Monday, 11 January 2016

Kamakura & Enoshima

10 Januari 2016
Day trip ke Kamakura dan Enoshima. Cara paling mudah dan murah adalah dengan menaiki train dan menggunakan Enoshima Kamakura Free Pass. Maklumat lanjut blehlah layari laman web di bawah:
Sebenarnya cara nak beli free pass ni samalah dengan cara nak beli Hakone Free Pass yang saya pernah post dalam trip Hakone.
Tapi untuk trip kali ni saya tak menggunakan Enoshima Kamakura Free Pass dari Odakyu sbbnya dari rumah lebih mudah menggunakan JR train, direct terus ke Kamakura station. Perjalanan dari Shinkoiwa ke Kamakura lebih kurang 1 jam 15 minit. Bila sampai saja di Stesen Kamakura saya beli tiket Kamakura Enoshima One day pass.Dengan pass ni saya bleh meggunakan local train yang menghubungkan Kamakura dan Enoshima naik turun sesuka hati. Harganya 600 yen utk dewasa dan 300 yen utk kanak-kanak.

Kamakura Enoshima One Day Pass
 Kamakura Enoshima One Day Pass ni boleh beli di vending machine @ beli di kaunter Kamakura station
Enoden Charming old railway
Nilah rupa local train nya old fashion, unik dan menarik. Tips nak naik train ni sebaiknya try dok di depan sekali sbb view sepanjang jalan dari Kamakura nak ke Enoshima ni cantikkkk sangat, lalu tepi laut dan belakang-belakang umah org.
landasan keretapi antara rumah org,  terpegun sekejap
View dari Enoden train

Ramai orang surfing, ingatkan sejuk-sejuk ni xde org dekat laut rupanya salah sangkaanku. Enoden train ni 10 minit sekali yer.
Ok pendekkan ceta lps beli tiket, kami terus naik Enoden turun di Hase station, plan nak ke  Great Buddha Kamakura.  Dari Hase station jalan kaki je lebih kurang dalam 10 minit ke Great Buddha ni.
Great Buddha Kamakura
Ramai- ramai beratur tu nak masuk dalam Great Buddha
Kami tak masuk pun.
Ni serba skit pasal Great Buddha ni
Great Buddha ni akan ditutup mulai next week sampai Mac 2016 untuk kerja-kerja renovation.  Ceta skitlah yer pasal Great Buddha ni, patung ni dulu sebenarnya dok di dalam temple tp disebabkan oleh taufan kuil roboh tinggal dia sahaja.Nak tau lebih bleh baca sini
http://www.japan-guide.com/e/e3100.html

Kamakura ni terkenal dengan pantai dan temple, lebih kurang mcm Kyotolah, mcm-mcm temple ada, tp yang paling glamor Great Buddha ni lah..Kita gi yg glamor-glamor jelah yer.kita tak byk masa.hihi..
Sepanjang jalan nak ke Great temple ni byklah kedai mkn dan kedai souviners.
Eehhh.. Obama pun penah sampai sini,dia tampal kat pintu je..

Kebab halal
Salah satu kedai di sepanjang jalan tu ada kedai kebab dan turkish aiskrim ni. Sedap, kebabnya byk daging dari saladnya. Jd kipochi skit..owner ni katanya dia dah 34 thn dok Jepun, Separuh dari umurnya di Jepun. Dlu dia seorg biologist mmg keja kat Jepun, anak-anak semua di Canada, tinggal dia n isteri je skrg kat Jepun ni..tu jelah x sempat sembang lama..Sape-sape ke sini blehlah try kebabnya.

kedai cenderamata

Selesai makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke Enoshima. Dari Hase station ke Enoshima station lebih kurang 25 minit.

Dah sampai Enoshima station. Dari Enoshima station ni xde cara lain selain berjalan kaki, @ pun sampai separuh jalan bleh naik bot ke Enoshima Island. Kami decide nak berjalan kaki,
ngerii
Mount Fuji
Antara tarikan di Enoshima
Alhamdulillah cuaca cerah dapat melihat Mount Fuji. Cadangnya kalau cuaca mengizinkan nak stay sampai malam nak tengok sunset.
Jalan ramai-ramai tak terasa
Kita nak jalan sampai ke pulau yang ada lighthouse tu yer. Itulah Enoshima Island. Jalan sambil stop amik gambar tak terasa kita dah sampai..
Pintu masuk
Sebelum mendaki bukit ni ada tourism information centre, amik map dlu dan tanya cara mana yang paling jimat tenaga nak mendaki..hihi..ada escalator tp escalator untuk naik sahaja dan ada bayaran 300 yen seorang selain tu xde cara lain selain panjat tangga. tp katanya naik tangga pun tak jauh 15 min je. Orang Jepun jalan yerlh 15 min, rasanya jauh jugak so kami decide nak naik escalator jer.. Banyak kedai souviners dan kedai makan sepanjang jalan naik ke atas. Kedai-kedai ni sebenarnya melambatkan lagi proses sampai ke atas..hihi..

Nilah contoh kedai souviners
Comeyy tergoda dan terbeli pursenya..hihi

Beli tiket dulu


Ni escalatornya semuanya ada 3 escalator. Ada byk temple kat atas bukit ni, Buddha ni suka buat temple atas bukit dalam hutan.
Layan gambar-gambar ni dlu yer sebelum sampai atas puncaknya.
Baling syiling

White Dragon God
 Katanya kalu kita basuh duit kertas kita dalam kolam tempat naga tu, akan membawa tuah kepada tuannya, patutlah tgk ramai dok basuh duit kertas..hihi..mcm-mcm
Hetsunomiya Temple
 Ni salah satu templenya.
Enoshima Benten Bridge.
 Nilah jambatan yang kami lalu td.

Macam Monaco skitlah..hihi
Nampak simple tapi berguna
Akhirnya kami sampai ke puncaknya. Berbalik kepada tujuan asal ke sini, sebenar saya susah payah naik ke atas ni nk tengok Winter Tulip..Ada pameran tulip musim sejuk dari 28 Nov 2015 hingga 31 Januari 2016. Pameran tulip ni  di Enoshima Samuel Cocking Garden.
Jom layan gambar winter tulip..



Cantikk
eehh takde baulah
Samuel Cocking Garden ni terletak berhampiran dengan Lighthouse Observation Tower. Puas cuci mata tengok tulip kami lepak sini sampai gelap sebab nak tgk sunset..Sunset tu kami tengok dari Lighthouse.

Mount Fuji dan Matahari
Macam lukisan. Bersyukur sangat berpeluang melihat ciptaan Allah. Allah sebaik baik pencipta.Pada bulan April dan September daripada puncak Enoshima ni kita dapat melihat Diamond Fuji bila mana Matahari betul-betul di atas puncak Fuji.
Sunset
Mount Fuji

Enoshima Lighthouse
Matahari pun dah terbenam, hari makin gelap, tapi orang makin ramai. Ada yang memang sengaja datangwaktu malam semata-mata nak tengok illumination.cantikkk.




Tulip


Kilauan lampu sepanjang jalan 


Masih ramai yang nak naik ke atas
Nasib baiklah malam ni tak berapa sejuk walaupun sebenarnya kami berada di tengah-tengah pulau. Lebih kurang pukul 6 petang kami perlahan-lahan turun ke bawah. Dapat makan seafood ni mesti sedap sebab dekat lautkan..fresh..
Itulah lighthouse..lighthouse ni sbnrnya digunakan utk bla..bla..bla..
Itulah sahajalh utk trip kali ni, sebenarnya tak sempat cover semua, ada Enoshima Iwaya Cave dan Enoshima Aquarium lagi. Aquarium memang saya tak berniat nak pergi sbb dah beberapa kali ke aquarium. Iwaya Cave menarik..Insyaallah ada rezeki kita ke sini lagi.



2 comments:

NanyFadhly said...

Thank you Sidah on your sharing..what a hidden gem nearby Tokyo. Senang lak tu nak pegi.. :)

rasidah MY said...

Welcome..saja share utk kwn-kwn sini sbb pening nk ke mana, yg dekat, menarik dan murah,sementara nk tunggu sakura..