Booking tiket train untuk ke Fuji shibazakura pada 4 Mei 2016. Booking tiket direct terus ke Kawaguchiko station dari Shinjuku station. Service untuk direct train ni hanya ada waktu Fuji Shibazakura dan ada waktu tertentu ajer.Waktu lain kena transit di Otsuka station., tetiba pada hari kejadian tgk forecast mendung dan hujan...waaa..so nak tukar date dan booking seat dah tak boleh, penuh katanya.huhu..tawakal jelah.
Pada hari kejadian dah jadi 50-50 nak pergi ke tak, sebab pagi tu masa keluar rumah memang hujan dan angin kuat..train pulak delay disebabkan angin kuat..tp kaki masih melangkah mengharapkan keajaiban berlaku..Train yang sepatutnya hanya 2 jam dari Tokyo dah jadi 4 jam. waaa sedih hati makcik..
Holiday express fujisan |
SubhanAllah 30 minit sebelum sampai, cuaca mulai cerah, dari dalam train dah nampak Fuji San.
Sampai di Kawaguchiko station, naik bas shibazakura liner di platform 7. Tiket bas round trip dan tiket masuk boleh purchase di kaunter berdekatan platform 7 ni. Harganya 2000 yen/ person.
fujisan dari atas train |
sampai je upah aiskrim dulu |
Jom layan gambar fuji shibazakura ni.
Untuk maklumat lanjut berkaitan shibazakura ni bolehlah ke link di bawah.
Official website ni ada live camera yang update condition bunganya.so sebelum dtg blehlah check keadaan bunganya.
seksinya..huhu |
Mungkin diaorg ni malas nak pening dengan anak yang tak nak padang kamera..so amiklah gambar patung senang..hahaha
cafe |
gerai makanan |
Macam biasa makan jer bento ibu, nasi goreng.
Alhamdulillah walaupun ramai orang masih dapat amik gambar, yang ala-ala hanya kita sahaja di situ..hahaha..cuaca cerah, fuji san nampak dengan jelas..
Lebih kurang pukul 4 petang kami bergerak balik ke Kawaguchiko station.. Masa blk jalan dah tak jem tp tiket balik direct dari Kawaguchiko ke Shinjuku dah terlepas, yang sepatutnya balik pada pukul 4 petang.
beratur nak naik bas ke Kawaguchiko station |
Penat berjalan kami naik train pada pukul 5 petang dari Kawaguchiko station, segala-galanya berjalan lancar, lebih kurang pukul 8 dah sampai rumah.
3 comments:
Cantik sangat! cuaca memang unpredictable jugak sometimes. Berbaloi..clear sangat Fujisan!
Alhamdulillah, baru lepas hujan kot, itu yg takde awan
Alhamfulillah waktu sy pergi bunga pink tu blom penuh lagi. Banyak yg rongak lagi. Hehe cantik pemandangan.
Post a Comment