Tuesday, 24 July 2018

singapore

Assalamualaikum..kali ni saya nak share trip dua hari satu malam kami ke Singapura. Setelah hampir 2 tahun di sini baru tergerak hati nak ke sana. Semua last minutes, ini disebabkan masing-masing sibuk dengan urusan dunia..huhu. Kami bercadang nak ke sana dengan menaiki feri. Puas google takde yang share ke Singapura melalui feri, rata-rata penulis blog menaiki bas ataupun kapal terbang.
Di sini saya sharekan cara nak ke Singapura melalui feri Tanjung Belungkor Johor ke Changi Terminal Feri.
1.Pembelian tiket boleh dibuat secara online di www.limbongmaju.com atau www.tanjungbelungkor.com
Pendapat saya tak perlu beli online, mmg banyak tiket, beli je pada hari kejadiaan
Tiket sehala seorang RM74, tapi kalau beli dua hala RM111, kita jimat RM37. untuk tiket 2 hala sah laku tiket adalah sebulan, kiranya mcm open tiket bila2 nak blk tak kesah.
Sangat puas hati feri memang bertolak mengikut masa
Jarak perjalanan hanya 35 minit saja.
Jangan terkejut bila sampai di Changi ferry terminal, line tepon Malaysia masih boleh guna.
Satu-satunya perkidmatan feri yang ada

tiket feri

depan tongkang
Kami bertolak pada pukul 6.45 pg dari rumah, feri pukul 8 pg, parking amat luas dan percuma di terminal feri Tanjung Belungkor, tak perlu risau InsyaAllah selamat.
Pukul 8.35 pagi dah sampai Changi ferry terminal. Seorang Pengawai Kastam yang handsome dan baik hati, telah membantu kami untuk ke bandar. Katanya kami boleh naik bas no 35, teksi atau grab, turun di Tanah Merah, dan dari situ, dah dekat dengan MRT stesen. Dari MRT station, senang nak gerak ke mana2... Bas 15 minit sekali dan sila sediakan wang kecil, sebab bas takkan ada tukaran duit kecil.
dah sampai. 
keluar dari terminal, jalan kedepan, tak perlu lintas jalan, belok ke kiri, akan nampak perhentian bas, tunggu bas kat situ.
atas bas

Mat Saleh ni org Jerman, sangat baik hati, kami naik bas, tp takde duit kecik, ada $10 je, tambang bertiga $7, redha jelah mmg xde, dia offer dia ada duit kecik, so dia belanjalh kami..siap tolong tunjuk jalan lg, rupanya dia kawin org Singapore dah 20 thn kat Singapore.

Persediaan awal sebelum ke sana
Pasport
Tukar duit siap2.
3  Print map MRT
Study map MRT skit,  bulatkan nama stesen utk hotel dan tempat attraction
5  Booking hotel awal, pilih dekat MRT station
Tiket Universal studio, saya beli di KLOOK ( Bleh install dlm googleplay) harga lebih murah dan dari website rasmi dan bleh collect point. InsyaAllah boleh dipercayai.
dah sampai MRT station, suasananya tak ubah mcm Jepun.
Hari Pertama ni kami plan nak ke Universal Studio, Universal studio terletak di Pulau Sentosa. Buka pada pukul 10 pg sampai 10 malam, memandang perut dah lapar kami singgah makan di Shopping mall Vivocity dulu. Vivocity mall ni dekat dgn harbourfront MRT station. Bila amik MRT, Kita kena stop dulu kat harbourfront ni, sebelum amik monorail plak ke universal studio.
Vivo City mall
Ya ampun umat manusia punyalah ramai di Universal studio, rupa2nya waktu ni ada cuti musim panas di negara China. Ramai  org cina tanah besar datang Singapore
Makanan halal dan surau ada disediakan di Universal Studio.

Tips ke universal studio
Pertama kali sampai terus amik map, tgk ride mana yang nk naik dulu
Sini ride untuk express fast line, kena beli, kalau taknak naik je yang single rider.
Universal studio ridenya sini lebih kepada remaja dan dewasa, tak mcm disneyland
Toilet sini xde air, so simpan botol air kosong  dlm beg
Tempat wajib selfie
transformers ride
far far away
makanan halal di bahagian Ancient Egypt

the lost world

Pukul 9 malam baru kami bertolak balik, penat, bila check blk hari ni jln kaki je hampir 17km.Sebelum balik kami singgah beli makan malam dulu, bungkus Mcdonald je.pukul  10 malam kami dah sampai hotel
Hotelnya smlm RM400++ kecik je, recommended sebab dekat dengan train station, kedai makan halal dan shopping mall
Hotel di  berdekatanClarke Quay station
Hari ke dua
Tak sah rasanya kalau ke singapore tak ke merlion park..kepala singa tu. Dari merlion park kami berjalan kaki ke Marina bay Sand dan seterusnya ke garden by the bay..jom layan gambar 
tempat wajib
marina bay sand

Lawa landscape tamannya

rehat sekejap sebelum sampai marina bayBanyak butik-butik mewah di sini, fefeling mak datin sekejap..



Ok dah sampai destinasi yang dituju.
tiket $8 sorang
gardens by the bay
festival orkid
clock flower

Pada pukul 5 kami beransur bergerak ke hotel, bag kami tinggal di lobi hotel. 
kedai mamak dan mereka berpisah tiada, singgah minum teh ais dulu
Minta tolong pihak hotel booking grabcar.. pemandu grab org Melayu sangat peramah. Pukul 7 malam dah sampai di terminal Changi. Tambang grab $23 @ RM70, 35 minit masa perjalanan dr hotel kami ke changi ferry terminal. Singapore ada 2 terminal feri,yang kita naik dari Tanjung Belungkor adalah Changi Ferry Terminal dan lagi satu Changi point ferry terminal. tp berdekatan antara satu sama lain, jangan salah terminal sudah..hihi asalnya nak solat di terminal je, sebab masa mula sampai saya tgk ada surau, rupanya itu untuk kakitangan sahaja, suraunya tak boleh excess untuk public. End up kami solat di tempat parking keta je, makan malam pun saya dah beli bungkus siap2 kat kedai mamak yg dekat dgn hotel kitorg tadi, sementara nak tunggu feri pukul 8, kami mkn dulu. Settle sume, pukul 8.30 malam alhamdulillah dah sampai Johor…sayonara Singapore.. 
8 orang jer
Alhamdulillah selamat sampai sudah


Tamatlah sudah cuti ujung minggu kami mengembara dengan tongkang kali ni..hihi.Kesimpulannya org Singapore ni baik dan peramah terutama masyarakat Melayu, mungkin Melayu merupakan minoriti di negara maju ini..Ada masa nati kami datang lagi, sebabnya tak sempat lagi nak merasa murtabak masjid Sultan..hihi

No comments: