Tuesday, 5 April 2016

Nagasaki

Selepas Hiroshima kami ke Nagasaki. Pada asalnya saya bercadang untuk bertolak dari Hiroshima pada pukul 8.30 pagi, tetapi bila nak booking seat untuk shinkansen semuanya fully book, maka kami bertolak lebih awal pada pukul 7.40 pagi. Perjalanan antara Hiroshima ke Hakata hanya mengambil masa 1 jam 15 minit, tetapi tiketnya agak mahal iaitu 8500yen @ rm300 untuk seorang.Tertanya tanya mengapa shinkansen ni lebih mahal dari shinkansen Tokyo ke Osaka yang 2 jam perjalanannya, rupanya shinkansen ni banyak melalui terowong maknanya banyak merentas bukit gunung. Ni baru merentas gunung, shinkansen dari Tokyo ke Hokaido merentas laut, pembinaan selama 14 tahun tak tahulah berapa harganya..hahaha..

Ok sampai saja di Hakata station@ Fukuoka, kami terus ke terminal bus booking tiket express bus direct ke Nagasaki station. Itu pun penuh.
terminal express bus Hakata


Express bus ni seat kena book, bas penuh tak dapat dok sekali..takpelah janji sampai.

express bus
Kenapa bas bukan train,  naik train pun hanya jimat 30 minit dan harganya lebih 2 kali ganda harga bas..mengapa bayar lebih..hahaha..sebenarnya ini percutian bajet murah..bukan sbb duit tp kadang saya rasa tak berbaloi sangat harga hotel dan pengangkutan di Jepun ni. Yang mana boleh jimat kita jimat. Bas pun ok, sebab memang on time dan sistematik.
Masa perjalanan adalah 2 jam 30 minit.sampai di Nagasaki station dekat pukul 1 petang. Simpan beg di Nagasaki station.

Nagasaki station
Bersebelah Nagasaki station terdapat shopping mall Amu.Di situlah kami makan tengah hari dan jupa farmasi
ayam halal
Biasanya kalau travel saya bawa bekal tp ni dah travel berhari- hari payahlah skit.so memang dah siap2 google kedai makan halal, rupanya takdelah susah sangat, Jepun sekarang dah banyak sediakan restoren halal dekat dengan train station yang besar-besar..
Indian restaurant ni ownernya Jepun, tukang masak India. Yg menarik pelayannya semua orang Jepun tp pakai punjabi clothes.Sebenarnya teman pun konpius apa kaitan Milan Italy, Indian food dan punjabi..hahahaha

tram
Nagasaki dan Hiroshima ni adalah termasuk dalam wilayah Kyushu, tak menggunakan suica card dan xde JR. pengangkutan yang ada hanyalah tram, sekali naik hanya 120 yen. Suasana disini memang berbeza dari Tokyo.
Selepas makan kami terus ke Nagasaki atomic bomb museum, Nagasaki peach park, hypocenter for atomic bombing.. semua tempat ni berdekatan antara satu sama lain..jom layan gambarnya
hypocenter atomic bomb
Di sinilah pada 6 Ogos 1945 bom atom yang dinamakan little boy meletus setinggi hampir 600m di udara memusnahkan seluruh Nagasaki. Bom yang digunakan di Nagasaki tidak sama bom yang digunakan di Hiroshima, tujuannya adalah sebagai uji kaji bom mana yang lebih sesuai dan kemusnahan yang mana lebih teruk. Kalau kita melawat tempat-tempat begini sebenarnya baru kita tahu banyak yang tak tertulis dalam buku sejarah Spm kita dulu...
Pernah dengar dulu cerita arwah tok, hidupnya begini susah semasa penjajahan Jepun, tentera Jepun begitu kejam tp skrg rakyat Jepunlah yang paling bersopan dalam dunia. Betapa diaorg ni mengambil iktibar dari peperangan dan kemusnahan yang berlaku.

selfie di peace park..ada banyak sakura yang bru nk bloom

statue peace park
Dekat peace park ni ada banyaklah statue yang didermakan oleh negara-negara lain yang bersimpati dan sempena memperingati mangsa yang terkorban, tp statue yang paling glamor patung hijau yang dibelakang kami tu..

Urakami cathedral

origami

kesian lapar tp janganlah makan tangan makcik 

merentas masa

11.02 pagi waktu Nagasaki di bom

atomic bomb
Bom yang digunakan di Nagasaki

nuclear weapon



atomic bomb museum



Hafiy dah mula nampak mcm nak deman, tp cuaca yang sejuk tak terasa badannya panas, cuma dia ckp dia tak larat. Risau keadaannya melarat pukul 5 petang kami blk  ke Nagasaki station, cari farmasi, farmasi ada berdekatan Nagasaki station dan orang di farmasi boleh speaking...Tawakal je, InsyaAllah xde pe2 kalau makin teruk esk kita ke klinik dan rehat kat bilik je.
Keesokkan paginya badan dan kurang panas, Hafiy rasa macam dia dah sihat, dia minta nak keluar, bosan katanya..mungkin kesan dari ubat semalam. Kami keluar jugak ke Huis Ten Bosch tapi agak lewat dan balik awal.Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya.
Hari ke tiga (hari terakhir)di Nagasaki. Jom tengok ke mana lagi kita.

shokakuji shita
nilah train station yang dekat dengan  service apartment kami. Dalam 3 minit je jalan kaki.

china town.


glover garden
untuk keterangan lanjut http://www.glover-garden.jp/foreign/english.html

tea time
amboii

teringat macam clock flower Geneva
Jernihnya air



megane bashi

pelabuhan Nagasaki dari Glover garden
Sakura di tepi pelabuhan ni dah fully bloom masa ni.
Pukul 3 petang kami menaiki bas express direct dari Nagasaki ke Fukuoka Airport. Sayonara Nagasaki, ada rezeki ketemu lagi..

2 comments:

NanyFadhly said...

Jauh perjalanan luas pengalaman. Rasa terkesan kan bila tau yang pasal kisah bomb tuh kan? Dan tak sangka Jepunis yang dulu sangat kejam dan bengis menjadi manusia paling baik di dunia. Ada kisah juga, lepas dibom ni..semua yang terselamat pegi ke kawasan2 bukit yang tinggi.Golongan ini adalah kanak-kanak, remaja dan yang terselamat. Derang ini yang bangunkan semula Jepun dan mungkin melihat sendiri bagaimana sengsara nya kehidupan semasa peperangan. Mungkin lepas tu, berazam utk tidak mahu melibatkan lagi diri dengan mana2 keganasan dan peperangan. Ada masa, Sidah tengok cerita Ghiblitajuk "The grave of firefly" kisah bagaimana seorang abang yang bermati matian cuba menyelamatkan semasa perang dunia berlaku. Makanan dicatu, duit takde...huhuhu

rasidah MY said...

ooh nany ..tq sudi membaca blog teman..muahh cikit.tapi memang betul rasa terkesan..kalau pikir balik dari satu segi ada baiknya jugak,kalau tak mungkin negara kita masih lagi dijajah mereka, tak merasa kita hidup aman damai selesa di negara mereka seperti sekarang..