Thursday, 31 December 2015

Tokyo ( Imperial Palace)

Imperial palace Tokyo, tak seperti palace di Korea, di Jepun istananya tidak dibuka kepada rakyat. Imperial palace Tokyo, 10 minit berjalan kaki dari Stesen keretapi Tokyo (arah Marunouchi centre exit). Istana ini pernah musnah semasa perang dunia kedua, tetapi telah dibina kembali mengunakan design yang sama. 
Imperial Palace Tokyo
Hanya taman di kawasan luar istana boleh dilawati oleh orang awam sepanjang masa manakala kawasan dalam Imperial Palace ni hanya dibuka sebayak dua kali dalam setahun kepada orang awam iaitu pada 23 Desember (emperor's birthday) dan 2 Januari (New year's greeting). Pada waktu itu rakyat dapat melihat raja dan kerabatnya,itu pun dari jauh je sbb diorg melambai2 dari atas balcony. Walaupun dibuka selama 2hari dalam setahun tapi bukanlah sepanjang hari tu kita bebas untuk masuk, ada waktu-waktu tertentu sahaja, dan kita dibenarkan berada di dalam perkarangan & taman dlm kawasan istana je,kawasan istana tu sendiri mmg tak dibenarkan masuk.

Kami berpeluang masuk ke kawasan perkarangan istana semasa emperor's birthday baru-baru ni. Kawalan ketat oleh pihal polis dan ucapan rajanya pun pendek sahaja, rasanya tidak sampai 5 minit.
Kawalan ketat dari pihak polis di pintu masuk istana

Pihak media bersiap sedia untuk membuat liputan


Setiap orang diberi sorang satu bendera

Perhatian semua, sila angkat bendera.
Ucapan diraja dan barisan kerabatnya dari balcony
Bukan setakat rakyat Jepun, ramai jugak dari kalangan pelancong, ramai orang tetapi segala-gala dalam keadaan teratur, semua berbaris ikut barisan, tiada sampah atau bendera dibuang merata-rata, tiada tolak menolak,dan tidak bising, kalau yang berbunyi bising berbual itu pastinya dari kalangan orang luar.
Kagum dengan adat dan budaya mereka, Seakan tidak percaya dengan subjek sejarah yang menyatakan negara kita pernah dijajah oleh Jepun yang kejam, kerana apa yang saya lihat di negara matahari terbit ini jauh bezanya.
Akhir kata untuk post kali ni..mengembaralah jika berkemampuan kerana pengalaman yang kita dpt tidak ternilai harganya, akan membuka minda siapa kita dimana kita sebenarnya di negara sendiri..



No comments: