Assalamualaikum..mood tak sabar nak cuti sekolah, selagi tak cuti selagi itulah kerja tak pernah abis..Cuti ujung minggu lps kami ke Cameron Highland. Sebenarnya dah banyak kali ke sini, cuma kali ni tergerak hati untuk menulis.Konsep percutian masih sama santai. Tujuan utama saya pulak nak minum teh sambil menghirup udara segar..hihi
Kami bertolak pada pukul 10 pagi, sempat bersarapan di rumah..lebihan daripada bihun goreng, saya bawa sebagai bekal untuk picnic nati. Destinasi kami yang pertama adalah ke Lata Kinjang. Air terjun Lata Kinjang ni dari highway nak menghala ke utara dah nampak. Terletak di kawasan Chenderiang Perak, exit keluar di tol Tapah.Masa perjalanan kalau dari Shah Alam hampir 2jam.
|
Pintu gerbang sepadan Perak dan Selangor |
Memandangkan saya orang Perak, nampak pintu gerbang ni pun dah seronok, mcm dah dekat nak sampai kampung.
|
pintu masuk |
Lata Kinjang ni merupakan tempat kami dating sebelum kawin dan masih belajar lagi...tapi sejak kawin ni baru pertama ke sini setelah 11 tahun. Dulu saya belajar di Tanjung Malim,dekatlah dengan lata Kinjang ni dan langkah menjadi panjang sebab waktu belajar pun saya dah ada kereta, memandangkan abah dah bagi kepercayaan waktu belajar dah belikan kereta, saya amat takut kalau keluar dating berdua, makanya saya angkut sekali kawan-kawan roomate saya penuh 1 keta..itu sebabnya suami saya amat dikenali oleh kwn-kwn satu U dulu..hihi
|
tiket masuk |
Murahlah sangat ,untuk kanak-kanak tiketnya RM1dan dewasa RM2.
|
Besarnya daun |
|
minum dulu |
Masa kami sampai sini lebih kurang pada pukul 12 tengahari, tidak ramai orang, memang dapat mandi main air sepuasnya.orang paling bahagia adalah Hafiy dengan ayatnya tak pernah kan kita mandi kat waterfall.nati datang lg yer, bestt..
Risau dengan berita kencing tikus di tempat-tempat begini memang ibu tidak mengalakkan tp bila dipikir blk, ajal maut kuasa Allah, mengapa perlu saya menyekat kegembiraan zaman kanak-kanak Hafiy, walhal masa saya seusia dia saya bebas bermain.
|
smileee |
|
cantikk |
walaupun airnya tak sejernih air terjun di Jepun tapi masih cantik dan yang penting boleh mandi..
|
ni lah biji getah |
zaman kanak-kanak dulu biji getah ni saya kutip buat main congkak, congkak pulak korek lubang atas tanah jer. Ni tunjuk ke Hafiy jenuh pulak nak terangkan apa itu pokok getah..hahaha
|
jambatan gantung |
|
surau |
terdapat kemudahan surau, tandas dan bilik mandi.
|
mendamaikan |
|
ni orang panggil ayam Jepun |
Hampir pukul 3 petang, kami terus bergerak ke Cameron, masa perjalanan hampir 1jam 30 minit. Hafiy memang tidur sepanjang perjalanan penat agaknya..
|
kita minum dulu |
Sebelum sampai ke hotel kami singgah minum teh dulu..
|
menghijau |
Ladang teh ni rasanya sebelum ni masuk percuma tapi sekarang nak masuk bergambar kena bayar RM2.
|
senyum plzz |
Muka tak puas hati sebab ibu cakap amik gambar dlu sebelum makan..hihi
Umat manusia ramaii tapi nak dok meja tepi ladang gak..
Lepas minum petang sambil menghirup udara segar, kami bergerak ke hotel yang terletak di tanah rata.
|
Ini lah hotel kami |
Hotel ni betul-betul terletak ditengah-tengah pekan, nak makan sume jalan kaki jer. hotel ni saya cari di trivago. Hotel bajet ciput RM150 semalam.
|
gaya itu penting |
|
dinner |
Pada asalnya malam ni sepatutnya nak berjalan-jalan di pasar malam Brincang, tapi memandangkan cuaca tak mengizinkan kami makan je di kedai makan berdekatan hotel. Cuaca sejukk, suhu dalam 20.malam-malam pun meriah..ramai orang..
Aktiviti ke esokkannya.
|
sarapan pagi |
sarapan warong depan hotel..
|
pasar pagi |
jalan-jalan sini sambil cari souvenir untuk anak-anak sedara. Hajat di hati lepas check out hotel dalam pukul 11 nak ke lavender farm, tapi terpaksa membatalkan niat sbb jln sesak teramat nak ke sana walhal jaraknya hanya 8km jer.motif utama saya nak relax bukannya nak stress tersangkut dalam jem, makanya saya tukar plan ke ladang strawberry je.makan strawberry sepuasnya
|
produk strawberry |
|
yummyy |
lapar lah lagi, makan strawberry mana kenyang, amik pulak maggi cup..
|
freshh |
|
cantik pulak bunga ni.. |
posing lagi.
puas makan strawberry, kami pun bergerak balik, singgah minum teh sekali lagi sebelum kita turun ke bawah
itu sahajalah untuk trip kali ni, relax dan santai..segalanya berjalan lancar, pada asalnya nak singgah Lata Iskandar sebelum turun bawah tapi Hafiy dah tidur..lain kali jelah kita singgah yer..cumanya target untuk sampai rumah sebelum maghrib tidak kesampaian. jalan highway jem..huhuhu..awatlah ramai sangat manusia ni, walhal bukan cuti sekolah pun.kami singgah di restoren jejantas Sg Buloh untuk solat maghrib, perut pun dah lapar, cik abg teringin nak makan satay kajang.settle segalanya sebelum sampai rumah. Pukul 9 malam sampai di rumah.
1 comment:
Terbaiklah. Ade lagi legacy cerita jalan-jalan di Malaysia. Teman ni dah tamat kot. Dok jer kat rumah...hahaha! Anyways, tetiba nampak sedap jer teh yang korang minum tuh. Lain eh rase kalau minum vuew ladang teh? Hahaha...
Post a Comment