Friday, 14 July 2017

Kuarters Bandar Penawar Johor


 Assalam..di mana harus dimulakan..
 Cerita kali ini bukan cerita jalan-jalan yang biasa saya tulis, kisah kali ini adalah kisah hijrah saya..HIJRAH kali ni juga lain dari sebelum ni..
pendekkan cerita, saya kecilkan skop ceritanya..skop ceritanya berkaitan dengan rumah. Hujung  tahun lepas saya telah berpindah mengikut suami berkerja di kawasan Pengerang Johor ( kawasan yang telah dibeli oleh pihak petronas untuk pembinaan loji pemprosesan minyak) ..Kawasan yang dulunya hanyalah bekas kawasan lombong bausit, kampung nelayan, penduduk yang kurang daripada 1000 orang,  kini sekelip mata menjadi kawasan yang padat penduduknya dan tinggi taraf hidupnya. Malangnya kemajuan teknologi dan lambakan pekerja tidak seiring… penduduk di Pengerang diuji dengan harta dunia yang tertiba menjadi rezeki terpijak..kerana mahu senang, duit bertukar menjadi tuhan..Orang yang kaya akan menjadi semakin kaya, yang miskin akan terus terpinggir, mengemis di tempat lahir sendiri…adik beradik bergaduh semata-mata berebut tanah dan rumah..kalaulah ada abang yang boleh menghalau darah dagingnya sendiri dari rumah  semata-mata untuk disewakan kepada pekerja Rapid, ada guru yang memiliki rumah sendiri sanggup keluar dari rumah sendiri dan tinggal di kuarters guru semata-mata untuk menyewakan rumahnya kepada pekerja rapid dengan nilai rumah sewa mencecah rm3000..apa agaknya yang jadi pada saya, yang terang-terangan adalah orang luar
Marah memang marah, saya kira sahabat guru yang menyewa rumah dan tinggal di kuarters telah mengambil hak guru-guru lain yang terang terangan tiada rumah..Pada awal kedatangan saya, Suami telah menyewa sebuah rumah dengan bayaran bulan rm2500, yang saya kira amat tidak patut..Suami tidak terikat dengan apa-apa perjanjian sewa rumah,dan saya hanya membawa diri dan beberapa barang keperluan asas sahaja..Saya memang bertekad untuk  tinggal di kaurters guru, saya memang tidak hingin mengeluarkan rm2500 sebulan hanya untuk sewa rumah..tp malangnya untuk tinggal di kuarters tidak semudah yang disangkakan..rumah kuarter di sini rata-ratanya seperti rumah hantu dan rumah tinggal, dan tiada sesen peruntukkan pun dari pihak kerajaan untuk guru..
Selain daripada mencari kuarters, kami juga berhabis habisan mencari rumah untuk dibeli..puas mencari rata2 harga jualan rumah rm300k hanya utk rumah tengah  teras setingkat dan rumahnya dulu hanya dibeli dengan nilai rm90k sahaja..bukan tidak mampu untuk membuat pinjaman loan untuk harga rumah itu, tidak bagi saya rumah itu tidak layak untuk harga sebanyak itu..
Akhirnya pada bulak Februari lepas, saya telah berbincang dengan suami  dan kami tekad untuk membaiki dan menanggung segala kos untuk memperbaiki rumah kuarter itu..Ini bukanlah rumah kuarters guru, ini adalah rumah kuarters untuk kakitangan staf sekolah..(rumah guru semuanya telah penuh), rumahnya lebih kecil saya kira sebesar kotak mancis..hihi tapi muatlah untuk kami bertiga..
Biar gambar sahaja berbicara…tak guna meratap menangis mengenang nasib, saya nekad untuk ubah rumah ini menjadi istana cinta untuk keluarga kecil kami…Akhirnya selepas 3 bulan menyewa, saya telah pindah ke rumah kuarter ini

Hadapan rumah




Belakang rumah



Ruang makan dan ruang tamu 

Tandas


Bilik air


Ruang dapur


Dengan renovate rumah kuarters buruk ni, saya ingat saya bagus saya kuat tp tidak ada ramai lg yang bertabah, betul kata mak semasa saya beriya menceritakan susahnya saya di sini..kata mak ramai lg yg susah dari kakak, bersyukurlh, dengan bersyukur semuanya akan baik-baik saja.
Di sini saya ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu. Kepada yang bercadang untuk berhijrah jangan risau, InsyaAllah selagi niat kita ikhlas Allah akan permudahkan..
Walaupun rumah ni kecil tetapi semuanya cukup sempurna di mata saya..

4 comments:

NanyFadhly said...

Beautiful writing! I don't like it but I love it so much. Alhamdulillah..tahniah Sidah and family. You walk the talk! Seronok sangat baca. Tak sangka sangat bila tengok rumah yang asal teruk macam tuh boleh jadi rumah yang cantik dan kemas. We actully who control and handle the situation. Bukan benda tuh yang control kita. Aaaaaa....so inspired lah Sidah! :) Rindunya lahai. Nanti jemput I ke rumah yang comel dan cantik ni.

rasidah MY said...

Thank you nanyyy..boleh jd penulislh gini yer..hihi..nati jemput dtg rumah yer..

diella said...

wow...really inspired! sy juga menghadapi dugaan yg hampir sama dengan puan. berpindah ke Pengerang dengan niat mengikut suami. Tp nasib sy tak lah secerah nasib puan, disediakan juga kuarters untuk guru dan kakitangan sokongan. Saya hanya mampu meraih simpati dan menghantar surat rayuan kepada jabatan lain untuk mendapatkan sebuah kuarters. Buat masa ni hanya mampu sewa bilik sekangkang kera (ddk sorang) yang harga mencecah hampir RM 1000 sebulan. Jumpa suami hujung minggu, tp saya ttp juga bersyukur dan reda dan saya yakin Allah akan bantu saya sekiranya niat hijrah saya tu betul. Tolong doakan juga saya berjaya mendapatkan rumah sendiri nnt ya Puan.

..:: eT ^ zaTieY ::.. said...

Salam cikgu, saya pun cikgu juga suami di rapid juga. Plan nk pindah juga ikut suami. Boleh contact sy, sbb sy xjumpa nombor cikgu. http://izzatizulkafli.wasap.my/ atau 0187616467. Ada rezeki boleh berjiran nnti 😊