Teringin betul nak tengok daun-daun pokok warna warni time autumn. Masa mula sampai Tokyo bulan 10 dulu pokok masih hijau tak sempat. Kali kedua sampai awal bulan 12, dah nak masuk winter, nasib baik sempat lagi tgk autumn waktu tu.
maples dan ginkgo pokok berdaun merah dan kuning..
Sempat melawat dua taman ni Rikugien Gardens dan Koishikawa Korakuen Gardens. Dua-dua taman ni ada pokok maples dan ginkgo. Nak masuk taman ni kena bayar dalam 300 yen lebih kurang RM10 untuk dewasa dan kanak-kanak percuma, bagi aku Koishikawa Korakuen Gardens tu lagi best sebab lebih tradisional dan damai, pokok2 maple pun lagi banyak. Yang menariknya di kedua2 taman ni, kaunter beli tiket ada tapi xde org check pun tiket untuk masuk ke taman ni..maybe sebab org dia jujur kot, xde orang yang nak menipu kot masuk x bayar tiket.
Rikuguen Gardens
Koishikawa Korakuen Gardens
Ni rumah tradisional Jepun bleh minum japanase tea dalam ni, and diajar cara minum green tea yang betul.. japanese style..Kagum nak minum tea je kot kena ada cara ..hehe
Lagi satu tempat yang menarik yang sempat pegi ialah ginkgo avenue.. tempat ni mmg famous untuk tengok pokok ginkgo.. pokok ni di tanam di tepi jalan2 raya sepanjang 300 m kat Meiji Jingu Gaien.. byklah pokok ginkgo..subhanallah cantiknya ciptaan tuhan.
No comments:
Post a Comment