak ke sekolah dan husben keja..tengok bunga..haha.. saya memang suka bunga, next post aoyama flower market tea house. minum teh di cafe seakan taman bunga dan kelilingi oleh haruman bunga segar.

2 comments:

NanyFadhly said...

Saya suka bunga..hari2 tengok bunga..cikgu sudah tidur..yeayy~~~~hahah!

rasidah MY said...

hahaha...